Search This Blog

Pages

January 29, 2013

Rahsia Abu Umamah Untuk Bebas Hutang



Dari Abu Said Al-Khudri r.a. diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah shallallahu alaihi wasalam memasuki masjid. Tiba-tiba ada seorang pemuda yang sudah duduk lama di dalam masjid, pemuda itu bernama Abu Umamah.
Rasulullah Shallallahu alai wasallam bertanya kepadanya : Wahai Abu Umamah, mengapa aku melihatmu duduk di masjid pada waktu-waktu di luar shalat? Abu Umamah menjawab, Aku sedang dilanda kesusahan dan dililit hutang-hutang wahai Rasulullah.
Rasulullah kemudian bersabda kepadanya, Ketahuilah aku akan mengajarkan kepadamu ucapan yang apabila engkau mengucapkannya, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan menyingkirkan kesedihan dan membayarkan hutang-hutangmu. Ucapkanlah pada waktu pagi dan sore :
Allahumma inni audzubika minal hammi wal hazani wa audzubika minal ‘ajzi wal kasali wa audzubika minal jubni wal bukhli wa audzubika min ghalabatiddaini wa qahrirrijali
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.
Kata Abu Umamah radhiyallahu anhu: Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas semua hutangku. (HR Abu Dawud 4/353)

January 21, 2013

Keutamaan Bertasbih, Bertahmid dan Dzikir

 Bertasbih, Bertahmid dan Dzikir Lainnya, Mau’izhatul Mukminin, Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam Syafie)

- Rasullullah s.a.w bersabda, “… ucapan yang amat disenangi disisi Allah Ta’ala itu ada empat, iaitu : Subahnallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akhbar. Tidak ada halangannya engkau memulai dengan yang manapun dari keempat kata kata itu.” 
Diriwayatkan oleh Muslim

- Rasullullah s.a.w bersabda, “ …ada dua kalimat yang ringan untuk diucapkan dilidah, tetapi berat sekali dalam timbangan (mizan), juga amat di cintai oleh Tuhan yang Maha Pengasih, iaitu kalimat kalimat : Subhanallah wa bihamdih dan Subhanallahil ‘azhim”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

January 19, 2013

Tutuplah Aurat

Nabi saw. bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)

Menutup aurat adalah perintah Allah.

Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

Bertaubatlah sebelum terlambat.

January 2, 2013

Kisah Nabi SAW Tegur Sahabat Ketawa



Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, “Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.“ Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)

Keterangan:

Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat. Dan menjauhi ketawa secara berlebihan merupakan salah satu cara untuk kita tidak leka mengingat kepada maut.