Search This Blog

Pages

July 18, 2010

Allah tolak amalan jika riak

DIRIWAYATKAN Syidad bin Ausi berkata: “Satu hari aku melihat Rasulullah SAW duduk dalam keadaan berdukacita serta menangis. Kerana ingin tahu, aku bertanya demikian halnya mengapa Rasulullah yang dicintai Allah SWT dan umatnya itu bersedih hati.
Sebaik malaikat yang membawa amalan itu tiba di langit, maka berkatalah malaikat di langit: “Berdiri dan campakkan setiap amalan ini ke muka pemiliknya dan semua anggota sehingga menutupi hatinya. Sesungguhnya, aku menghalang setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki-Nya daripada sampai kepada pencipta-Nya (amalan yang dilakukan bukan kerana Allah SWT).

“Jadi, apabila seseorang itu, termasuk ahli fiqh yang melakukan amalan dan berlaku riak kerananya, hanya kerana inginkan darjat serta ketinggian selain daripada Allah SWT, maka aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk tidak membiarkan amalan itu melepasi langit ini dan ia hanya sampai kepadaku dan tidak aku biarkan ia sampai ke mana-mana.” Maka, Rasulullah SAW dengan hiba menerangkan, sekali pun amalan itu dibawa sampai kepada penghakiman Allah SWT dan malaikat itu memberi persaksian terhadap amalan dilakukan pemilik yang dijaga mereka dengan bersaksi ia ikhlas kerana Allah, tetap ia tidak akan diterima.

Rasulullah SAW bersabda bahawasanya, Allah SWT yang maha mengetahui sesuatu itu berfirman kepada malaikat itu: “Kamu semua adalah malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) yang Aku tugaskan untuk menjaga setiap amal perbuatan hamba-Ku. Tetapi ketahuilah, Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hati hamba-Ku.

“Bahawasanya, sesungguhnya jika hamba-Ku mengkehendaki amal ini bukan untuk Aku, walaupun bersaksikan oleh kamu (malaikat penjaga), maka aku laknatinya dan tidak sekali-kali Aku terima.” Jelas di sini, jika seseorang itu melakukan setiap amal perbuatan hanya kerana kepentingan diri selain mendapatkan keredaan Allah SWT, ia tetap tidak akan diterima sebagaimana dinyatakan Rasulullah mereka yang termasuk dalam golongan ini juga adalah daripada orang yang mensyirikkan Allah iaitu beramal untuk perkara lain selain hanya untuk Allah.

No comments:

Post a Comment