Search This Blog

Pages

July 1, 2010

Apa itu islam

 عَنْ عُمَرَ بْنِ الْجَطَابِ قَلَبَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الشِّيَابِ
 شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعَرِ لا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ
 وَلا يَعْرِفُهُ مِنَا
أَحَدٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَأَسْنَدَ رَكْبَتَيْهِ إِلَى رُكَبَتَيْهِ
وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ
وَقَالَ يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِى عَنِ الاسْلامُ
 فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّم
 أَلاسْلَمُ أَنْ تَشْهَدُ أَنْ لا اله الا اللهُ
 وَاَنْ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤتِيَ الزَّكَاة
وَتصُومُ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْت
إِنِ اسْتَطَعْتَ اِلَيْهِ سَبِيْلا
Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari,
 tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki
yang berpakaian serba putih,  berambut terlalu hitam,
 tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya,
lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW,
dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW
serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW,
 lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Maka berkata Rasulullah s.a.w. :
Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat -
 bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,
dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat,
berpuasa pada bulan Ramadhan
 dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.

قَالَ صَدَقْتَ قَالَ فَعَجِبْنَالَهُ
 وَيُصَدِّقُهُ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ الايِمَانِ
قَالَ أَنْ تُؤْمِنَ بِا الله وَمَلائكَتِهِ
وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ تُؤْمِنَ
بِالقَدَرِخَيْرهِ وَشَرِّهِ قَالَ صَدَقْدَ
فَأَخْبِرْنِى عَنِ الاحْسَانِ
قَالَ اَنْ تَعْبُدَ الله كَانَكَ تَرَاهُ
فَانْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَأنَّهُ يَرَاكَ
قَالَ فَأَخْبِرْنِى عَنِ السَّاعَةِ
قَالَ مَا المُسؤُلُ عَنْهَا بِأعْلَمَ مِنَ السَّائلِ
قَالَ فَأخْبِرْنِى عَنِ أَمَارَتِهَا
قَالَ أَنْ تَلِدَ الامَةُ رَبَّتَهَا
وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاء الشَّاءِ
يَتَطَاوَلوُنَ فِى الْبُنْيَا قَالَ
ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيَّا ثُمَّ قَالَ لِى يَاعُمَرُا
تَدْرِى مَنِ السَّائلُ قُلْتُ الله وَرَسُولُهُ اعلم
قَالَ فَاِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يَعْلَمُكُمْ دِيْنَكُمْ
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu,
dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya,
 Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat
dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya.
Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ;
Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian,
pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
Hadis sahih riwayat Muslim

No comments:

Post a Comment