Search This Blog

Pages

May 18, 2011

Berkenaan Iman


عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ عَائِذُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ { أَنَّ عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ رضي الله عَنْهم وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا وَهُوَ أَحَدُ النُّقَبَاءِ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَحَوْلَهُ عِصَابَةٌ مِنْ أَصْحَابِهِ بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلا تَسْرِقُوا وَلا تَزْنُوا وَلا تَقْتُلُوا أَوْلادَكُمْ وَلا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ وَلا تَعْصُوا فِي مَعْرُوفٍ فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا ثُمَّ سَتَرَهُ اللَّهُ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ وَإِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ فَبَايَعْنَاهُ عَلَى ذَلِك }

Daripada al-Zuhri, katanya: Abu Idris `Aa’izullah bin `Abdillah telah memberitahu saya bahawa `Ubaadah bin as-Shamit r.a. Beliau telah ikut serta dalam peperangan Badar dan beliau adalah salah seorang Naqib di malam `Aqabah- (meriwayatkan) sesungguhnya Rasululullah SAW bersabda ketika mana sekumpulan para sahabat berada di sekelilingnya, (kata Baginda):

“Berbai`ahlah kamu kepadaku bahawa sesungguhnya kamu tidak akan menyekutukan sesuatu dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anakmu, tidak akan mengada-agadakan sesuatu secara dusta dengan penuh kesedaran dan tidak akan menderhakai (pemimpin kamu) dalam perkara ma`ruf. Sesiapa di antara kamu menyempurnakan janji itu maka pahalanya dijamin Allah dan sesiapa yang melanggar sesuatu daripada apa yang dijanjikannya itu lalu dia dihukum di dunia ini, maka hukuman itu merupakan kafarah kepadanya. Sebaliknya sesiapa yang melanggar mana-mana janji tersebut kemudian Allah menyembunyikannya, terserahlah kepada Allah kedudukannya samaada dia (Allah) akan mengampunkannya atau akan menyeksanya.” Lalu kami pun berbaiah kepada Baginda SAW atas perkara-perkara itu.

No comments:

Post a Comment