Search This Blog

Pages

June 30, 2011

Haram Membunuh Orang Kafir Yang Telah Mengucap Kalimah Syahadat Iaitu لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّ

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Al-Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah. Rasulullah bertanya dengan sabdanya: Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan kalimah syahadat لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian keranatakutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak? Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita untuk menyerah diri pada ketika itu juga. Usamah menceritakan lagi, Saad telah berkata: Demi Allah, aku tidak akan membunuh seorang muslim sehinggalah ianya telah dilakukan oleh orang yang mempunyai perut yang kecil, iaitu Usamah. Usamah berkata lagi, seorang lelaki telah bertanya: Tidakkah Allah telah berfirman وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ Yang bermaksud: Dan Perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah serta jadikanlah agama itu semata-mata kerana Allah. Maka Saad menjawab: Sesungguhnya kami memerangi mereka supaya tidak berlaku fitnah, tetapi kamu dan para sahabat kamu memerangi mereka, untuk menimbulkan fitnah.

June 29, 2011

SENYUM DAN KEINDAHAN PERGAULAN



Dari 'Abdullah bin 'Amr r.a., katanya Rasulullah Sallallohu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya orang-orang pilihan di antara kamu ialah yang paling indah budi pekertinya."

[HR. Imam Muslim]

Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah

 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan,

"Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama), setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap yang bid’ah adalah sesat." (Hadis riwayat Muslim, 4/359, no. 1435)

June 28, 2011

Dalil Bagi Mereka Yang Mati Dalam Keadaan Tetap Mentauhidkan Allah s.w.t, Pasti Akan Dimasukkan Ke Syurga

Hadis Anas bin Malik r.a:
Ketika Muaz bin Jabal mengekori unta Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan, Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Muaz menyahut: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil lagi: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w memanggil: Wahai Muaz! Aku menyahut lagi: Telah ku terima panggilanmu itu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengucap Dua Kalimah Syahadat iaitu: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ nescaya terselamatlah dia dari api Neraka. Kemudian Muaz berkata: Bolehkah aku memberitahu perkara ini kepada orang ramai agar mereka sebarkan berita gembira ini? Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau begitu, lakukanlah dan berserahlah kepada Allah.

Ancaman Terhadap Perbuatan Mendustakan Rasulullah s.a.w)

Hadis Ali r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu cuba mendustakan aku kerana sesungguhnya orang yang mendustakan aku akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

June 27, 2011

Menyeru Kepada Dua Kalimah Syahadat Dan Syariat syariat Islam

Hadis Muaz r.a katanya:
Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka yang sangat disayangi dan takut
lah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.

June 26, 2011

Perkara perkara Yang Haram Dilakukan Ketika Berada Di Mekah, Memburu, Mencabut Rumput Dan Pokok, Mengambil Barang Yang Ditemui Di Sana, Kecuali Bagi Orang Yang Ingin Mengumumkannya

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada lagi yang dinamakan hijrah dari Mekah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu dipanggil oleh pemerintah untuk berperang, maka berangkatlah. Pada ketika yang lain, ketika pembukaan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan Kota Mekah sewaktu Dia menciptakan langit dan bumi. Pengharaman itu berterusan sehingga hari Kiamat kelak. Sebelumku, tiada siapa pun yang dibolehkan berperang di negeri ini. Aku sendiri pun tidak dibolehkan melakukan perkara yang sama kecuali satu ketika. Kota ini telah diharamkan oleh Allah hingga hari Kiamat nanti. Pokok-pokok tidak boleh ditebang, binatang buruan tidak boleh dibunuh iaitu diburu, barang yang ditemui di Kota ini tidak boleh diambil kecuali orang yang ingin mengumumkan, rumput-rumput tidak boleh dicabut atau dipotong. Al-Abbas r.a bertanya: Adakah rumput lalang terkecuali wahai Rasulullah kerana ia sangat berguna kepada manusia? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Kecuali rumput lalang.

June 25, 2011

Israk Rasulullah s.a.w Ke Langit Dan Kewajipan Sembahyang

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah menceritakan tentang perjalanan israknya. Baginda bersabda: Nabi Musa a.s berkulit sawa matang dan tinggi seperti seorang lelaki dari Kabilah Syanu'ah. Manakala Nabi Isa a.s pula berbadan gempal, tingginya sederhana. Selain dari itu baginda juga menceritakan tentang Malik penjaga
Neraka Jahanam dan Dajal.

June 24, 2011

Wahyu Mula Diturunkan Kepada Rasulullah s.a.w

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menceritakan tentang masa terputusnya wahyu. Baginda bersabda: Ketika aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar suara dari langit. Aku mendongakkan kepalaku, ternyata Malaikat yang pernah mendatangiku di gua Hira' sedang duduk di atas kerusi terapung-apung di antara langit dan bumi. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku mula gementar kerana ketakutanku kepadanya. Lalu aku pulang dan berkata: Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku! Setelah aku diselimutkan, ketika itulah Allah s.w.t menurunkan ayat يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْYang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan, amaran kepada umat manusia dan ingatlah serta ucapkanlah kebesaran Tuhanmu. Pakaianmu hendaklah engkau bersihkan dan segala kejahatan, hendaklah engkau jauhi iaitu penyembahan berhala. Setelah itu wahyu diturunkan berterusan.

June 23, 2011

Menyeru Kepada Dua Kalimah Syahadat Dan Syariat syariat Islam

Hadis Muaz r.a katanya:
Aku diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: Engkau akan mendapati golongan Ahli Kitab, oleh itu dakwahlah mereka supaya mengucap Dua Kalimah Syahadat. Jika mereka menerima Dua Kalimah Syahadat tersebut, ajarkanlah mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Sekiranya mereka tetap mentaati perintah tersebut, ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka agar mengeluarkan zakat. Jika mereka tetap mentaatinya, beritahulah mereka supaya berhati-hati terhadap harta mereka yang sangat disayangi dan takutlah doa orang yang teraniaya kerana doa mereka adalah mustajab.

June 22, 2011

Al-Asr! Demi Masa !...........: Pakaian Berwarna Putih

Dari Samurah bin Jundab r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (Sunan at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad)

Pengajaran Hadis:

1. Solat adalah sah jika menepati segala rukun dan syarat yang telah ditentukan oleh syarak walaupun memakai pakaian yang ada gambar (bergambar), tulisan dan corak-corak. Diriwayatkan dari Aisyah katanya;:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.” (HR al-Bukhari)

2. Walau bagaimanapun dari segi adab dalam beribadat, perkara ini tidak digalakkan kerana ia mungkin mengganggu penumpuan kita atau orang lain terhadap solat kecuali tidak ada pakaian yang lebih baik ketika itu.

3. Sesungguhnya dalam beribadat, bukan sahaja rukun dan syarat perlu diikuti tetapi adab juga mesti diutamakan kerana ia boleh mempengaruhi kesempurnaan dalam solat sepeti khusyukkan dalam bersolat.

4. Memakai pakaian yang sopan dan selayaknya dipakai mestilah dititikberatkan apalagi ketika behadapan dengan Allah Ta'ala. Itulah yang dinamakan sifat ihsan iaitu merasakan bahawa Allah Ta'ala melihat ibadat yang sedang kita kerjakan. Jika kita tidak menjaga adab ini dikhuatiri ibadat kita tidak sempurna walaupun di sisi syarak ianya dianggap sah.

5. Di dalam kitab Bahrulmazi ada menyebut bahawa Siti Aishah RA menceritakan hadis Nabi SAW yg berbunyi "Adalah Nabi itu berminat dengan pakaian yang putih bersih dan banci pada pakaian yang kotor."

6. Maka pada hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan bagi sekalian umat-umatnya berpakaian dgn pakaian yang putih dan bersih, terutamanya untuk hadir Solat Jumaat dan Jemaah, dan juga pada tempat-tempat keramaian dan memberi pakai kepada anak-anak mahupun keluarga pakaian yg berwarna Putih kerana mengikut perbuatan dan suruhan Nabi SAW.Al-Asr! Demi Masa !...........: Pakaian Berwarna Putih

June 21, 2011

Meninggikan Bacaan Di dalam Sembahyang Subuh Dan Membaca Al Quran Kepada Jin

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w belum pernah membaca Al-Quran dan mengajar agama kepada jin dan belum pernah pula melihat mereka. Kisahnya, baginda berangkat bersama dengan rombongan para sahabat menuju ke pasar Ukaz Pada ketika itu, tipu muslihat antara syaitan dan berita dari langit dihalangi dan mereka dilempari dengan panah api. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka, lalu berkata: Antara kami dan berita dari langit ditipu daya dan kami dilempari dengan panah api. Kaum mereka berpendapat: Keadaan itu adalah kerana ada sesuatu yang luar biasa berlaku. Pergilah ke bumi di sebelah timur dan barat. Telitilah apa yang menghalangi antara kita dan berita dari langit. Mereka pun pergi ke bumi di sebelah timur dan barat. Sekumpulan jin dari mereka menuju ke arah Tihamah iaitu mengikuti Nabi s.a.w. Baginda berada di bawah pokok tamar dalam perjalanan ke pasar Ukaz. Pada saat itu, baginda sedang sembahyang Subuh bersama para sahabat. Ketika mereka mendengar Al-Quran, mereka memerhatikannya, lalu berkata: Inilah yang menghalangi antara kita dengan berita dari langit. Maka mereka pun kembali kepada kaum mereka lalu berkata: Wahai kaumku. إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا Yang bermaksud: Sesungguhnya aku telah mendengar bacaan yang mengkagumkan, yang boleh menunjukkan kita kepada kebenaran, maka aku beriman kepadanya dan tidak akan menyekutukan Tuhanku dengan siapa pun. Maka Allah s.w.t menurunkan kepada nabiNya Muhammad s.a.w ayat قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ Yang bermaksud: Katakanlah, telah diwahyukan kepadaku, bahawasanya
sekumpulan jin telah mendengar bacaan Al-Quran.

June 20, 2011

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

June 19, 2011

Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku.

Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab 
untuk menyeksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.

June 18, 2011

Rasulullah s.a.w memohon perlindungan dari azab kubur ketika baginda sembahyang

Hadis Aisyah r.a katanya:
Dua orang perempuan tua dari kaum Yahudi Madinah telah datang menemuiku. Kedua perempuan itu berkata: Sesungguhnya ahli kubur akan di azab dalam kubur mereka. Lalu Aisyah berkata: Kamu berdua ini penipu dan aku tidak mahu membenarkan kata-kata mereka itu, maka kedua-dua perempuan itu meninggalkan aku. Setelah itu Rasulullah s.a.w datang lalu aku berkata kepada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dua orang perempuan tua dari kaum Yahudi Madinah telah datang menemuiku dan mereka mengatakan bahawa ahli kubur akan di azab di dalam kubur mereka. Lalu Rasulullah bersabda: Memang benar kedua-dua orang perempuan Yahudi itu akan di azab, hanya binatang sahaja yang dapat mendengar azab itu. Aisyah berkata lagi: Aku selalu mendengar Rasulullah s.a.w memohon perlindungan dari azab kubur ketika baginda sembahyang
.

June 17, 2011

Azab neraka wail untuk anggota wudhuk yang tak kena air ( wudhuk tak sempurna)

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah melihat seorang lelaki tidak membasuh kedua tumitnya ketika mengambil wuduk. Maka baginda pun bersabda: Celakalah iaitu
mendapat azab Neraka Wail bagi tumit-tumit yang tidak basah sewaktu berwuduk dengan seksaan api Neraka.

Masuk syurga tanpa hisab

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku telah diperlihatkan oleh Allah beberapa golongan umat manusia. Maka aku telah melihat seorang Nabi bersamanya satu kumpulan manusia iaitu tidak lebih dari sepuluh orang. Seorang Nabi bersamanya seorang lelaki dan dua orang lelaki dan seorang Nabi tanpa seorang pun bersamanya. Tiba-tiba diperlihatkan kepada aku satu kumpulan yang ramai. Aku menyangka mereka adalah dari umatku. Tetapi dikatakan kepadaku mereka adalah Nabi Musa a.s dan kaumnya. Lihatlah ke ufuk, lalu aku pun melihatnya, ternyata terdapat satu kumpulan yang ramai. Dikatakan lagi kepadaku: Lihatlah ke ufuk yang lain. Ternyata di sana juga terdapat satu kumpulan yang ramai. Dikatakan kepadaku: Ini adalah umatmu dan bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang yang akan memasuki Syurga tanpa dihisab dan di
azab. Kemudian Rasulullah s.a.w bangkit lalu masuk ke dalam rumahnya. Orang ramai telah berbincang mengenai mereka yang akan dimasukkan ke dalam Syurga tanpa dihisab dan diazab. kemudian setengah dari mereka berkata: Mungkin mereka adalah orang-orang yang selalu bersama Rasulullah s.a.w. Ada pula yang mengatakan: Mungkin mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam Islam dan tidak pernah melakukan perbuatan syirik terhadap Allah. Mereka mengemukakan pendapat masing-masing. Ketika itu Rasulullah s.a.w keluar menemui mereka lalu Baginda bertanya dengan bersabda: Apa yang telah kamu bincangkan? Mereka pun menerangkan keadaan tersebut. Maka Rasulullah s.a.w terus bersabda: Mereka adalah orang-orang yang tidak menggunakan jampi mentera, tidak meminta supaya dibuat jampi mentera, tidak meramalkan perkara-perkara buruk dan hanya kepada Allah mereka bertawakal. Ukkasyah bin Mihsan berdiri lalu berkata: Berdoalah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu termasuk dari kalangan mereka. Kemudian berdiri seorang lelaki yang lain lalu berkata: Berdoalah kepada Allah semoga aku termasuk dari kalangan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Ukkasyah telah mendahului kamu supaya digolongkan dari kalangan mereka yang memasuki Syurga tanpa dihisab.

Azab paling ringan dineraka

Hadis An-Nu'man bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling ringan 
azabnya pada Hari Kiamat ialah seorang lelaki yang diletakkan pada tapak kakinya dua biji batu dari Neraka, ianya akan menyebabkan otaknya mendidih iaitu lelaki yang tidak pernah kena tanah semasa berjalan.

Allah tidak berkata-kata pada 3 golongan manusia dihari qiamat

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Tidak Akan Berkata-kata Kepada Tiga Golongan Manusia pada Hari Kiamat, tidak membersihkan mereka dari dosa dan mereka akan di
azab dengan azab seksa yang pedih. Mereka itu ialah seseorang yang mempunyai lebihan air di Padang Sahara tetapi dia enggan memberikan air tersebut kepada musafir yang memerlukan. Seseorang yang menjual barang dagangan selepas waktu Asar dan dia bersumpah dengan nama Allah iaitu sumpah bohong bahawa dia membeli barang tersebut dengan harga sekian, sekian menyebabkan pembeli mempercayainya sedangkan dia membelinya bukan dengan harga tersebut. Seseorang yang berikrar setia kepada seorang pemimpin kerana tujuan keduniaan, sekiranya pemimpin berkenaan memenuhi permintaannya dia tetap setia dan jika tidak dia berpaling tadah.

Berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat

Hadis Anas r.a katanya:
Pada suatu hari Nabi s.a.w datang menemuiku. Pada waktu itu aku sedang bersama dengan ibuku dan Ummu Haram emak sudaraku. Baginda bersabda: Berdirilah! Aku akan mendirikan 
sembahyang bersama kamu semua. Sedangkan pada waktu itu bukanlah waktusembahyang. Baginda mendirikan sembahyang bersama kami lalu seorang lelaki bertanya kepada Thabit: Di mana Anas berada pada waktu itu? Thabit menjawab: Anas berada di sebelah kanan Rasulullah. Kemudian baginda berdoa untuk kami seisi keluarga supaya kami beroleh segala kebaikan dunia dan akhirat. Ibuku berkata: Wahai Rasulullah! Tolong doakan khadammu itu kepada Allah. Baginda pun mendoakan segala kebajikan untukku. Pada akhir doa tersebut baginda berdoa yang bermaksud: اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيهِ Ya Allah! Perbanyakkanlah hartanya dan perbanyakkanlah anak-anaknya serta berikanlah keberkatan kepadanya.

June 16, 2011

Solat dirumah jika hujan lebat

Hadis Abdullah bin Abbas r.a:
Beliau telah berkata kepada tukang azan ketika hari hujan lebat: Setelah kamu berkata: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ Maka janganlah kamu ucapkan: حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ Yang bermaksud: Marilah 
sembahyang. Sebaliknya ucapkanlah: صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ Yang bermaksud:sembahyanglah di rumah kamu. Beliau berkata: Orang ramai seolah-olah mengingkari perbuatan tersebut. Lalu Abdullah bin Abbas berkata: Adakah kamu semua hairan dengan perbuatan ini sesungguhnya orang yang lebih mulia dariku (Rasulullah) telah mengajarkan perbuatan ini. Sesungguhnya sembahyang berjemaah itu wajib tetapi aku tidak mahu kamu keluar rumah dan kamu berjalan di atas tanah yang licin dan berlumpur.

Solat dirumah kalau hujan lebat atau cuaca terlalu sejuk

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menyuruh tukang azan mengucapk
an: sembahyanglah dirumahmu masing-masing (pada akhir azan) jika hujan turun dan malam terlalu sejuk.

Solat Qasar

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Yazid r.a katanya: Sayidina Othman pernah 
sembahyang di Mina bersama kami sebanyak empat rakaat. Lalu diceritakan kepada Abdullah bin Mas'ud lantas dia menyebut: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ kemudian beliau berkata: Akusembahyang bersama Rasulullah s.a.w di Mina hanya dua rakaat. Aku sembahyang bersama Abu Bakar As-Siddiq di Mina sebanyak dua rakaat dan aku sembahyang bersama Umar bin Al-Khattab di Mina juga sebanyak dua rakaat. Moga-moga bahagian aku dari empat rakaat ialah dua rakaat yang telah diterima oleh Allah.

Solat orang musafir dan qasar

Hadis Anas r.a: 
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mendirikan 
sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat rakaat dan baginda mendirikansembahyang Asar di Zul Hulaifah sebanyak dua rakaat.

Jamak zohor dengan asar , maghrib dengan isyak

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah mendirikan 
sembahyang Zuhur dan sembahyang Asar secara jamak. Begitu juga sembahyang Maghrib dansembahyang Isyak secara jamak, sedangkan baginda bukan dalam keadaan perang atau musafir.

Solat jamak zohor dan asar

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Apabila Rasulullah s.a.w musafir sebelum matahari condong ke barat, baginda menangguhkan 
sembahyang Zuhur ke waktu Asar. Kemudian baginda turun (berhenti) dan menghimpunkan kedua sembahyang tersebut. Akan tetapi sekiranya matahari telah condong ke arah barat sebelum baginda berangkat, maka baginda mendirikan sembahyang Zuhur terlebih dahulu kemudian barulah baginda berangkat.

jamak maghrib , isyak

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w tergesa-gesa semasa musafir, baginda menghim
punkan sembahyang Maghrib dan Isyak.

Hendaklah sempurnakan puasa walaupun sudah makan kerana terlupa

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa
yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.

Qada solat yang lupa

Hadis Saidatina Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah katanya: Aku pernah bertanya Saidatina Aisyah r.a mengenai dua rakaat sembahyang yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sesudah Asar. Aisyah r.a menjawab: Itu sebenarnya adalah dua rakaat sebelum Asar yang tidak sempat baginda lakukan kerana sibuk oleh suatu urusan ataupun kerana terlupa, lalu baginda lakukannya setelah sembahyang Asar. Kemudian hal itu baginda tetapkannya kerana memang itulah kebiasaan baginda s.a.w.

June 15, 2011

Nabi solat tahajud dan witir sebelas rakaat

Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mendirikan 
sembahyang malam sebanyak sebelas rakaat, salah satu daripadanya sembahyang Witir. Apabila baginda selesai sembahyang baginda berbaring di atas lambung kanan sehinggalah baginda mendengar suara tukang azan, lalu baginda mendirikan sembahyang dua rakaat dengan ringkas.

Solat lah dua rakaat sebebelum subuh

Hadis Hafsah r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Hafsah Ummul Mukminin menceritakan kepadanya bahawa: Ketika tukang azan selesai dari melaungkan azan untuk 
sembahyang Subuh, baginda akan mendirikan sembahyang sunat dua rakaat dengan ringkas sebelum mendirikan sembahyang Subuh.

Amalkan puasa sunat, solat dhuha dan witir

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan 
sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.

June 14, 2011

Tidak sah korban yang disembelih sebelum sembahyang hari raya

Hadis Jundab bin Sufian r.a katanya:
Aku pernah menyaksikan sembelihan korban sewaktu bersama Rasulullah s.a.w sebelum mendirikan 
sembahyang dan apabila selesaisembahyang dengan memberi salam, baginda mendapati daging korban telah disembelih sebelum selesai mendirikan sembahyang. Baginda bersabda: Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum dia mendirikan sembahyang atau kami sembahyang, dia hendaklah menyembelih yang lain sebagai gantinya. Manakala sesiapa yang belum melakukan sembelihan, dia hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah.

Solatlah dengan wudhuk yang sempurna

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Selepas 
sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal: Wahai Bilal ceritakan padaku tentang amalan (besar pahalanya) kamu yang kamu lakukan setelah berada dalam Islam, kerana semalam aku mendengar suara hentakan seliparmu di dalam Syurga. Bilal berkata: Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (besar pahalanya) pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentakdirkan aku mendirikan sembahyang,
maka aku akan berwuduk dengan sempurna samada malam ataupun siang hari.

Jangan solat jenazah orang munafik

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Ketika Abdullah bin Ubai bin Salul meninggal dunia, datang anaknya Abdullah bin Abdullah menemui Rasulullah s.a.w, meminta pakaian Rasulullah s.a.w untuk mengapani jenazah ayahnya. Rasulullah s.a.w memenuhi permintaan tersebut, kemudian beliau meminta Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazah ayahnya. Maka Rasulullah s.a.w berdiri untuk memenuhi permintaan itu. Umar berdiri serta menarik baju Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu ingin menyembahyanginya, tidakkah Allah melarang dari berbuat begitu? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepadaku. Allah telah berfirman:



اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً 


Yang bermaksud: Kamu mintalah keampunan untuk mereka atau tidak minta keampunan untuk mereka, sekirannya kamu meminta keampunan untuk mereka sebanyak tujuh puluh kali, aku akan menambahnya tujuh puluh kali. Umar berkata: Abdullah itu orang munafik. Rasulullah s.a.w tetap menyembahyangi jenazah tersebut. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat:


وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ 


Yang bermaksud: Dan janganlah kamu sembahyang jenazah ke atas orang munafik yang mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya.

Sutera bukan pakaian orang bertaqwa

Hadis Uqbah bin Amir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan sejenis pakaian luar yang dibuat dari sutera. Baginda memakainya untuk mendirikan
sembahyang. Apabila selesai sembahyang, baginda segera menanggalkannya dengan cepat seperti tidak menyukainya. Kemudian baginda bersabda: Pakaian ini bukan untuk orang-orang yang bertakwa.

Solat sepanjang malam seperti puasa tanpa henti

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha un
tuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

Bersyukur dengan solat

Hadis Al-Mughirah bin Syukbah r.a:
Bahawa Nabi s.a.w telah mendirikan 
sembahyang hingga pecah-pecah telapak kaki baginda. Maka baginda ditanya: Mengapa engkau menyusahkan diri dengan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampuni segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!.

Diampunkan dosa dengan solat

Hadis Anas r.a katanya:
Seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud, oleh itu hukumlah aku. Anas berkata: Sebaik sahaja tiba waktu 
sembahyang lelaki tersebut turut mendirikan sembahyangbersama-sama Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang lelaki tadi berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud. Oleh itu hukumlah aku sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Baginda bersabda: Adakah kamu mendirikan sembahyang bersama-sama kami? Lelaki tersebut menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kamu telah diampunkan oleh Allah s.w.t.

Solat menghapuskan dosa

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu lelaki tersebut datang berjumpa Nabi s.a.w dan memberitahu kepada baginda perihal tersebut. Baginda bersabda: Lalu diturunkan ayat 
4أَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ Yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang wahai Muhammad (engkau dan umatmu) pada waktu pagi, petang dan sebahagian dari waktu malam. Sesungguhnya amalan kebajikan khususnya sembahyang akan menghapuskan kejahatan. Perintah Allah tersebut adalah merupakan peringatan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah. Abdullah berkata: Lelaki tersebut bertanya: Adakah ayat ini diturunkan untukku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Untuk sesiapa sahaja dari kalangan umatku yang melakukannya.

Doa Yang Perlu Dibaca Ketika Hendak Tidur Dan Ketika Hendak Ke Tempat Tidur

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk
sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). Al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut: آمَنْتُ بِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah آمَنْتُ بِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ 

June 13, 2011

Kelebihan Sembahyang Jenazah

Hadis Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan 
sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1575,Bab Kelebihan Sembahyang Jenazah Dan Mengiringinya)

Waktu Waktu Yang Dilarang Solat

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak ada 
sembahyang selepas sembahyang Asar sehinggalah terbenam matahari dan tidak ada sembahyang selepas sembahyang Subuh sehinggalah terbit matahari.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1368,Bab Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang)

Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang

Hadis Umar bin Al-Khattab r.a:
Rasulullah s.a.w telah menegah daripada 
sembahyang selepas Subuh sehinggalah terbit matahari dan juga selepas Asar sehinggalah terbenam matahari.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1367,Bab Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang)

Galakan Supaya Mendirikan Sembahyang Sunat Di Ruma

Hadis Ibnu Umar r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Dirikanlah 
sembahyang (sembahyang sunat) kamu di rumah kamu dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1296,Bab Galakan Supaya Mendirikan Sembahyang Sunat Di Rumah Dan Harus Melakukannya Di Masjid)

Riwayat Mengenai Orang Yang Tidur Malam Sehingga Pag

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwuduk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1295,Bab Riwayat Mengenai Orang Yang Tidur Malam Sehingga Pagi)

Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan

Hadis Aisyah r.a:
Pada suatu malam Rasulullah s.a.w 
sembahyang di masjid. Ada beberapa orang yang turut sembahyang bersama baginda, kemudian datang satu Kabilah juga turut sembahyang bersama baginda. Bilangan orang yang sembahyang bersama baginda menjadi semakin bertambah. Pada malam ketiga atau keempat selepas itu orang ramai berkumpul menunggu baginda tetapi Rasulullah s.a.w tidak keluar (sembahyang) bersama mereka. Apabila tiba waktu pagi baginda bersabda: Sesungguhnya aku melihat apa yang telah kamu lakukan, maka apa yang menegah aku dari keluar ialah aku bimbang sekiranya perkara ini difardukan ke atas kamu. Baginda bersabda: Peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadan.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1270,Bab Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan, Iaitu Sembahyang Tarawih)

Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1266,Bab Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan, Iaitu Sembahyang Tarawih)

Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat


Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Sesiapa yang 
sembahyang malam, maka hendaklah dia mengakhiri sembahyang itu dengan sembahyang Witir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan begitu.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1244,Bab Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Serta Sebaik Baiknya Dilakukan Pada Akhir Malam)

Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w mengenai 
sembahyang malam baginda. Nabi s.a.w menjawab: sembahyangmalam itu dua rakaat dua rakaat. Apabila salah seseorang daripada kamu bimbang akan masuk waktu Subuh, maka hendaklah dia sembahyang satu rakaat saja sebagai witir kepada sembahyang yang telah dilakukannya.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1239,Bab Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Serta Sebaik Baiknya Dilakukan Pada Akhir Malam)

Sembahyang Malam Dan Bilangan Rakaat Yang Dilakukan Oleh Nabi Pada Waktu Malam

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah 
sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1219,Bab Sembahyang Malam Dan Bilangan Rakaat Yang Dilakukan Oleh Nabi Pada Waktu Malam. Sesungguhnya Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Dan Sembahyang Satu Rakaat Adalah Sah)

Kelebihan Sembahyang Sunat Rawatib Sebelum Dan Selepas Sembahyang Fardu

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku 
sembahyang bersama Rasulullah s.a.w dua sujud (dua rakaat) sebelum Zuhur dan dua sujud (dua rakaat) selepasnya. Dua sujud (dua rakaat) selepas Maghrib dan dua sujud (dua rakaat) selepas Isyak. Dua sujud (dua rakaat) selepas Jumaat. Adapun sembahyangMaghrib, Isyak dan Jumaat, aku sembahyang bersama Nabi s.a.w di rumah baginda.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1200,Bab Kelebihan Sembahyang Sunat Rawatib Sebelum Dan Selepas Sembahyang Fardu Serta Keterangan Tentang Bilangannya)

Galakan Mendirikan Sembahyang Sunat Fajar

Hadis Hafsah r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Hafsah Ummul Mukminin menceritakan kepadanya bahawa: Ketika tukang azan selesai dari melaungkan azan untuk 
sembahyang Subuh, baginda akan mendirikan sembahyang sunat dua rakaat dengan ringkas sebelum mendirikan sembahyang Subuh.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1184,Bab Galakan Mendirikan Sembahyang Sunat Fajar Dan Mendirikannya Dengan Ringkas Juga Penjelasan Mengenai Bacaan Yang Digalakkan Ketika Mendirikannya)

Galakan Mendirikan Sembahyang Dhuha


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan 
sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1182,Bab Galakan Mendirikan Sembahyang Dhuha. Paling Sedikit Dua Rakaat dan Yang Paling Sempurna Ialah Lapan Rakaat. Manakala Yang Pertengahannya Ialah Empat Rakaat Atau Enam Rakaat Dan Galakan Supaya Sentiasa Melakukannya)

Orang Yang Paling Berhak Menjadi Imam Sembahyang

Hadis Malik bin Al-Huwairis r.a katanya:
Kami datang menemui Rasulullah s.a.w, pada waktu itu kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya. Kami tinggal bersama baginda selama dua puluh malam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah dan lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang berselisih paham dengan keluargaku sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan keluarga yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan kepada baginda mengenai keluargaku. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah kepada keluargamu dan tinggallah bersama mereka. Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila tiba waktu 
sembahyang. Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari kalangan kamu menjadi imam.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1080,Bab Orang Yang Paling Berhak Menjadi Imam Sembahyang)

Kelebihan Memperbanyakkan Langkah Berjalan Menuju Ke Masjid

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika mendirikan 
sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke Masjid. Seseorang yang menunggu untuk mendirikan sembahyang sehinggalah dia mendirikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang mendirikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1064,Bab Kelebihan Memperbanyakkan Langkah Berjalan Menuju Ke Masjid)

Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriya

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Tentang firman Allah:
 وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam sembahyang dan jangan pula memperlahankannya. Katanya: Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi di Mekah. Oleh itu apabila baginda sembahyang bersama para sahabat, baginda meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran. Apabila orang-orang musyrik mendengarnya, mereka memaki Al-Quran, Zat yang menurunkannya dan orang yang membacanya. Maka Allah s.w.t berfirman kepada NabiNya s.a.w:: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ Yang bermaksud: Janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu. Sehingga orang-orang musyrik mendengar bacaanmu. وَلَا تُخَاِفتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan jangan pula memperlahankannya. Sehingga sahabatmu tidak mendengarnya. Perdengarkanlah Al-Quran kepada mereka, tetapi jangan terlalu tinggi,وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا sebaliknya carilah cara yang sederhana di antara keduanya. Jadi baginda membaca sederhana antara tinggi dan perlahan.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #677,Bab Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriyah (Sembahyang Yang Dibaca Secara Nyaring) Iaitu Antara Nyaring Dan Perlahan Jika Dikhuatiri Akan Menimbulkan Perkara Yang Tidak Baik Apabila Dinyaringkan)