Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s:
رَبِّ اغْفِرْلِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي
Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah.
July 20, 2011
July 19, 2011
Sesungguhnya kita dilarang dari melakukan ini iaitu meletakkan tangan di antara dua lutut
Hadis Saad bin Abi Waqqas r.a:
Diriwayatkan daripada Mus'ab bin Saad r.a katanya: Aku pernah sembahyang di sisi ayahku. Aku rapatkan tangan antara kedua lututku. Lalu ayahku berkata kepadaku: Letakkan kedua telapak tanganmu pada lututmu. Kemudian aku melakukan hal itu sekali lagi. Lalu ayah memukul tanganku sambil mengatakan: Sesungguhnya kita dilarang dari melakukan ini iaitu meletakkan tangan di antara dua lutut dan kita diperintahkan supaya meletakkan tangan di atas lutut.

July 18, 2011
Sembahyang Berhampiran Dinding
Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a katanya:
Jarak antara tempat sembahyang Rasulullah s.a.w dan dinding hanyalah cukup untuk kambing melintas.

July 17, 2011
Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang
Hadis Abu Juhaim r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.

July 16, 2011
July 15, 2011
saf yang lurus sebahagian dari kesempurnaan sembahyang
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang.

July 14, 2011
Perelokan solatmu
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w sembahyang mengimami kami. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Wahai Si Polan! Mengapa kamu tidak mengelokkan sembahyangmu? Bukankah seseorang yang sembahyang itu akan memerhatikan bagaimana diasembahyang kerana sesungguhnya dia sembahyang untuk dirinya sendiri. Demi Allah sesungguhnya aku dapat melihat ke belakangku sebagaimana aku melihat di hadapanku.

July 13, 2011
baginda mengangkat kedua tangan hingga ke paras bahu
Hadis Abdullah bin Umar r.a katanya:
Aku lihat Rasulullah s.a.w apabila memulakan sembahyang, baginda mengangkat kedua tangan hingga ke paras bahu. Begitu juga sebelum rukuk dan bangkit dari rukuk. Baginda tidak mengangkatnya di antara dua sujud.

July 12, 2011
Bersugi sebelum solat
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Apabila Rasulullah s.a.w bangun pada malam hari untuk mendirikan sembahyang tahajud, baginda menggosok gigi dengan sugi.

July 11, 2011
Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya
Zaid bin Thabit melaporkan,
“Sesiapa menjadikan dunia itu sebagai puncak tujuan, maka Allah akan cerai-beraikan urusannya. Allah akan jadikan kefakiran itu ada di depan dua matanya. Dan dunia itu tidak akan datang kepada, melainkan apa yang Allah tuliskan. Dan siapa menjadikan akhirat sebagai tujuan. Allah akan satukan urusannya. Dan Allah akan jadikan kecukupan di hatinya. Dan dunia itu akan datang kepadanya walaupun dia tidak mengharapkan.”
Hadith Sahih : Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Darimi dan Baihaqi
Subscribe to:
Posts (Atom)