Search This Blog

Pages

January 31, 2010

Penghadang ketika solat

Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya:”kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:”Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balik pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.”

January 30, 2010

Solat hapus dosa antara solat

Sabda Rasulullah saw;

" Tiap satu daripada kelima-lima solat fardhu itu menghapuskan dosa yang dilakukan semenjak solat yang terdahulu darinya."

January 29, 2010

Solat yang baik yang lama berdiri

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:”Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,:” Yang lama berdirinya.”

Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”

5 kali solat seperti mandi 5 kali sehari

Sabda Rasulullah saw;


" 5 kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir didepan pintu rumah seseorang yang mandi didalamnya 5 kali sehari."

January 28, 2010

Solat 5 kali sehari menghapus dosa

Sabda Rasulullah saw;

" Bahawasanya apabila seorang islam mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat 5 kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun yang gugur. "

Orang yang solat dosa gugur seperti daun kering.

Sabda Rasulullah saw;

" Apabila seorang islam menunaikan solatnya kerana Allah,dosanya gugur seperti daun-daun gugur dari pohon."

Sebaik-baik perintah yang diperintah Allah adalah solat

Sabda Rasulullah saw;

" Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah. "

Solat amalan yang paling diredhai Allah

Sabda Rasulullah saw;

" Amalan manusia yang paling di redhai Allah;
1. Solat
2. Menghormati kedua ibu bapa,
3. Jihad."

Islam tegak atas 5 rukun

Sabda Rasulullah saw;

" Islam tertegak atas 5 rukun;
1. Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambanya serta rasulnya,
2. mendirikan solat,
3. membayar zakat,
4. mengerjakan haji,
5. berpuasa dibulan ramadan. "

Solat yang baik dengan ringankan beban & kurangkan makan

Sabda Rasulullah saw;

" Untuk solat (yang baik) ringankanlah belakang dan perutmu."

Belakang seseorang itu dikatakan ringan apabila dia mempunyai beban yang paling sedikit dan perutnya dikatakan ringan apabila dia makan sedikit sahaja untuk menjauhi kemalasan yang sudah tentu hasil dari kebuluran.

January 27, 2010

Hati khusyu' seluruh badan tak bergerak

Sabda Rasulullah saw;

" Kalau hati orang yang solat itu penuh dengan khusyu' maka seluruh anggota badannya tidak akan bergerak."

Jangan berpura-pura dalam solat

Sabda Rasulullah saw;

" Berlindunglah dengan nama Allah swt dari 'ibadat yang pura-pura." Sahabat bertanya apakah itu ibadat pura-pura? Jawabnya, " Pura-pura khusyu' dengan nifaq bersembunyi didalam hati."
" Nifaq dalam solat ialah orang itu pada zahirnya khusyu' tetapi didalam hatinya kosong tidak ada apa-apa."

Diam tak bergerak salah satu yang dikehendaki dalam solat

Sabda Rasulullah saw;

" Apabila seseorang berdiri dalam bersolat dia hendaklah jaga badannya supaya jangan bergerak dan janganlah berkelakuan seperti orang yahudi kerana berdiam dengan tidak bergerak adalah salah satu yang dikehendaki dalam solat."

Allah tak peduli solat yang tak sempurna ruku' & sujudnya

Sabda rasulullah saw;

" Allah s.w.t tidak memperdulikan solat yang ruku'nya dan sujudnya tidak dilaksanakan dengan sempurna."

Pencuri paling buruk ialah mencuri dalam solat

Sabda Rasulullah saw;

" Pencuri yang sehabis buruk ialah dia yangmencuri dalam solatnya." Para sahabat r.a bertanya bagaimana boleh seseorang itu mencuri dalam solat. Dijawabnya bahawa manakala seseorang itu tidak ruku' dan sujud dengan sempurna.

Syaitan takut pada orang yang jaga solat

Sabda Rasulullah saw;

" Syaitan takut pada seorang muslim selagi dia menjaga solatnya tetapi dengan sekejap mata kalau dia mengabaikannya syaitan itupun datang kepadanya serta menyesatinya; selepas itu dia dengan mudahnya diperdaya supaya melakukan dosa-dosa yang besar lagi berat ".

January 26, 2010

Rukuk tak sempurna sepert i wanita hamil keguguran

Sabda Rasulullah saw;

" Umpamanya orang yang ruku'nya tidak sempurna adalah seperti seorang wanita hamil yang kandungannya gugur sebelum lahir."

Allah mengutuk 3 jenis manusia

Sabda Rasulullah saw;

" Allah swt mengutuk 3 jenis manusia iaitu;
1. Seorang imam yang mendesak mengimami orang disesuatu tempat dalam solat padahal mereka benci padanya kerana sesuatu sebab yang patut,
2. Seorang wanita yang dimurkai oleh suaminya, dan
3. seorang yang mendengar azan tetapi tidak pergi masjid untuk solat berjama'ah."

Tak solat jamaah dikuasai syaitan

Sabda Rasulullah saw:

" Kalau ada 3 orang dalam satu kampung atau satu sahara (padang pasir) dan mereka tidak sembahyang berjama'ah, maka syaitan menguasai mereka itu. Ingatlah bahawasanya jema'ah untuk solat itu adalah amat mustahak. Sesungguh nya seekor serigala akan menelan domba yang tunggal."

7 macam orang dibawah naungan Allah

Sabda Rasulullah saw;

" Ada 7 macam orang akan ditempatkan dibawah naungan kerahiman Allah swt pada Hari Hisab semua yang lain didalam kebingungan dibawah panas matahari yang terik. Satu darinya ialah orang yang hati sanubarinya kekal berpaut pada masjid."

3 perkara orang berebut jika tahu pahalanya

Sabda rasulullah saw:

" Ada 3 perkara yang orang berlumba-lumba merebutnya kalau diketahui pahalanya. Ini ialah;
1. Melaungkan Azan,
2. pergi ke masjid untuk solat zohor dalam panas terik,
3. berada dfalam barisan pertama dalam solat berjama'ah."

Lebih jauh rumah dari masjid lebih banyak pahala

Sabda Rasulullah saw;

" Lebih jauh rumah seseorang itu dari masjid lebih banyak pahala yang diterimanya."

Ini adalah kerana seseorang yang datang dari jauh kenalah berjalan lebih banyak dan setiap langkah akan diberi pahala.

January 25, 2010

Berwudhuk,solat dimasjid & iktikaf hapus dosa

Sabda Rasulullah saw;

" Berwudhu' semasa kepayahan, berjalan kemasjid dan duduk didalamnya (setelah solat) sambil menunggu solat lain menghapuskan dosa."

Orang yang selalu ke masjid adalah orang beriman

Sabda Rasulullah saw;

" Aku bersaksi dengan iman orang yang selalu ke masjid."

Allah menyukai masjid dan membenci pasar

Sabda Rasulullah saw;

" Diantara semua tempat didiunia ini masjidlah yang disukai Allah swt dan pasarlah yang amat dibenci Nya."

Pergi masjid waktu malam dapat cahaya diAkhirat

Sabda Rasulullah saw;

" Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu diwaktu malam gelap kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna diHari Hisab nanti,"

Allah suka 3 perkara

sabda Rasulullah saw;

" Allah s.w.t suka melihat 3 perkara iaitu;
1. Sebarisan orang bersolat dengan berjema'ah,
2. Seorang yang sibuk dengan solat tahajjud ditengah malam,
3. Seorang yang berjuang dijalan Nya.

Jemaah yang besar lebih disukai Allah

Sabda Rasulullah saw;

" Satu jema'ah yang besar adalah lebih disukai Allah swt dari satu jema'ah yang kecil."

Tiap langkah ke Masjid diberi pahala

Sabda Rasulullah saw;

" Tinggallah dimana kamu berada. Setiap langkah yang kamu langkahi pergi kemasjid adalah dicatitkan pahalanya untuk dirimu."

Solat jamaah 27 kali lebih dari solat sendirian

Sabda Rasulullah saw;

" Solat dengan berjama'ah adalah 27 kali baik mutunya daripada solat bersendirian."
Sabda Rasulullah saw;

" Seorang yang tak solat akan menghadap Allah dan Allah akan murka dengannya."

Bukan islam kalau tak solat

Sabda Rasulullah saw;

" Seseorang itu bukanlah seorang islam kalau dia tidak solat. Kedudukan solat dalam islam adalah umpama kepala pada badan."

Tiada islam kalau tak solat

Sabda Rasulullah saw;

" Tidaklah ada bahagian dalam islam bagi orang yang tidak solat dan tidak ada solat tanpa wudhu'."

Lengah solat dapat siksa istimewa

Sabda Rasulullah saw;

" Sepuluh yang akan disiksa dengan istimewa dan satu darinya adalah orang yang melengah-lengahkan solatnya."

Allah tak peduli pada orang yang lengahkan solat

Sabda Rasulullah saw;

" Allah swt tidak akan peduli sedikitpun pada orang yang melengah-lengahkan solatnya."

Orang papa ialah orang yang lengahkan solat

Sabda Rasulullah saw;

" Seorang papa itu adalah dia yang melengah-lengahkan solatnya. Dalam islam tidak ada satu apapun baginya."

Lengah solat dengan sengaja nama ditulis dipintu neraka

Sabda Rasulullah saw;

" Nama orang yang melengah-lengahkan solat walaupun satu solat fardhunya dengan segaja,
adalah tertulis pada pintu neraka yang dia mesti memasukinya,'

Tinggal solat tinggal dalam neraka 80 tahun

Sabda Rasulullah saw;

" Seseorang yang meninggalkan solatnya ( walaupun dia mengkhadakannya kelak ) akan diam didalam neraka selama satu huqub," Satu huqub adalah sama dengan 80 tahun yang terdiri dari 360 hari setahun dan satu hari diakhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.

Jangan lengahkan 3 perkara;

Sabda Rasulullah saw;

" Jangan melengahkan dalam 3 perkara;
1.solat- apabila telah masuk waktunya
2.perkebumian mayat- apabila jenazah sudah siap dan
3. perkahwinan seorang wanita bujangan."

January 24, 2010

Berdoa selepas solat dosa diampuni

Sabda Rasulullah saw:

" Jika seseorng mahu dosa-dosanya diampuni Allah swt maka hendaklah dia mengambil wudhu' dengan sempurna, solat dengan khusyu' dua atau empat raka'at solat fardhu atau nafil dan kemudian berdoa ke hadrat ilahi, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya."

Solat nur hati

Sabda Rasulullah saw:

" Solat ialah nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah dia suluh hatinya (dengan bersolat)."

Solat tanda islam

Sabda Rasulullah saw:

" Solat adalah tanda islam. Seseorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk apabila masuk waktunya dan memberati segala rukun-rukunnya termasuk rukun-rukun yang mustahab
pastilah ia seorang mukmin."

January 23, 2010

solat paling dihargai

Sabda Rasulullah saw:

" Dalam segala amalan solatlah yang paling ku hargai."

Solat Isyrak memurahkan rezeki

Firman Allah swt:

" Hai anak Adam! Janganlah malas dalam mengerjakan solat empat rakaat Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari itu. "

Solat malam lebih berharga dari dunia ini

Sabda Rasulullah saw:

" Solat dua rakat ditengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan didunia ini
. Kalau tidak kerana aku takut ia menyusahkan para umatku, akan aku wajibkannya. "

Solat tengah malam dihargai

Sabda Rasulullah saw:

" Solat tengah malam amatlah dihargai tetapi amat sedikit bilangan orang yang mengerjakannya."

Rahmat Allah untuk orang yang solat

Sabda Rasulullah saw:

" Rahmat Allah swt dicucuri keatas hambanya yang bersolat. "

waktu fajar yang kemasjid pembawa bendera iman dan yang kepasar pembawa bendera syaitan

sabda Rasulullah saw:

" Diwaktu fajar setengah orang kemasjid dan setengahnya kepasar. Mereka yang kemasjid adalah pembawa bendera iman dan yang kepasar pembawa bendera syaitan."

Doa dimakbul selepas solat fardhu

Sabda Rasulullah saw:

" Sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah swt setiap lepas seseorang itu menunaikan solat fardhunya. "

January 22, 2010

Pintu syurga dibuka ketika solat

Sabda Rasulullah saw:

" Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu-pintu syurga dibuka dan segala tabir antara dia dengan Allah swt disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh ).'

Solat kunci Syurga

Sabda Rasulullah saw:

" solat adalah anak kunci ke Syurga. "

Orang yang dalam sujud paling dekat dengan Allah

Sabda Rasulullah saw:

" Seseorang yang dalam keadan sujud adalah paling dekat dengan Allah s.w.t."

Orang selalu solat dimasjid selamat dari bencana

sabda Rasulullah saw;

" Apabila sesuatu bencana turun dari atas langit orang- orang yang selalu pergi masjid bertebaran dan selamat."

Allah bermurah hati terhadap orang solat

Sabda Rasulllah saw:


" Allah bermurah hati terhadap seseorang selagi ia bersolat. "

Solat jihad terbaik

sabda Rasulullah saw;


" Solat adalah jihad yang terbaik sekali. '

Solat nur mukmin

Sabda Rasulullah saw:


" Solat adalah nur bagi orang mukmin "

Solat hina syaitan

Sabda Rasullah saw:


" Solat menghinakan syaitan. "

Solat tiang agama

Sabda Rasulullah saw:


" Solat adalah tiang agama islam. "

Solat bezakan iman dan syirik

Sabda Rasulullah saw:


" Solat adalah satu-satunya yang membezakan antara iman dengan syirik."

Takutilah Allah dalam perkara solat!

Sabda Rasulullah saw:

" Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat!."

Solat pertama diperintahkan dan yang pertama disoal

Sabda Rasulullah saw:

" Solat adalah julung-julung perintah yang diperintahkanoleh Allah swt dan solatlah pula julung-julung perkara yang akan disoal pada hari hisab. "

January 21, 2010

Rahmat Allah untuk orang bangun solat 2 rakaat

Sabda Rasulullah saw:

" Tidak ada orang yang dirahmati oleh Allah lebih dari dia yang bangun mengerjakan dua rakaat solat. "

solat yang baik panjang rakaatnya

Sabda Rasulullah saw:

" Solat yang baik adalah solat yang panjang rakaatnya. "

solat yang baik panjang rakaatnya

Sabda Rasulullah saw:

" Solat yang baik adalah solat yang panjang rakaatnya. "

Bukan solat jika tak mencegah fahsya & munkar

Sabda Rasulullah saw:

" Solat itu bukanlah solat jika ia tidak mencegah fahsya dan munkar ."

solatlah dgn khusyuk

Sabda Rasulullah saw:

" Solatlah dengan khusyuk seolah-olah ia adalah solat mu yang terakhir sebelum kamu mati . "

Solat tak diterima jika tak sempurna ruku' & sujud

Sabda Rasulullah saw:

" Ada seorang yang telah bersolat selama 60 tahun tetapi kebetulannya tidak ada satupun soaltnya yang diterima oleh Allah swt kerana ia cuai tentang ruku' didalam setengah dari solatnya dan tentang sujud dalam solat-solat lain. "

January 20, 2010

Solat lah yang pertama disoal diakhirat

Sabda Rasulullah saw:

" Solatlah yang pertama sekali yang akan disoal pada Hari Hisab. Kalau ini didapati memuaskan maka amalan-amalan lain itu juga akan berhasil demikian. Kalau ini tidak memuaskan maka amalan-amalan lainpun pasti tertolak ".

Rasulullah ingin membakar rumah orang-orang yang solat dirumah tanpa uzur

Sabda Rasulullah saw:

" Daku ingin supaya dapat ku suruh budak-budak mengumpul kayu api banyak-banyak untukku dan kemudian akan ku pergi dari rumah ke rumah orang-orang yang solat dirumah masing-masing tanpa sesuatu uzur dan membakarnya ".

solat dapat pahala ikut mutu solat

Sabda Rasulullah saw;

" Apabila seseorang selesai bersolat dia mendapat 1/10, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3, 1/2 daripada pahala maksima ( mengikut mutu solat yang dikerjakan olehnya ) ".

Dengar azan tapi solat sendirian solat tak diterima

Sabda Rasulullah saw:

" Kalau seseorang tidak pergi kemasjid meskipun dia telah mendengar azan ( dia lebih suka solat dirumah ) tanpa sesuatu 'uzur syar'i yang kuat maka solatnya tidak diterima ".
Apabila para sahabat bertanya apakah 'uzur syar'i yang kuat itu, maka baginda menjawab, " Ketakutan atau sakit ".

January 19, 2010

Solat berjamaah 40 hari bebas dari sifat nifaq

Sabda Rasulullah saw:

" Seseorang yang selalu solat berjamaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbir pertama mendapat dua jaminan: keselamatan dari neraka, bebas dari nifaq ".

Kumpul dua solat dosa besar

Sabda Rasulullah saw:

" Seseorang yang mengumpulkan dua solat tanpa sebarang alasan yang kukuh maka sampailah dia kesalah satu pintu kabair ( dosa besar ) ".

kumpul dua solat dosa besar

Luput satu solat ibarat hilang harta dan keluarga

Sabda Rasulullah saw:

" Seseorang yang terluput satu solatnya adalah seumpama seorang yang telah hilang segala kekayaan dan keluarganya ".

Tinggalkan solat jadi kafir

Sabda Rasulullah saw:

" Segerakan solat apabila cuaca mendung ( agar jangan anda tersilap dan terlepas waktunya yang betul ) kerana meninggalkan solat menjadi kafir".

Tahajjud menjauhkan dosa, terampun dosa & sihatkan badan

Sabda Rasulullah saw:

" Teruskan solat Tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang-orang yang soleh dan cara mendekati Allah swt, Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun dan menyihatkan kesihatan badan ".

January 18, 2010

Dapat syafaat baca surah Tabaroka-al-ladhi

Sabda Rasulullah sollallahu'alaihiwassallam:
" Ada satu surah didalam Al quran yang terdiri daripada 30 ayat yang akan mensyafaati kepada seseorang itu , sehinggalah ianya diampunkan.Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi ".

Baca surah Al Waqiah tidak akan kebuluran

Sabda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam :
" Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan mengenainya ".

Baca surah Yasin hajat dipenuhi

Sabda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam :
" Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari, segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi ".

January 17, 2010

Baca 10 ayat tak termasuk orang yang lalai

Sabda Rasulullah sollalahu'alaihiwassallam:
" Barangsiapa yang membaca 10 ayat dalam satu malam ,ia tidak akan dimasukkan dikalangan orang yang lalai ".

Baca Quran dari hafalan dapat 1000 darjat..

Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wassallam :
" Membaca Al Quran daripada hafalan mendapat sebanyak 1000 darjat thawab(pahala), sebaliknya membaca Quran daripada kitab menggandakannya kepada 2000 darjat ".

Baca Al Quran dalam solat lebih afdal

Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wassallam :
" Baca Al Quran didalam solat adalah lebih afdhal daripada membaca Al Quran diluar solat, membaca Al Quran diluar solat lebih afdhal daripada tasbih & takbir, Tasbih adalah lebih tinggi daripada sedekah, sedekah adalah lebih tinggi daripada rozah
(puasa sunat) dan rozah adalah penghalang daripada api neraka "

January 16, 2010

Satu huruf ganjarannya sepuluh kali ganda

Sabda Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam :
" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberi satu 'hasanah' dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. Aku tidak berkata alif lam mim sebagai satu huruf tetapi alif satu huruf , lam satu huruf dan mim satu huruf ".

Amal apa yang diketahui dapat ilmu yang tak diketahui

Sabda Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam :
" Barangsiapa beramal dengan apa yang diketahuinya ,Allah Ta'ala akan menganugerahkan kepadanya ilmu yang tidak diketahuinya ".

January 15, 2010

3 perkara yang merosakkan

Sabda Rasulullah saw:
" Ada 3 hal yang merosakkan( akhlak,jiwa & agama)
iaitu kikir yang diikuti, hawa nafsu yang diperturutkan dan keheranan pada diri sendiri (ujub) ".

seorang yang buruk kalau hina kawan

Sabda Rasulullah saw:
" Cukuplah seseorang itu sebagai orang buruk , jikalau ia menghinakan saudaranya yang muslim ".

Sombong tak masuk syurga

Sabda Rasulullah saw:
" Tidak akan masuk syurgaq orang yang didalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan ".

January 14, 2010

Dermawan dekat denganAllah,manusia & syurga

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya orang yang dermawan itu dekat pada Allah,dekat pulak pada manusia dan dekat dengan syurga, jauh dari neraka.
Sesungguhnya orang yang kedekut itu jauh dari Allah, jauh pula dari manusia dan jauh dari syurga, tetapi dekat dengan neraka. Seseorang yang bodoh dan dermawan itu lebih dicintai Allah daripada seorang alim yang pandai, tetapi kedekut. Penyakit yang paling parah ialah kedekut ".

Beri makan , salam & baik tuturkata dapat ampunan

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya yang termasuk hal-hal yang menyebabkan adanya pengampunan Allah Ta'ala ialah memberi makanan , menyiarkan salam dan baiknya pembicaraan ".

Tidak melarat orang yang bersederhana

Sabda Rasulullah saw:
" Tidak akan melaratlah siapa saja yang berlaku sedang (dalam berbelanja) ".

Peroleh derajat orang berpuasa & solat malam denga sifat hilm

Sabda Rasulullah saw:
" Sesaungguhnya seorang muslim itu pasti dapat memperoleh derajat seorang yang berpuasa serta mendirikan ibadat(pada malam harinya)dengan sifat hilmnya "

Ilmu didapati dengan berlajar dan sabar

Sabda Rasulullah saw:
" Hanyasanya ilmu pengetahuan itu dapat diperoleh dengan berlajar dan hilm dapat diperoleh dengan berlajar sabar "

Seburuk-buruk manusia

Sabda Rasulullah saw:
" Hai Aisyah, sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah orang yang dimuliakan kerana ditakuti perbuatan buruknya "

Memaki perbuatan kefasikan,membunuh perbuatan kekafiran

Sabda Rasulullah saw:
" Memaki-maki seorang mukmin itu adalah perbuatan kefasikan, sedang membunuhnya adalah kekafiran ".

Allah tak suka orang cakap kotor

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak suka kepada orang yang kotor katanya , yang menyebabkan timbulnya kata-kata kotor dari orang lain ,juga yang suka bersuara keras ( berteriak-teriak) dipasar ".

Sedekah pada kaum kerabat mengeratkan hubungan

Sabda Rasulullah saw:
" Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah (sebagaimana biasa),sedang sedekah pada orang yang masih ada hubungan kekeluargaan dengannya adalah merupakan sedekah dan mengeeratkan hubungan ".

Yang terbaik adalah yang bertaqwa kepada Allah

Sabda Rasulullah saw:
" Yang terbaik diantara mereka adalah yang bertaqwa kepada Allah,tererat hubungannya dengan keluarganya,terbanyak mengajak kepada kebaikan dan terbanyak dalam melarang kemungkaran ".

Pahala menghantar jenazah sebesar gunung Uhud

Sabda Rasulullahb saw:
" Barangsiapa menghantar seorang jenazah , maka ia mendapat pahala seqirath, sedang apaila ia berdiri sampai dikuburkan maka mendapat dua qirath . Seqirat adalah sebesar gunung uhud ".

Beri hutang dapat pahala setiap hari hingga hutang dibayar

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa meminjamkan sedinar sampai suatu waktu yang tertentu, maka ia menerima pahala sedekah pada setiap harinya sampai waktu yang ditentukan tadi. Maka apabila waktu itu telah tiba dan diberinya waktu lagi sesudah itu, maka ia menerima pahala sedekah setiap hari sebanyak pihutangnya tadi ".

January 13, 2010

Saat berdoa yang mustajab waktu malam

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya dari sebagian waktu malam itu ada suatu saat yang tiada menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta'ala , melainkan oleh Allah pasti akan dikabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam ".

Nabi istigfar 70 kali sehari

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya aku ini pasti memohon pengampunan kepada Allah Ta'alla dan bertaubat kepadanya setiap hari 70 kali ".
(Bukhari)

Istigfar menambahkan rezki & melapangkan dari kesusahan

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa memperbanyakan istigfar maka Allah akan memberikan kelapangan dari setiap kesusahannya, memberikan jalan keluar dari setiap kesukarannya dan memberinya rezki tanpa dikira-kirakan ".
(Abu Dawud dan Nasa-i)

Ringan dilidah berat ditimbangan

Sabda Rasulullah saw:
" Ada 2 kalimat yang ringan untuk diucapkan dilidah, tapi berat sekali dalam timbangan(mizan), juga amat dicintai oleh Tuhan yang Maha Pengasih, iaitu kalimat-kalimat: Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil 'azim ".

Tasbih,tahmid,tahlil & takbir disukai Allah

Sabda Rasulullah saw:
" Ucapan yang amat disenangi disisi Allah Ta'ala itu ada 4 iaitu:
Suhanallah,Alhamdulillah,La ila haillallah dan Allahu Akbar. Tidak ada halangannya engkau memulai dengan yang manapun dari keempat kat-kata itu ".

Tasbih leburkan kesalahan lalu

Sabda Rasulullah saw:
' Barangsiapa mengucapkan subhanallah wa bihamdih (Mahasuci Allah dan segenap puji-pujiannya), dalam sehari 100 kali, maka dileburlah kesalahan-kesalahannya ".

Majlis zikir dikerumuni Malaikat

Sabda Rasulullah saw:
" Tidak suatu kaumpun yang duduk disuatu majlis yang mereka itu sama mengingat-ingat (berzikir) kepada Allah'azza wa jalla , melainkan mereka itu dikerumuni oleh para Malaikat, diliputi oleh kerahmatan dan Allah bertutur tentang mereka itu dihadapan Malaikat yang ada disisiNya ".

Dapat taman-taman syurga dengan berzikir

Sabda Rasululla saw:
" Barangsiapa yang ingin berdiam ditaman-taman syurga, maka baiklah memperbanyakkan berzikir kepada Allah 'azza wa jalla ".

Beri pakaian dapat lindungan Allah

Sabda Rasulullah saw:
" Tidak seorang muslimpun yang memberi pakaian kepada orang muslim lain , kecuali ia adalah didalam lindungan Allah 'azza wa jalla, selama pakaiannya itu masih ada sekalipun secarik kain ".

Tiap orang dalam naungan sedekahnya

Sabda Rasulullah saw:
" setiap orang itu didalam naungan sedekahnya , sehingga saat diputuskan antara seluruh manusia '.(yakni hari qiamat)

sedekah hindar dari neraka

Sabda Rasulullah saw:
" Jagalah dirimu dari neraka sekalipun dengan menyedekahkan setengah butir kurma dan bila kamu tidak dapat berbuat demikian maka bersedekahlah dengan memberikan ucapan yang baik ".

Sedekah walau sebutir kurma

Sabda Rasulullah saw:
" Bersedekahlah , sekalipun dengan sebutir buah kurma ".

Islam itu didirikan atas 5 perkara

Sabda Rasulullah saw:
" Islam itu didirikan diatas 5 perkara iaitu:
1. Menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hambaNya
serta utusanNya
2. Mendirikan solat
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa dibulan Ramadhan dan
5. Beribadat haji diBaitullah bagi orng yang kuasa perjalanannya ".

Tertinggal solat malam ganti siang

Aisyah r.a berkata:
" Rasulullah saw itu apabila tertidur ataupunn sakit ,sehingga pada malam harinya itu tidak sempat bangun, maka beliau saw selalu bersembahyang, untuk yang ditinggalkan itu pada permulaan hari sebanyak dua belas rakaat".

January 12, 2010

Tinggal 3 kali jumaat tertutup hatinya

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa meninggalkan solat jumaat 3 kali tanpa adanya keuzuran, maka Allah telah menutup diatas qalbunya ".

Allah 'azza wa jalla menghadap orang solat

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya Allah 'azza wa jalla itu sentiasa menghadap pada orang yang bersolat itu selama ia tidak menoleh-noleh ".

Banyak orang solat dapat penat & letih sahaja

Sabda Rasulullah saw:
" Banyak sekali orang yang mendirikan solat, tetapi tidak ada bagian yang diperoleh dari solatnya itu melainkan lelah dan payah semata-mata ".

Kalau dah terhidang makan dulu baru solat

Sabda Rasulullah saw:
" Apabila hidangan makan malam telah datang(disediakan) dan solat telah dibunyikan iqamatnya, maka mulailah dengan makan malam dahulu ".

Dua rakaat sebelum duduk

Sabda Rasulullah saw:
" Apabila seseorang dari kamu semua memasuki masjid hendaklah bersembahyang dua rakaat dahulu sebelum ia duduk ".

Tak sempurna solat tetangga masjid kecuali dimasjid

Sabda Rasulullah saw:
Tidaklah sempurna solatnya seseorang yang bertetangga(berdekatan) dengan masjid, melainkan didalam masjid".

Berdoalah ketika sujud

Sabda Rasulullah saw:
" Sedekat-dekat adanya seseorang itu dengan Tuhannya ialah diwaktu ia bersujud. Oleh sebab itu perbanyakkanlah berdoa disaat itu."

Sekali sujud diangkat satu derajat

Sabda Rasulullah saw:
" Tiada seorang muslimpun yang bersujud kerana Allah sekali sujud, melainkan dengannya itu Allah mengangkatnya sederajat dan menghilangkan dirinya satu kesalahan ".

January 11, 2010

Raslullah saw nak bakar rumah orang tak solat jamaah

Sabda Rasulullah saw:
" Saya telah bermaksud hendak menyuruh seseorang untuk bersembahyang mengimami orang banyak, kemudian saya tidak mengikutinya untuk pergi ketempat orang-orang yang meninggalkan (tidak mengikuti) jamaah tadi, kemudian hendak saya bakar rumah-rumah mereka ".

solat penebus dosa antara solat

Sabda Rasulullah saw:
" Solat-solat 5 & solat jumaat yang satu sampai jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa antara jarak waktu masing-masing itu, selama dijauhinya dosa-dosa yang besar ".

Baca surah AlIkhlas terhindar dosa

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa membaca "Qul huwallahu ahadun " 10 kali sesudah solat pagi( solat subuh), maka tidak akan sampai kepadanya suatu dosa, meskipun syaitan telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh ".

Jangan tunda-tunda

Sabda Rasulullah saw:
" Binasalah orang yang menunda-nunda ".

4 perbuatan dilarang

Sabda Rasulullah saw:
" 4 perbuatan yang termasuk menentang (dilarang) adalah:
1.Buang air kecil berdiri
2. mengusap dahi sebelum selesai solat
3. tidak menjawab azan
4. tidak selawat bila namaku disebut dihadapannya ".

5 waktu doa tak ditolak

Sabda Rasulullah saw:
" 5 waktu yang doa tidak ditolak, disaatnya:
1. Malam jumaat
2. Malam 10 muharram
3. Malam pertengahan bulan Syaaban
4. Malam raya aidil fitri
5. Malam raya aidil adha ".

Ubat dosa adalah istigfar

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, dan ubat dosa adalah istigfar( minta ampun ) ".

3 golongan tak dapat lihat wajah Nabi

Sabda Rasulullah saw;
" Tidaklah dapat melihat wajahku,3 golongan:
1. Orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya.
2. Orang yang meninggalkan sunnahku.
3. Orang yang bila namaku disebut tidak membacakan selawat untukku ".

Peliharalah solat 5 waktu

Sabda Rasulullah saw:
" Peliharalah olehmu semua akan solat 5 waktu dan solat wusta(Solat Asar) dan kerjakanlah dengan taat kepada Allah ".

Lupa selawat

Sabda Rasdulullah saw:
" Barangsiapa lupa selawat untukku, maka dia telah lupa jalan ke syurga ".

Sabar atas bencana

Sabda Rasulullah saw:
" Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik daripada beribadah satu tahun ".

Al Quran penolong diakhirat

Sabda Rasulullah saw:
" Bacalah olehmu sekalian Al Quran, kerana sesungguhnya Al Quran itu akn menjadi penolong bagi para pembaca nya di hari Qiamat ".

Dusta menghitamkan wajah

Sabda Rasulullah saw:
" Kedustaan itu menghitamkan wajah ".

Orang yang kedekut

Sabda Rasulullah saw;
Orang yang kedekut adalah orang yang apabila namaku diucapkan dihadapannya maka dia tidak mengucapkan selawat untukku '.

selawat 500 kali tak fakir

Sabda Rasulullah saw:
Barangsiapa membaca selawat untukku, setiap hari 500 kali maka dia tidak akan menjadi fakir untuk selamanya ".

Tidak baca selawat

Sabbda Rasulullah saw;
" Barangsiapa disebutkan namaku dihadapannya dan dia tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka ".

Solat malam amalan orang soleh

Sabda Rasulullah saw:
" Seharusnya kamu sekalian mengerjakan solat malam, kerana solat malam itu kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dari para muqarib hanya kepada Allah dan para wali ".

Solat tahajjud lah disebahagian malam

Firman Allah Taala:
Bangunlah kamu disebagian malam, maka tahajjudlah kamu dengan Al Quran ".
(Syaikan Zaadah)

Takbir pertama itu lebih baik

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
' Takbir pertama itu lebih baik daripada dunia dan isinya ".

2 rakat solat fajar lebih baik

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" 2 rakat solat fajar itu lebih baik daripada dunia ini dan segala isinya".

Cinta dunia pangkal kesalahan

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" Cinta dunia itu,pangkal segala kesalahan".

3 yang wajib untuk nabi

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" Tiga masaalah yang wajib untukku tapi sunnat untukmu iaitu:
1. Solat witir
2. Bersiwak
3. Qiyamullail ".
(Siti Aisyah r.a)

10 kali selawat sama dengan memerdekakan seorang budak

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" Barangsiapa membaca selawatuntukku 10 kali, maka seakan-akan dia memerdekakan seorang budak(hamba)."

Bertaubatlah kamu 100 kali sehari

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" Wahai manusia, bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, kerana sesungguhnya saya bertaubatkepadanya dalam satu hari sebanyak seratus kali".

Sedakah menghalang kejahatan

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" Sedekah itu menghalangi 7 pintu kejahatan ".

Lapar di akhirat kecuali orang puasa Rejab,Syaaban& Ramadhan

Sabda Rasulullah saw:
" Semua manusia kelak dihari Kiamat kelaparan keculi para Nabi dan akhlinya serta orang yang berpuasa dibulan rejab, Syaaban & Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka itu semua kenyang & tidak merasakan lapar & dahaga."

Tulis selawat dapat ampunan

Sabda Rasulullah solallahu Alaihi wassallam:
" Barangsiapa menulis selawat untukku didalam sebuah kitab, maka para Malaikat selalu memintakan ampunan untuknya selama namaku masih tertulis dikitab itu".

Sesuap didunia kurangkan bagian diakhirat

Sabda Rasulullah saw:
" Tiada seorangpun yang mengambil sesuap dari dunia ini, pastilah Allah Taala mengurangkan bagiannya diakhirat".

Doa tak makbul jika hati lalai

Sabda Rasulullah saw:
"...Ketahuilah olehmu sekalian bahawa sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengabulkan doanya orang yang hatinya lalai."

3 doa yang dikabulkan

Sabda rasulullah saw:
" Ada 3 doa yang dikabulkan dengan tidak ada sedikitpun keraguan iaitu:
1. Doa orang tua untuk anaknya
2. Doa orang-orang yang dalam perjalanan(musafir).
3. Doa orang yang di aniaya".
(Abu Hurairah)

Jangan menghardik orang yang meminta-minta

Firman Allah Taala:
" Adapun orang yang meminta-minta janganlah engkau hardik "

Jangan hampakan orang yang meminta

Sabda Rasulullah saw:
" Janganlah kamu sekalian menolak orang yang meminta-minta, meskipun dia itu diatas kuda".

Selawat menghapuskan dosa

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa membaca selawat untukku sekali, maka tidak ada
untuknya dosa, walaupun sebesar zarrah atau butir yang kecil.'

6 macam orang masuk neraka

Sabda Rasulullah saw:
" Ada 6 macam orang yang masuk neraka sebelum dihisab, oleh sebab 6 jenis perbuatan." Siapakah mereka Ya Rasulullah?"
beliau berkata:
1. Para penguasa,kerana tindakan aniaya mereka
2. Orang arab oleh sebab kefanatikannya
3. para penjajah, kerana keangkuhannya
5. orang kampung kerana kebodohannya
6. Para ulama oleh sebab sifat dengki mereka.

Jauhi sifat dengki

Sabda Rasulullah saw:
" Jauhilah olehmu sekalian akan sifat pendengki,kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan beberapa kebaikan, ibarat api memakan kayu bakar dan rerumputan."

Padamkan kemarahan dengan wudhuk

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya marah itu dari syaitan, dan syaitan itu diciptakan dari api, sesungguhnya api itu dapat padam dengan air. Maka apabila seseorang diantaramu marah, hendaklah dia berwudhuk"

Solat 5 waktu peroleh pahala malaikat

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka akan memperoleh pahala seperti ibadah para Malaikat yang berada ditujuh langit."
(RaudatulUlama)

Jauhilah masjid-masjid dari ...

Sabda Rasulullah saw:
" Jauhilah masjid-masjidmu dari anak-anak kecil dan dari orang- orang gila".

Wasiat Nabi Muhammad saw:

Tatkala roh Nabi saw sampai didada beliu berseru:
' Aku berwasiat agar kamu sekalian memelihara solat dan apa-apa yang menjadi tanggunganmu(hamba sahayamu).Maka masih saja beliu berwasiatdengan kedua halitu sampai hilangperkataannya'.

Sebarkan salam,berilah makan & solat malam

Sabda Rasulullah saw:
Hai manusia,tebarkan salam,berilah makan dan solat diwaktu malam pada saat orang-orang tidur,maka akan masuk syurga kamu".

Amal paling utama

Sabda rasulullah saw:
" Amal perbuatan yang paling utama adalah solat 5 waktu, dan akhlak yang paling mulia adalah tawadhu'".

10 orang yang solatnya tidak diterima

Sabda Rasulullah saw:
" 10 golongan orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian,tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang solat, tetapi tidak membayar zakatnya
3. Orang lelaki yang menjadi imam,sedangkan ma'mumnya(dari kaumnya)membencinya.
4. Budak(hamba) lelaki yang melarikan dirinya.
5. Orang lelaki yang menjadi peminum khamar,tiada hentinya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah padanya.
7. Orang perempuan yang solat tanpa kerudung
8. Orang yang sombong selaku imam lagi zalim
9. Orang lelaki yang memakan riba
10. Orang lelaki yang solatnyatidak dapat mencegahnyadari perbuatan keji dan munkar."

January 10, 2010

Solat yang tak cegah perbuatan keji tak diterima

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya itu hanya akan menambah kemurkaan Allah, serta jauh daripada Allah".

Solat jadi cahaya petunjuk

Sabda Rasulullah saw:
' Barangsiapa memelihara solat, maka solat itu baginya bagikan sinar, petunjuk dan jalan keselamatan dihari kiamat.Dan barangsiapa tidak mengerjakan solat, maka ia tidak mempunyai cahaya, petunjuk dan jalan keselamatan ( pada hari Qiamat)".
(Tabyyinul Maharrim)

Solat jamaah dapat rahmat

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang mengambil wudhuk dari air yang mengalir, serta solat berjamaah dibelakang seorang ahli qiraah, maka dia berhak memperoleh rahmat Tuhan yang Maha Pencipta."
(ZubdatulWa'izhina)

Solat jamaah 27 derajat

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya solat berjamaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 derajat".

Solat jamaah lebih baik

Sabda Rasulullah saw:
" Solatnya seorang lelaki dengan berjamaah lebih baik daripada dia solat sendirian dirumah,selama 40 tahun".

Riba punyai 73 pintu dosa

Sabda Rasulullah saw:
" Riba itu mempunyai 73 pintu dosa ,yang paling ringan adalah ibarat seorang lelaki menzinai ibunya sendiri."
(HR AL Hakim)

Hindari 7 dosa besar

Sabda Rasulullah saw:
" Hindarilah tujuh macam dosa-dosa besar!"
1. Menyekutukan Allah
2. Perbuatan Sihir
3.Membunuh orang yang diharmkan Allah, kecuali dengan cara yang hak.
4.Makan harta riba.
5.makan harta anak yatim
6.Berpaling/lari mundur dari medan perang.
7.menuduh membuat zina pada para wanita yang lengah lagi beriman.
(Abu Hurairah r.a)

Tiada doa tanpa selawat

Sabda Rasulullah saw:
" Tiadalah doa,kecuali antara doa dan Allah Taala terdapat suatu hijab, sehingga yang mendoakan itu akan membacakan selawat untuk Muhammad. Kalau hal itu dilakukan maka tersingkaplah hijab itu dan dikabulkan doanya".
Saidina Ali r.a

Banyakkan selawat

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya orang yang paling utama bagiku kelak dihari kiamat,ialah yang paling banyak membaca selawat untukku".

Ikhlas iktikaf diampuni dosa

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa beriktikaf dengan penuh iman lagi ikhlas, maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".
Bukhari & Muslim

Allah benci perut penuh

Sabda Rasulullah saw:
Tiada tempat yang paling dibenci Allah dari perut yang penuh, walaupun dengan yang halal".

Baca selawat masuk syurga

Sabda Rasulullah saw:
" Jibril telah datang kepada saya seraya berkata: " Hai Muhammad , tidak seorang pun yang membaca selawat untukmu kecuali dibacakan selawat untuknya oleh 70,000 malaikat, barangsiapa dibacakan selawat oleh para Malaikat, maka dia termasuk penghuni syurga."
(Zubdatun)

Solat malam dengan ikhlas diampun dosa

sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang berdiri solat malam dibulan Ramadhan dengan penuh iman dan ikhlas kerana Allah , Maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu".

4 golongan manusia dirindui syurga

Sabda rasulullah saw:
"Syurga itu merindukan 4 golongan manusiaiaitu mereka yang
1. membaca AlQuran
2. menjaga mulut( perkataannya)
3. memberi makan kepada orang yang lapar dan
4. berpuasa dibulan Ramadhan."

Solat membersihkan dosa

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya solat itu ibarat sungai yang mengalir dimuka pintu rumah salah seorang dari kamu, yang dia mandi tiap-tiap hari lima kali, apakah mungkin masih ada kotoran yang ada padanya?" Mereka menjawab : " Tidak ". Berkata Rasulullah): " Demikian pula solat akan selalu membersihkan dosa-dosa."
( Daqaa-iqul Akbari)

Dapat 70 istana

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa menunaikan solat subuh, kemudian duduk berzikir kepada Allah Ta'ala,
maka Allah Ta'ala akan memberikan kepadanya 70 istana yang terbuat dari emas dan perak didalam syurga Firdaus."

Nabi gembala kambing

sabda Raslullah saw;
" Setiap nabi pernah mengembala kambing"

Air zam-zam menyembuhkan penyakit

Sabda Rasulullah saw:
" Air zam-zam menyedapkan makanan dan menyembuhkan ".penyakit

Baca Al quran secara beransur-ansur

Firman Allah Ta'ala:
"...supaya engkau membacakan kepada manusia secara beransur-ansur".
Al Isra':106

Baca AlQuran pelahan-lahan

Firman Allah azzawajalla:
....dan bacalah Al quran itu dengan terang dan perlahan-lahan.
Al Muzammil 4

Bantu merobohkan islam

Sabda Rasulullah saw:
" Sesiapa yang memuliakan tukang bida'ah, maka samalah seperti dia membantu untuk merobohkan islam".

Tak suka sunnah

sabda Rasulullah saw:
" sesiapa yang tak sukakan sunnahku, maka bukanlah dia dari golonganku".

January 9, 2010

Apabila engkau ingat pada-Ku

Firman Allah:
Wahai anak Adam! apabila engkau ingat padaKu dalam keadaan sunyi sepi,Aku akan ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi.Dan apabila engkau ingat kepada Ku di tengah khalayak ramai, Aku akan ingat pula kepada mu di tengah khalayak ramai yang lebih baik dari tempat engkau ingat kepada Ku.

Rasa aman didunia,takut diakhirat

Allah berfirman:
Jika ia merasa aman daripadaKu dialam dunia, akan Ku berikan rasa takut pada hari aku menghimpunkan hamba-hambaKu.Dan jika ia takut daripadaKu dialam dunia, ia akan Ku beri rasa aman pada hari Aku mengumpulkan hamba-hamba Ku kelak

January 8, 2010

agama itu nasihat

sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya agama adalah nasihat".
( HR Ahmad )

Ingat Aku,Aku ingat kamu

Firman Allah Ta'ala:
" Ingatlah kepada Ku, maka Aku akan mengingatimu."
Al Baqarah: 152

Sebaik-baik amal

Sabda Rasulullah saw:
" Sebaik-baik amal yang dilakukan ialah yang dibuat secara terus-menerus walaupun hanya
sedikit."
Riwayat Bukhari & Muslim

Kasihanilah 3 manusia

Sabda rasulullah saw:
" Kasihanilah 3 manusia!
1. orang alim ditengah-tengah kaum yang bodoh ( jahil ).
2. Orang kaya dalam satu masyarakat yang kemudiannya menjadi miskin
3. Orang yang terhormat ( mulia) disisi sesuatu kaum yang kemudiannya menjadi hina."

Faham Al Quran boleh tafsir ilmu

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa memahamkan Al Quran, dia dapat mentafsirkan sejumlah besar ilmu".

Iri hati hanya dalam 2 perkara

Sabda Rasulullah saw:
" Tidak ada iri hati kecuali terhadap 2 perkara:
( Yaitu ) Orang yang dikurniai harta kekayaan & dihabiskan untuk menegakkan kebenaran,
dan orang yang dikurniai hikmah kemudian ia melaksanakan dan mengajarkannya ( kepada orang lain )".

Pencari ilmu dimudahkan menuju syurga

Sabda rasulullah saw:
" Barangsiapa menempuh perjalanan untuk memperoleh ilmu, Allah akan memudahkan
baginya jalan menuju syurga".

Ibadah yang paling afdal

sabda Rasulullah saw:
" Ibadah yang paling afdal ialah mendalami ilmu ( fiqh)".

Sedikit ilmu lebih baik...

Sabda Rasulullah saw:
" Sedikit ilmu lebih baik dari pada banyak ibadah"

keutamaan ilmu lebih baik

Sabda Rasulullah saw:
" Keutamaan ilmu lebih baik daripada keutaman ibadah" .

Percakapan penghuni neraka

Mereka berkata: Seandainya kami dahulu ( didunia ) mau mendengarkan dan memahami ( peringatan itu ) niscaya kami tidak akan bersama-sama para penghuni neraka.
Surah Al Mulk: 10

Al Quran penjelasan bagi manusia

( Al quran ) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia, dan supaya dengan (Al Quran ) itu manusia menerima peringatan, dan ( juga) mereka mengetahui bahawasanya Dia (Allah) adalahTuhan yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran
Surah Ibrahim 52

Tak ada akal tak ada agama

Sabda Rasulullah saw:
" Agama manusia adalah akalnya , siapa tak punya akal tidak punya agama".

Ilmu Allah meliputi segala sesuatu

" Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya, ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu".
Ath Thalaq: 12

Berfikiran sederhana

Sabda Rasulullah saw:
" Kebanyakan penghuni syurga adalah orang-orang yang berfikir sederhana".

Tuntutlah ilmu yang bermanafaat

Firman Allah kepada Nabi Daud A.s :
" Hai Daud! Tuntutlah olehmu ilmu yang bermanafaat!". Nabi Daud menjawab," Ya Tuhanku, Apakah ilmu yang bermanafaat itu?" Allah berfirman," Yaitu untuk mengetahui keluhuran, keagungan dan kebesaranKu, serta kesempurnaanKu atas segala sesuatu, inilah yang mendekatkan engkau denganKu".

Ilmu untuk orang yang berbahagia

Sabda Rasulullah saw:
" Allah memberikan ilmu kepada orang yang berbahagia, tidak kepada orng-orang celaka "

Ilmu itu imamnya amal

Sabda Rasulullah saw:
" Ilmu adalah imamnya amal, dan amal adalah makmumnya".

Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadah

Imam Hasan Al Basri berkata:
" Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadah. Dan beribadahlah dengan tidak lupa menuntut ilmu".

Ulama paling mulia disyurga

Sabda Rasulullah saw:
" Apakah kalian tahu,siapakah yang paling mulia diantara penghuni syurga?. "Para shabat menjawab: " Tentu saja kami tidak mengetahui,ya rasulullah". Rasulullah menjawab," Yaitu para ulama, orang-orang berilmu dan umatku".

Orang alim disiksa paling keras

Sabda Rasulullah saw:
" Orang yang paling keras siksanya dihari kiamat ialah orang alim yang tidak diberi manafaat oleh Allah dengan ilmunya".

Tambah ilmu tapi tak bertambah petunjuk

Sabda Rasulullah saw :
" Barangsiapa bertambah ilmunya dan tak bertambah petunjuk yang diperolehnya, maka iapun semakin jauh dari Allah".

Ulama memberi syafa'at

Sabda Rasulullah saw:
" Pada hari kiamat yang memberi syafa'at adalah Nabi-Nabi, kemudian para ulama, kemudian para syuhada".

Pakaian iman adalah taqwa

Sabda Rasulullah saw:
" Iman itu telanjang dan pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya adalah rasa malu dan buahnya adalah ilmu".

Tiada yang memahami kecuali yang berilmu

Allah Ta'ala berfirman:
" Dan perumpamaan-perumpamaan ini akan Kami buat untuk manusia dan tiada yang memahaminya, kecuali orang-orang yang berilmu".
Al-Ankabut (Q.S. 29: 43)

Derajat ulama atas orang mukmin 700 derajat

Ibnu Abbas r.a berkata:
" Para ulama mempunyai derajat-derajat diatas orang-orang mukmin sebanyak 700 derajat, jarak antara dua derajat adalah perjalan 500 tahun".

January 7, 2010

Dosa berdusta atas Nabi

Sabda Rasulullah saw :
" Barangsiapa yang berkata atas namaku sesuatu yang tidak aku katakan, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya dari neraka".

Terangkatnya ilmu tanda kiamat

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya sebahagian dari tanda-tanda kiamat adalah:
1. Terangkatnya ( hilangnya ) ilmu,
2. Tetapnya kebodohan,
3. berleluasa minuman khamar,
4. Merajalelanya penzinaan,
5. Banyak wanita dan sedikit lelaki,sehingga 50 wanita 1 lelaki".

Jangan cari ilmu untuk kemewahan dunia

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang mempelajari ilmu, yang seharusnya mencari kerana Allah, tapi dia tidak mencarinya melainkan untuk memperoleh kemewahan dunia, maka dia tidak akan menemukan bau syurga besok dihari kiamat".

Cari ilmu tapi masuk neraka

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang mencari ilmu untuk menghina orang-orang bodoh, atau menyombongkan diri kepada para ulama, atau untuk mengambil muka didepan manusia, maka dia masuk neraka".

Berlindung dari Ilmu yang tidak bermanafaat

Doa Rasulullah saw:
" Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanafaat, doa yang tidak didengar, hati yang tidak khusyu' dan nafsu yang tidak kenyang".

Seutama-utama sedekah

Sabda Rasulullah saw:
" Seutama-utama sedekah adalah kalau seorang muslim mempelajari ilmu, kemudian mengajarkannya kepada saudaranya yang muslim".

Pengajar ilmu dapat pahala pengamal ilmu

Sabda Rasulullah saw:
" Barangsiapa yang mengajarkan ilmu, maka baginya ada pahala orang yang mengamalkannya,
tidak terkurangi pahala orang yang beramal itu".

Kunci pembuka kebajikan & penutup keburukan

Sabda Rasulullah saw:
" Sesungguhnya diantara manusia ada orang yang menjadi kunci pembuka kebajikan, penutup keburukan. Dan sesungguhnya diantara manusia ada orang yang menjadi kunci pembuka keburukan, penutup kebajikan. Maka berbahagialah orang yang Allah menjadikannya kunci pembuka kebajikan ditangannya. Dan celakalah orang yang Allah menjadikan kunci pembuka keburukan ditangannya" .

Allah mengelokan rupa penyampai ilmu

Sabda Rasulullah saw:
" Semoga Allah mengelokkan rupa seseorang yang mendengar ucapanku , kemudian memeliharanya, lalu menyampaikannya dariku".

Sampaikan pada yang tidak hadir

Rasulullah saw bersabda:
" Hendaklah orang yang menyaksikan itu menyampaikan kepada yang tidak hadir.sebab, banyak orang yang disampaikan, dia menyampaikannya , adalah lebih terpelihara baginya daripada orang yang mendengarkan".

Mengajar dan belajar dapat pahala

Sabda Rasulullah saw:
" Orang yang mengajar dan orang yang belajar adalah dua teman yang sama-sama mendapat pahala. Dan tidak ada kebajikan pada manusia yang lainnya".

Carilah ilmu sebelum dicabut

Sabda Rasulullah saw:
" Kamu sekalian wajib mencari ilmu ini sebelum dicabut. Dan dicabutnya ilmu adalah dihilangkannya".

Malaikat suka pencari ilmu

Sabda Rasulullah saw:
" Tiadalah seorangpun yang keluar dari rumahnya dalam mencari ilmu, kecuali para malaikat meletakkan sayap-sayapnya untuknya kerana senang apa yang dilakukannya".

Mencari ilmu adalah fardhu

Rasulullah saw bersabda:
" Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang islam. dan orang yang memberikan ilmu bagi selain ahlinya adalah seperti orang yang mengalungkan babi dengan mutiara,permata dan emas".

Satu orang Fakih lebih berat bagi syaitan

Rasulullah saw bersabda:
" Satu orang Fakih ( faham agama islam ) adalah lebih berat bagi syaitan daripada 1000
orang Abid ( ahli ibadah )".

Hafal Al-Quran dapat masuk syurga

Rasulullah saw bersabda:
" Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalkannya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan menerima pertolongannya untuk 10 orang ahli keluarganya, padahal mereka itu semua memperoleh ketentuan neraka".

Berlajar Al-Quran dan ajarkan

Rasulullah S.A.W. bersabda:
" Sebaik-baik kamu sekalian adalah orang yang berlajar Al-Quran dan mengajarkannya".

Jika tiada alim ulama

AlHasan rahimullah berkata:
Andaikata tidak ada para alim ulama, pastilah manusia seluruhnya akan menjadi sebagai binatang".

Ajarkan kitab

Allah Ta'ala berfirman:
" Dan mengajarkan kepada mereka itu kitab dan kebijaksanaan".
Surah Baqarah 151.

Ajaklah kejalan Allah

Allah Ta'ala berfirman :
" Ajaklah mereka itu kejalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik".
Surah Nahl 125

Ucapan yang baik

Allah Ta'ala berfirman:
" Siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan membuat kebaikan?".
Surah Fushshilat 32

sembunyi kebenaran

Firman Allah Ta'ala:
" Ada sebagian golongan dari mereka yang menyembunyikan kebenaran, padahal mereka itu mengetahuinya".
Surah Baqarah 146.

Terangkan kepada seluruh manusia

Firman Allah Ta'ala :
" Dan diwaktu Allah telah mengambil janji orang-orang yang diberi kitab suci, iaitu : " Haruslah
kamu semua menerang-nerangkan itu kepada seluruh manusia dan jangan kamu menyimpan-nyimpan isinya".
surah Al Imran 187.

Berilah peringatan

Firman Allah'azza wa jalla:
" Hendaklah mereka itu memberi peringatan kepada kaum-kaumnya ( setelah beljar ilmu keagamaan ), yakni diwaktu mereka telah kembali ke tempat kaumnya tadi. Barangkali kaumnya itu menjadi hati-hati kerananya".
surah Taubat 122.

Tanyalah pada yang berilmu

Firman Allah Ta'ala:
" Maka tanyalah para ahli ilmu pengetahuan, apabila kamu semua tidak mengerti".
Surah Nahl 43.

Cari ilmu agama

Firman Allah Ta'ala:
" Mengapa tidak ada sekelompokpun dari setiap golongan mereka itu yang berangkat untuk mencari pengertian dalam ilmu keagamaan".
Surah Taubat 122.

Diangkat darjat orang yang berilmu

Allah berfirman :
" Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari golonganmu semua dan juga orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan hingga beberapa derajat".
Surah Mujadalah 11.

Yang takut kepada Allah hanyalah yang berilmu

Firman Allah Ta'ala:
" Hanyasanya yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu adalah orang-orang yang berilmu pengetahuan".
Surah Fathir 28.

Tiada sama orang berilmu dan tak berilmu

Firman Allah 'azza wa jalla:
" Katakanlah : " Adakah sama orang-orang yang berilmu pengetahuan dan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan".
Surah Zumar 9.

Wasiat Lukman kepada anaknya

Wasiat Lukman kepada anaknya:
" Hai anakku, pergaulilah para alim ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu,
supaya sesungguhnya Allah Subha nahu wa Ta'ala itu menghidupkan hati dengan cahaya hikmat sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit".

Hidayah Allah

Rasulullah s.a.w mengirimkan Mua'az ke Yaman, lalu bersabda:
" Niscaya andaikata Allah memberikan hidayah seseorang sebagai hasil usahamu, maka hal itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan seisinya ini'.
Diriwayatkan oleh Ahmad.

Rahmat Allah untuk yang hidupkan sunnah

Rasulullah s.a.w bersbda:
" Rahmat Allah bagi seluruh pengganti-penggantiku", Beliau s.a.w ditanya : " Siapakah pengganti-pengganti Tuan itu?". Beliau s.a.w lalu bersabda : " Mereka itu adalah orang-orang yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkan kepada hamba-hamba Allah".
Diriwayatkan oleh Ibnu Abdilbarr.

Yang tunjuk dapat pahala sama dengan yang buat

sabda Rasulullah saw:
" Pemberi petunjuk kepada kebaikan adalah sama dengan yang mengerjakannya ( perihal pahalanya )".
Diriwayatkan oleh Tirmidzi.

Terputus amalan kecuali 3 hal

Sabda Rasulullah saw:
" Apabila seseorang anak adam( manusia ) meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari 3 hal iaitu,
1. Sedekah yang mengalir ( jariah ),
2. Ilmu yang bermanafa'at, dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.
Diriwayatkan oleh Muslim.

Jangan sembunyikan ilmu

Rasulullah saw bersabda:
" Barangsiapa mengetahui sesuatu ilmu, kemudian menyembunyikannya ( tidak suka mengajarkannya ), maka oleh Allah ia akan diberi kendali pada hari kiamat nanti dengan kendali dari api neraka".
Diriwayatkan oleh Abu Dawud,Tirmizi dan lain-lain.

Mencari ilmu itu wajib

Rasulullah saw bersabda:
" Mencari ilmu pengetahuan itu wajib atas setiap orang muslim".
Diriwayatkan oleh Ibnu Abdilbarr

Keutamaan orang yang berilmu

sabda Rasulullah saw:
" Keutamaan orang yang berilmu diatas orang yang beribadat itu seperti keutamaan bulan
purnama di atas seluruh bintang-bintang lainnya."
Diriwayatkan oleh Abu Daud,Tirmizi, Nasa-i dan ibnu Hibban.

Tiada berkah hari itu kalau tak bertambah ilmu

Rasulullah saw bersabda:
' Apabila aku didatangi oleh sesuatu hari dan aku tidak bertambah ilmuku pada hari itu yang
dapat mendekatkan diriku kepada Allah 'azza wa jalla, maka tidak ada keberkahan untukku
dalam terbitnya matahari pada hari itu."
Diriwayatkan oleh Thabrani, Abu Na'im dan Abdilbar.

Ulama pewaris Nabi

Sabda Rasulullah saw:
" Para alim ulama adalah pewaris para Nabi. "

Siapa dikehendaki baik oleh Allah

Sabda rasulullah saw;
" Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, maka ia di pintarkan dalam hal keagamaan dan
di ilhami oleh Nya kepandaian dalam hal itu . "

Allah dan Malaikat Nya berdoa (shalawat)

Nabi saw bersabda:
" Sesungguhnya Allah, para Malaikat Nya, para penghuni langit dan bumi, sampai dengan semut di liangnya dan ikan di laut, semuanya berdoa (shalawat) untuk orang yang mengajarkan
kebaikan kepada orang lain."
( Zubdatul wa'izhiina ).

Amal yang paling utama

Rasulullah saw ditanya: " Amal apakah yang paling utama? " Jawab Rasulullah saw : " Ilmu
tentang Allah ."

Jadilah orang alim

Nabi saw bersabda:
" Jadilah engkau orang alim ( berilmu), atau orang yang pelajar atau orang yang mendengarkan pelajaran dan janganlah engkau menjadi orang yang keempat, maka rosaklah engkau."

Allah suka orang yang berilmu

Allah Ta'ala telah memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Ibrahim a.s.:
" Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."

kunjungi ulama

Nabi saw bersabda:
" Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menciptakan sebuah kota di bawah 'Arasy yang pintunya tertulis " Barangsiapa yang mengunjungi para ulama, maka seakan-akan dia telah mengunjungi para Nabi."

Tidur orang alim

Nabi saw bersabda:
" Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadahnya orang yang bodoh."

Ulama umpama Nabi

Nabi saw bersabda:
" Para ulama umatku itu seperti Nabi Bani Israel."

Ulama pelita umat

Dari Ali karamallahu wajhahu- semugaAllah memuliakannya-dari nabi saw :
" Saya bertanya kepada malaikat Jibril tentang orang-orang yang memiliki ilmu; maka dia
menjawab; " mereka adalah pelita bagi umatmu di dunia dan di akhirat, Maka beruntung sekali
bagi umatmu yang mau kenal kepada mereka dan celaka bagi umatmu yang mereka ingkar
dan membuat mereka marah kepadanya."
( Kawaasyii )

Duduk di sisi orang alim

Nabi saw bersabda:
" Barangsiapa duduk disisi seorang alim dua jam, atau makan bersamanya dua suap, atau mendengarkan daripadanya dua kata, atau berjalan dengannya dua langkah, maka Allah Ta'ala
memberikan kepadanya dua syurga, yang tiap-tiap syurga seperti dua kali dunia."
( Misykatul Anwari )

Hati dapat berkarat

Nabi saw bersabda:
" Sesungguhnya hati dapat berkarat.Cara menghilangkannya adalah membaca AlQuran, ingat mati dan menghadiri majlis zikir."

Ilmu akan merasa senang

nabi saw bersabda:
" Ilmu itu akan merasa senang jika diamalkan dan dipenuhi keinginannya. Bila tidak, maka ia akan pergi."

Melihat orang alim

Nabi saw bersabda:
" Melihat kepada orang alim ( berilmu ) adalah ibadah ( mendapat pahala )."

keutamaan orang alim atas ahli ibadah

nabi saw bersabda:
" keutamaan orang alim di atas orang ahli ibadah itu seperti saya di atas orang-orang yang paling rendah akhlaknya diantara kamu."

Meninggalnya orang alim

Nabi saw bersabda:
" Meninggalnya seorang alim itu laksana hancurnya alam."

January 6, 2010

Hati-hati terhadap 3 golongan manusia

Nabi saw bersabda:
" Hati-hatilah kamu terhadap 3 golongan manusia,mereka itu adalah:
1. Para ulama yang lalai.
2. Para fakir miskin yang pura-pura kaya( kerana sombong/untuk menipu ) dan
3. Para ahli tasa'uf yang bodoh."

Derma untuk penuntut ilmu besar ganjarannya

nabi saw bersabda:
" Barangsiapa yang mendermakan wangnya kepada orang yang menuntut ilmu sebesar satu dirham, maka dia akan mendapat ganjaran telah mendermakan emas sebesar gunung uhud di jalan Allah Ta'ala."

Mudah Hafal ilmu dengan jaga 5 perkara

Sabda Nabi saw:
" Barangsiapa ingin mudah menghafal ilmu, maka dia harus menjaga 5 perkara:
1. Mengerjakan solat malam walaupun 2 rakaat.
2. Selalu dalam keadaan suci( berwudhuk).
3. Bertaqwa kepada Allah,baik dalam keadaan sembunyi-sembunyi ataau dalam keadaan terang-terangan dimata orang.
4. Niat makan untuk bertaqwa(ertinya kuat beribadah) bukan makan untuk memperturutkan hawa nafsu.
5. Selalu bersiwak.

Ilmu untuk kebaikan & kemuliaan dunia & akhirat

Sabda Nabi saw:
" Kebaikan di dunia dan di akhirat beserta ilmu dan kemuliaan di dunia dan di akhirat juga beserta ilmu. Seseorang yang alim ( berilmu ) lebih besar keutamaannya di sisi Allah Ta'ala
daripada seribu pejuang yang mati syahid."

Dapat ilmu dapat kerajaan

Dari ibnu Abbas r. a :
" Ditawarkan kepada Nabi Sulaiman a.s , antara ilmu dengan kerajaan, dia ( Nabi Sulaiman )
memilih ilmu, maka dia diberi ilmu dan kerajaan."

Kelebihan Ulama

Dari Ibnu Abbas ra:
"Para ulama itu mempunyai kelebihan/kedudukan tujuh ratus derajat di atas derajat orang- orang beriman, yang antara tiap-tiap dua derajat sejauh perjalanan lima ratus tahun."

Kelebihan solat berjamaah & menuntut ilmu

Diriwayatkan dari Nabi saw:
" Barangsiapa solat berjamaah & duduk di kalangan majlis ilmu, serta mendengarkan kalam Allah ( Al Quran ) kemudian mengamalkannya,maka Allah memberikan kepadanya enam perkara:
1. Rezki yang halal
2.Keselamatan dari siksa kubur
3.kitab amalannya diberikan dari arah kanannya.
4. Melewati titian shiratal-mustaqim dengan mudah serta cepat bagaikan halilintar yang menyambar
5.Berada dalam barisan para nabi.
6.Disediakan Allah Taala sebuah istana disyurga,dari permata indah yang berpintu 40 buah
(Zubdatun)

Kelebihan menuntut ilmu

Dari Abu Hurairah r.a ,dari Nabi saw :
" Barangsiapa berjalan untuk keperluan menuntut ilmu, maka Allah membimbingnya ke jalan syurga, sesungguhnya orang alim itu dimintakan ampunan oleh makhluk yang ada dilangit dan dibumi, sehingga ikan-ikan yang ada dilaut, dan sesungguhnya ulamak itu para pewaris Nabi."

Musibah meninggalkan ilmu

Nabi saw, bersabda:
" Akan datang kepada umatku suatu masa disaat mana mereka lari menjauhkan diri daripada ulama dan dari ahli fikih.Maka Allah Ta'ala menimpakan tiga musibah atas diri mereka iaitu:
1. Hilangnya keberkahan dari usaha mereka.
2. Dikuasai oleh penguasa atau sultan yang zalim/aniaya.
3. Mereka akan mati tanpa bekal iman.

Pahala 70 Nabi

Nabi saw ,bersabda:
" Barangsiapa yang mempelajari satu Bab dari ilmu, dengan maksud akan mengajarkannya kepada orang, maka diberikan kepadanya pahala 70 Nabi."

Keutamaan Ilmu

Dari Abu Dzarrin dari Nabi saw,berkata:
"Hai Abu Dzarrin,sungguh engkau pergi lalu untuk berlajar satu Bab dari kitabullahi Ta'ala (Al Quran ),itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seratus raka'at,dan sungguh engkau pergi mengajarkan satu Bab dari ilmu,diamalkan atau tidak,itu lebih baik bagimu daripada engkau solat seribu raka'at."