Search This Blog

Pages

May 21, 2011

Taubat

{ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا }
Frman Allah: {Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benarnya} taubat yang betul-betul dan ikhlas[ at-Tahrim : 8 ]

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا قَالَ أَبُو شِهَابٍ بِيَدِهِ فَوْقَ أَنْفِهِ ثُمَّ قَالَ : لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ رَجُلٍ نَزَلَ مَنْزِلًا وَبِهِ مَهْلَكَةٌ وَمَعَهُ رَاحِلَتُهُ عَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَوَضَعَ رَأْسَهُ فَنَامَ نَوْمَةً فَاسْتَيْقَظَ وَقَدْ ذَهَبَتْ رَاحِلَتُهُ حَتَّى إِذَا اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْحَرُّ وَالْعَطَشُ أَوْ مَا شَاءَ اللَّهُ قَالَ أَرْجِعُ إِلَى مَكَانِي فَرَجَعَ فَنَامَ نَوْمَةً ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَإِذَا رَاحِلَتُهُ عِنْدَهُ

Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Orang mukmin nampak dosa-dosanya seolah-seolah dia berada di bawah bukit yang mana dia takut bukit itu akan runtuh ke atasnya dan orang yang derhaka nampak dosa-dosanya seperti lalat lalu di atas hidungnya. Lalu dibuatnya begini. Abu Syihab mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya kemudian Baginda bersabda:
"Allah lebih suka terhadap taubat hamba-Nya dari seseorang yang singgah di suatu tempat yang membinasakan/membahayakan. Bersamanya ada kenderaannya yang mana di atas kenderaannya itu ada makanan dan minuman. Dia pun meletakkan kepalanya lalu tertidur. Apabila dia sedar kenderaannya sudah tiada lagi. Sehingga apabila sudah terlalu panas dan dahaga atau apa lagi yang dikehendaki Allah, dia pun berkata: "Aku mahu kembali ke tempatku tadi lalu dia kembali dan tidur sebentar. Kemudian dia mengangkat kepalanya, rupa-rupanya kenderaannya sudah berada dekat dengannya.”
(Shahih Bukhari, Kitab Doa-Doa - Bab Taubat)
http://sukahadis

No comments:

Post a Comment