Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
April 27, 2011
Jangan lupa Al-Quran
Hadis Abdullah bin Mas`ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari).
(Riwayat Muslim, #1314)
Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari).
(Riwayat Muslim, #1314)
Solat menghapuskan dosa
Abi MuslimAt-tighlibi r.a. meriwayatkan:
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."
April 26, 2011
Keunikan Ahli Syurga
Hadith:
DARI Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda: "sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.
"Para sahabat bertanya:"Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."
Fitnah menghitamkan hati
Dari Hudzaifah bin al-Yaman ra, dia berkata : “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Berbagai fitnah akan dibentangkan kepada hati seperti anyaman tikar, satu benang demi satu benang. Mana-mana hati yang berhasil dirasuki fitnah itu, maka ia akan meninggalkan titik hitam. Manakala hati yang berhasil menolaknya, maka ia akan meninggalkan titik putih. Sehingga hati itu terbelah dua, hati putih seperti batu karang, yang tidak akan goyah oleh fitnah apapun selama langit dan bumi masih tegak. Sedangkan yang lainnya hati hitam seperti warna yang sangat putih terletak dalam warna hitam, ia seperti kuali terbalik, ia tidak mengenal kema’rufan dan tidak pula menolak kemungkaran, kecuali apa-apa yang bersesuaian dengan keinginan hawa nafsunya.”
(Riwayat Muslim)
April 25, 2011
Laknat untuk semua yang terlibat dengan arak
" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "
April 24, 2011
Jauhi zina
Hadis Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. Hadis Riwayat Muslim |
April 23, 2011
Dilaknat Allah pemberi dan penerima rasuah
“Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)
April 22, 2011
Malaikat maut memerhati wajah setiap manusia 70 kali sehari
Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
“Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dgn malaikat maut.
Beberapa Larangan Rasulullah s.a.w
Hadith:
DARI al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda: "Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya."
Riwayat Bukhari
Huraian Hadith:
Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka.
Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam.
Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan.
Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu.
Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain.
Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan.
Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.
Subscribe to:
Posts (Atom)