Search This Blog

Pages

May 30, 2013

Umat-umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu

*Sabda Rasulullah SAW: "Umat-umat yang lain akan meratah, memusnahkan dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan yang terhidang di dalam hidangan mereka"
Para sahabat bertanya:" Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:" Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan wahan ke dalam hati kamu"
Para sahabat bertanya:" Apa itu wahan wahai Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:"Cintakan dunia dan takutkan mati"

May 25, 2013

amalan yang paling utama

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: 
"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: 

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 

PENJELASANNYA 

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi

Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya walaupun lebih banyak daripada buih-buih di lautan

hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Muaz Bin Anas Al-Juhaini yang berbunyi :

“Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa selesai solat Subuh kemudian duduk di tempat duduknya, tidak bercakap-cakap kecuali kebaikan kemudian bersembahyang sunat Isyrak 2 rakaat, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya walaupun lebih banyak daripada buih-buih di lautan”

May 19, 2013

Hati mereka lebih busuk dari bangkai

"Akan datang sesudahku penguasa2 yang memerintahmu.di atas mimbar mereka memberi petunjuk dan aaran dengn bijaksana ,tetapi bila telah turun dari mimbar ,mereka melakukan tipu daya dan pencurian ...hati mereka lebih busuk dari bangkai "hadis R.thabarani

May 18, 2013

Tahukah kalian apa itu ghibah (mengumpat)?


أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

“Tahukah kalian apa itu ghibah (mengumpat)?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda bersabda, “Iaitu engkau menceritakan tentang saudaramu perkara yang dia tidak suka.” Lalu ditanya kepada baginda, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka baginda bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah mengumpatinya. Dan apabila tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya.” (riwayat Muslim

May 12, 2013

Empat perkara yang membawa kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa... :)

Riwayat Ibnu Hibban

berpakaian tetapi telanjang


Zaharuddin.net
Hadith Nabi: Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka SEPERTI BONGGOL UNTA. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

Imam Al-Nawawi hurai erti tinggi macam bonggol unta sebagai
( أن يكبرها ويعظمها بلف عمامة) Ertinya : diperbesarkan ikatan rambut atau hijabnya dengan ikatan hijab atau seperti kain selendangnya.

Imam Al-Mazari pula menyebut tujuan dibesarkan itu sebagai ( يطمحن إلى الرجال ولا يغضضن عنهم) Ertinya: Kerana INGINKAN perhatian LELAKI dan tidak menundukkan pandangan dari mereka.

Justeru, kalau rambut panjang, ikat dengan baik dan jangan sengaja meninggikan sehingga kelihatan luar biasa, atau lebih tinggi dari paras kepala atau separas kepala seperti belakang unta WALAU DIDALAM TUDUNG.

GAMBAR : kreativi 'karut' yang berjaya men'senyumkan' saya.

May 9, 2013

(Pasukan yang membawa) bendera hitam akan muncul dari Khurasan (Afghanistan

Dari Abu Hurairah (radiallahu'anhu), Rasulullah Shalallahu Alaihi wasallam bersabda :

"‘’(Pasukan yang membawa) bendera hitam akan muncul dari Khurasan (Afghanistan). Tak ada kekuatan yang mampu menahan laju mereka dan mereka akhirnya akan mencapai Al Quds (Jerusalem), di tempat itulah mereka akan menancapkan benderanya.’’ (HR. At-Tarmizi).


Sumber : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=554448894599028


Yang memusuhi dan Memerangi Al Qaeda & Taliban berada dalam kecelakaan besar.