Search This Blog

Pages

January 18, 2010

Dapat syafaat baca surah Tabaroka-al-ladhi

Sabda Rasulullah sollallahu'alaihiwassallam:
" Ada satu surah didalam Al quran yang terdiri daripada 30 ayat yang akan mensyafaati kepada seseorang itu , sehinggalah ianya diampunkan.Ini adalah surah Tabarak-al-ladhi ".

Baca surah Al Waqiah tidak akan kebuluran

Sabda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam :
" Barangsiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan mengenainya ".

Baca surah Yasin hajat dipenuhi

Sabda Rasulullah sollallahu'alaihiwasallam :
" Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari, segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi ".

January 17, 2010

Baca 10 ayat tak termasuk orang yang lalai

Sabda Rasulullah sollalahu'alaihiwassallam:
" Barangsiapa yang membaca 10 ayat dalam satu malam ,ia tidak akan dimasukkan dikalangan orang yang lalai ".

Baca Quran dari hafalan dapat 1000 darjat..

Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wassallam :
" Membaca Al Quran daripada hafalan mendapat sebanyak 1000 darjat thawab(pahala), sebaliknya membaca Quran daripada kitab menggandakannya kepada 2000 darjat ".

Baca Al Quran dalam solat lebih afdal

Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wassallam :
" Baca Al Quran didalam solat adalah lebih afdhal daripada membaca Al Quran diluar solat, membaca Al Quran diluar solat lebih afdhal daripada tasbih & takbir, Tasbih adalah lebih tinggi daripada sedekah, sedekah adalah lebih tinggi daripada rozah
(puasa sunat) dan rozah adalah penghalang daripada api neraka "

January 16, 2010

Satu huruf ganjarannya sepuluh kali ganda

Sabda Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam :
" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah akan diberi satu 'hasanah' dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh kali ganda ganjaran pahalanya. Aku tidak berkata alif lam mim sebagai satu huruf tetapi alif satu huruf , lam satu huruf dan mim satu huruf ".

Amal apa yang diketahui dapat ilmu yang tak diketahui

Sabda Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam :
" Barangsiapa beramal dengan apa yang diketahuinya ,Allah Ta'ala akan menganugerahkan kepadanya ilmu yang tidak diketahuinya ".

January 15, 2010

3 perkara yang merosakkan

Sabda Rasulullah saw:
" Ada 3 hal yang merosakkan( akhlak,jiwa & agama)
iaitu kikir yang diikuti, hawa nafsu yang diperturutkan dan keheranan pada diri sendiri (ujub) ".

seorang yang buruk kalau hina kawan

Sabda Rasulullah saw:
" Cukuplah seseorang itu sebagai orang buruk , jikalau ia menghinakan saudaranya yang muslim ".