Search This Blog

Loading...

Pages

March 16, 2011

Kelebihan Sembahyang di Masjid Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjid al-haram di Mekah”. (al-Bukhari dan Muslim)
Masjid diambil dari perkataan sujud yang bererti taat, patuh dan tunduk dengan penuh hormat di mana meletakkan dahi, kedua telapak tangan dan jari-jari kaki adalah bentuk lahiriah yang paling nyata dari makna-makna tersebut. Dari sini bangunan yang secara umum digunakan untuk sujud, solat dan mengabdi kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, dinamakan masjid.
Tiga buah masjid yang penting dan sangat agung di dalam sejarah umat Islam ialah Masjidil Haram, Masjid Nabi dan Masjidil al-Aqsa.
Antara tempat-tempat istimewa yang ada dalam masjid Nabi ialah terdapatnya makam Nabi Muhammad saw dan juga satu kawasan bernama Raudhah yang disifatkan sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang bersembahyang di masjid ku empat puluh sembahyang (dengan syarat) ia tidak ketinggalan satu sembahyang pun, akan dituliskan baginya pelepasan dari neraka, dan pelepasan dari azab siksa dan ia juga akan bersih dari sifat munafik”. (Imam Ahmad dan at-Tabrani)

No comments:

Post a Comment