" Istiqamahlah kalian dan tidak usahlah kalian menghitung-hitung pahala. Beramallah kalian dan sebaik-baik amal kalian adalah solat. Tidak ada yang memelihara wuduk kecuali orang mukmin."
March 4, 2011
March 3, 2011
Wudhuk menghapuskan dosa
Bersumber dari Abdullah Ash Shunabihiy, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
Apablia seorang hamba mukmin yang berwudhuk berkumur, maka keluarlah kesalahan- kesalahan dari mulutnya.
Apablia seorang hamba mukmin yang berwudhuk berkumur, maka keluarlah kesalahan- kesalahan dari mulutnya.
Apabila ia berisrinsar ( mengeluarkan air dari hidung ) , maka keluar kesalahan-kesalahan dari hidungnya.
Apabila mambasuh wajahnya maka keluarlah kesalahan-kesalahan dari wajahnya, sampai keluar pula dari bawah
ujung kedua matanya. Apabila ia membasuh kedua tangannya, sampai keluar pula dari bawah kuku-kuku
kedua tangannya. Apabila ia mengusap kepalanya sampai keluar pula dari kedua telinganya. Apabila ia membasuh
kedua kakinya, maka keluarlah kesalahan-kesalahan dari kedua kakinya. Kemudian jalannya menuju ke masjid
dan solatnya adalah tambahan baginya."
March 2, 2011
Tiada pahala untuk amalan bidaah
" Barangsiapa mendatangkan perkara baru didalam urusan/agama kita ini, padahal perkara baru itu tidak
datang dari ajaranku, maka amalan dia tidak diterima."
datang dari ajaranku, maka amalan dia tidak diterima."
March 1, 2011
membela kebenaran
Akan senantiasa ada dikalangan umatku, sekelompok orang yang dimenangkan dalam membela kebenaran. Tidak akan menggoyahkan, membahayakan mereka -tindakan- orang-orang yang membiarkan mereka sampai tiba hari kiamat nanti.
February 28, 2011
Kehilangan solat asar seakan-akan kehilangan keluarga dan harta.
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah saw bersabda:
" Orang yang ketinggalan solat Asar,seakan-akan dirampas keluarga dan hartanya."
" Orang yang ketinggalan solat Asar,seakan-akan dirampas keluarga dan hartanya."
February 27, 2011
Dapat satu rakaat dapat semua
sabda Rasulullah saw
" Barangsiapa sempat melakukan satu rakaat solat subuh sebelum matahari terbit, berarti ia telah menemukan subuh( seluruh- yakni tidak qada). Dan barangsiapa sempat mengerjakan satu rakaat asar sebelum matahari terbenam, bererti ia telah mencapai solat asar"
Abu Hurairah
" Barangsiapa sempat melakukan satu rakaat solat subuh sebelum matahari terbit, berarti ia telah menemukan subuh( seluruh- yakni tidak qada). Dan barangsiapa sempat mengerjakan satu rakaat asar sebelum matahari terbenam, bererti ia telah mencapai solat asar"
Abu Hurairah
February 26, 2011
Diampunkan dosa orang-orang dimajlis zikrullah
Hazrat Anas r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang berkumpul untuk berzikrullah dengan tujuan mendapatkan keredzaanNya maka
seorang malaikat berseru dari langit bahawa dosa-dosamu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatanmu
telah dighantikan dengan kebaikan."
"Orang yang berkumpul untuk berzikrullah dengan tujuan mendapatkan keredzaanNya maka
seorang malaikat berseru dari langit bahawa dosa-dosamu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatanmu
telah dighantikan dengan kebaikan."
February 25, 2011
Berdamping dengan orang alim dapat kebaikan dunia dan akhirat
Sabda Rasulullah saw,
Fazaile- Amal
Mahukah saya khabarkan satu perkara yang dengannya kamu akan mencapai kebaikan dalam dunia ini dan akhirat kelak?- ingatlah bahawa ia adalah perdampingan demgan mereka yang mengingati serta membesarkan Allah swt siang dan malam.
Fazaile- Amal
February 24, 2011
Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Mutiara Hati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.â€
(Riwayat Muslim)"
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.â€
(Riwayat Muslim)"
Keistimewaan Memeluk Islam!
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(al-Bukahri)
Huraian:
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.
Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.
Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)