Search This Blog

Pages

March 15, 2011

Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam


Wahan

Hadith Akhir Zaman (3)

Ertinya:
Daripada Thauban رضي الله عـنه berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”

Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”

Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”

Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”

Hadith riwayat Abu Daud

Keterangan:

Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran sabdaan
Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Walaupun bilangan umat Islam ramai iaitu kira-kira 1/5 jumlah penduduk dunia, mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak ,disakiti, dibunuh dan sebagainya. Walaupun bangsa dari seluruh dunia berbeza-beza agama tetapi mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatan Islam.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum muslimin adalah berpunca dari sikap orang Islam itu sendiri. Ianya demikian kerana Orang Islam mempunyai penyakit ’wahan’ iaitu penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua. Penyakit itu adalah ’cinta dunia’ dan ’takut mati’. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.’Cinta dunia’ bermaksud tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan
Allah سبحانه وتعالى. ‘Takut mati’ pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tiada kemahuan untuk berkorban dengan diri dan jiwa serta harta dalam memperjuangkan agama
Allah سبحانه وتعالى.

"Kitab hadis akhir zaman"
Rujukan:
ابو على البنجري الندوي (احمد فهمى زمزم). ١٩٩٩.امڤت ڤولوه حديث تنتڠ ڤريستيوا أخير زمان. قدح دارالأمان: الخزانة البنجرية. موك سورة: 18

Nota:
Mykrk telah memperolehi ijazat daripada anak murid Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam untuk menggunakan isi kandungan kitab ini di dalam blog ArabMykrk.com. Semoga Allah merahmati dan memberkati beliau serta seluruh keturunannya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

ArabMykrk.com

No comments:

Post a Comment