Search This Blog

Pages

February 8, 2010

Takbir 4 kali Dalam Solat Jenazah

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW memberitakan tentang kematian an-Najasyi. Rasulullah keluar ke tempat bersembahyang, bersaf dengan para sahabat dan baginda bertakbir empat kali.”

 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim 


Huraian
Melakukan solat jenazah adalah fardu kifayah dengan maksud bahawa dengan adanya sebahagian umat Islam yang melakukannya akan selesailah tanggungjawab tersebut. Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Tempat untuk mengerjakan solat jenazah ialah sama ada di dalam masjid, surau atau sebagainya yang memungkinkan solat dilakukan secara berjemaah dan tempat tersebut luas dan bersih. Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat.


 

No comments:

Post a Comment