Search This Blog

Pages

March 29, 2011

Jangan bunuh haiwan dengan api

- Dan ketika beliau melewati sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda, “Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” (HR. Abu Dawud, hadits shahih) --

March 28, 2011

Berpeganglah pada Al-quran dan sunnahku


Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran
dan Sunnahku .

March 27, 2011

Sedekah menambahkan rezki

Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah. (HR. Al-Baihaqi)

March 26, 2011

Bentengilah hartamu dengan zakat

Bentengilah hartamu dengan zakat, obati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedeqah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. (HR. Ath-Thabrani) 

March 25, 2011

Allah tidak pandang hartamu

Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk kamu dan hartamu, tetapi ia melihat hati dan perbuatanmu.” (riwayat Muslim dan Bukhari). 

March 24, 2011

Tolong orang dalam kesulitan

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (HR. Ahmad) 

March 23, 2011

Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang


Kematian alim ulama
Ertinya: 
Daripada Abdullah bin Amr bin al-‘As r.huma berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia, tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’. Apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Jadilah mereka itu sesat lagi menyesatkan orang lain.”
Hadith riwayat Muslim.
Keterangan:
Sekarang ini alim ulama’ sudah berkurangan. Seorang demi seorang pergi meninggalkan kita. Peribahasa Melayu ada mengatakan, ”Patah tumbuh, hilang berganti.” Malangnya ia tidak menepati senario yang terjadi kepada alim ulama’. Mereka patah tetapi payah tumbuh dan hilang sukar berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong daripada ulama’. Oleh yang demikian, pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup yang dikehendaki Allah SWT. Sebenarnya alim ulama’lah yang memberi makna dan erti kepada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Justeru apabila alim ulama’ telah pupus, lenyaplah segala sesuatu yang bernilai.
Pada akhir-akhir ini, kita telah menyaksikan gejala-gejala yang menunjukkan kian hampirnya zaman yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW itu. Bilangan alim ulama’ hanya tinggal sedikit. Tambah menyedihkan pula ialah usaha-usaha untuk melahirkan golongan pelapis pula tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang menarik khalayak cerdik pandai. Mereka lebih mengutamakan pengajian-pengajian dalam bidang pengurusan keduniaan yang bakal meraih laba harta benda dunia. Beginilah keadaan masyarakat kita hari ini. Marilah ini bersama memikirkan hal ini dan mencari solusinya.

March 22, 2011

Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan?

Kenapa dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan?
Ertinya:
Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy isteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم, beliau berkata,
“(Pada suatu hari) Rasulullah صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab daripada kejahatan (mala petaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini.”
Baginda menemukan hujung ibu jari dengan hujung jari yang di sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan.
Saya (Zainab binti Jahsy) bertanya, “Ya Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, “Ya, jikalau kejahatan terlalu banyak.”
Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Keterangan:
Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat tersebut. Ia tidak menimpa hanya ke atas orang jahat sahaja, bahkan orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan. Walau bagaimanapun pada hari kiamat kelak semua makhluk akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah mereka dilakukan semasa hidup di dunia.
Oleh kerana itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan. Tindakan ini adalah perlu agar tidak terjadi mala petaka yang bukan sahaja bakal menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, malahan juga semua orang yang berada di tempat itu.
Dalam hadith di atas, walaupun khusus disebutkan bangsa Arab, tetapi ianya adalah meliputi keseluruhan bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita صلى الله عليه وسلم sendiri adalah daripada kalangan mereka. Selain daripada itu, kebanyakan penganut agama Islam pada zaman permulaan penyebarannya adalah terdiri daripada bangsa Arab dan hanya sedikit daripada bangsa yang lain. Begitu juga halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Bahasa rasmi agama Islam juga adalah Bahasa Arab.
Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa daripada keturunan Nabi Adam عليه السلام yang dahulunya banyak membuat kerosakan di muka bumi ini. Batas daerah kediaman mereka telah ditutup oleh Iskandar Zulkarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga. Oleh yang demikian mereka tidak dapat keluar sehinggalah hampir tiba hari kiamat. Pada masa itu, dinding yang kuat tadi akan hancur lalu keluarlah kedua-dua bangsa tersebut dari kediaman mereka lantas membuat kerosakan di muka bumi ini kembali. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tiba saatnya…… ArabMykrk.com

March 21, 2011

Masuklah islam atau masuk neraka

Sabda Nabi (Lihat Shahih Muslim)

“Demi Dzat yang jiwaku berada ditanganNYA, tidak ada seorangpun dari ummat manusia yang mendengar kerasulanku baik dia itu seorang yahudi maupun nasrani lalu 
mati dalam keadaan belum beriman pada ajaran yang kubawa melainkan ia pasti termasuk penduduk neraka.”

March 20, 2011

Bantu orang miskin ibarat berjihad

Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang shalat malam (HR. Bukhari)