Search This Blog

Pages

June 19, 2012

Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahaba

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahabat, akan tetapi pada dalamannya adalah musuh. Baginda telah ditanya orang. Ya Rasulullah! Mengapakah ini berlaku? Rasulullah SAW bersabda: Persahabatan secara luaran adalah kerana ada keperluan antara satu sama lain. Dan kerana ada permusuhan secara dalamanlah wujud rasa khuatir satu kepada yang lain. (HR Musnad Ahmad)

June 18, 2012

Pertanyaan dipadang mahsyar

Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan

Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. 
..demikianlah ruh manusia dan tabiatnya..jika ruh kita baik lalu sukakan perkataan yang baik dan bencikan maki-hamun kita tidak akan cenderung kepada mereka yang mempunyai sikap demikian..jika ruh kita buruk lalu sukakan perkataan yang buruk dan jelek maka kita akan cenderung ke arah orang yang memiliki akhlak yang demikian juga..ukurlah di mana tahap kita..alangkah banyaknya manusia yang menyukakan yang buruk sekalipun kadang-kala syaitan menghiasinya dengan nama agama..

June 17, 2012

Meninggalkan solat Jumaat membutakan hati

Meninggalkan solat Jumaat membutakan hati

Dari Abdullah bin 'Umar dan Abu Hurairah r.a. :

"Kedua-duanya mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ketika beliau berkhutbah di atas mimbar, katanya :

"Janganlah diulangi lagi oleh kaum-kaum yang suka meninggalkan solat Jumaat kerana siapa yang kerap kali meninggalkannya, nescaya Allah akan membutakan hati mereka dan mereka akhirnya menjadi orang yang tidak memperdulikan kebenaran."

Hadis sahih riwayat Muslim

Pahala Datang Awal di Hari Jumaat

Pahala Datang Awal di Hari Jumaat ♥ :)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :

"Bersabda Rasulullah s.a.w. :

"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ketempat Jumaat, pahalanya serupa dengan berkorban dengan seekor unta gemuk; dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya seakan-akan pahala berkorban seekor sapi; dan yang pergi jam tiga, pahalanya seperti berkorban seekor domba; dan yang pergi jam keempat, pahalanya seperti berkorban seekor ayam; dan yang pergi pada jam lima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur; maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat Malaikat untuk mendengarkan khutbah,

Hadis sahih riwayat Muslim
 

June 7, 2012

7 Perkara Yang Wajib Kita Ingati


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata:
“Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:
  1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka
  2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku
  3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan
  4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya
  5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia
  6. Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek
  7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.

Orang Pertama Dicampakkan ke Neraka

Orang Pertama Dicampakkan ke Neraka - Berita Terkini Dalam Dan Luar Negara:
Daripada Abu Hurairah R.A ,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid.Orang itu dihadirkan di hadapan Allah ,lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."Allah berfirman :"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu,mengajarkannya dan membaca al-Quran .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu ,lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim ,dan membaca al-Quran agar disebut qari(hafiz)".Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu.Orang itu lalu diseret di atas wajahnya ,kemudian dicampakkan ke dalam neraka.Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah .Orang ini dihadirkan ,lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya .Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."Allah berfirman:"Engkau berdusta!!Akan tetapi engaku melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

(Riwayat Muslim)

Riyak dan Sum'ah

Hadis ini menyebut bahawa antara orang pertama yang masuk ke neraka ialah mereka yang suka menipu agama Allah.Mereka memang beribadah ,namun ibadat itu tidak diniatkan kerana Allah,sebaliknya mereka beribadah agar menjadi buah mulut dan sebutan ramai.Sikap seperti ini disebut riyak dan sum'ah ,melakukan ibadah untuk manusia bukan kerana Allah .Riyak berkaitan dengan penglihatan manusia ,sementara sum'ah berkaitan dengan pendengaran.Sesiapa beramal agar dilihat manusia ,maka itu riyak ,dan siapa yang beramal agar berita amalan itu didengar manusia ,maka itu sum'ah .Kedua-duanya mengundang murka Allah s.w.t.Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Allah s.w.t berfirman:"Sesiapa yang melakuakn suatu amalan sambil mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain,maka Aku berlepas daripadanya.Amalan itu untuk pihak yang disekutukannya itu."Qatadah seorang ulama tabiin di Basrah berkata:"Apabila seorang hamba melakukan ibadah dengan riyak,Allah s.w.t berfirman kepada para malaikat :"Tengoklah hamba-Ku ini,dia sedang mempersendakan diri-Ku."Riyak dan sum'ah ialah syirik kecil yang merosakkan ibadah.Sesiapa yang melakukan ibadah kerana menginginkan pujian manusia,hakikatnya dia telah menghapuskan pahala ibadah tersebut.Dia tidak akan mendapatkan apa-apa ganjaran daripada Allah s.w.t kelak.

Penyakit Orang Baik

Penyakit ini hanya menghinggapi "orang baik" sahaja.Orang jahat dan tidak mengenali Allah tidak memiliki sifat-sifat ini kerana mereka tidak melakukan ibadah sama sekali.Mereka akan menjadi bara api neraka tanpa dihisab.Adapun orang yang baik ini ,maka ia mesti terus menjaga kemurnian ibadahnya.Setiap kali melakukan ibadah,dia wajib meluruskan niat agar ibadahnya diterima oleh Allah s.w.t ,terutamanya apabila manusia mula menyebut-nyebut kebaikannya dan memuji dirinya.Syeikh Ali al-Khawas berkata:"Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah ,lalu seseorang memujimu ,maka ia satu peringatan atas kekurangan yang terdapat dalam diri.Maka periksalah dirimu,Carilah sebabnya,kenapa manusia memujimu?Boleh jadi Allah melihat kamu menyukai pujian ,maka Allah memberikan pujian itu untukmu sebagai satu-satunya balasan atas ibadah tersebut.Seperti seorang ayah yang menggembirakan anaknya dengan gelang dan kalung tiruan."Untuk menghindari sifat ini,kita wajib mengetahui tanda-tandanya.Pastikan tanda-tanda tersebut tidak terdapat dalam diri kita.Ali bin Abi Talib pernah berkata;"Tanda riyak tiga perkara:

  • Malas beramal jika sendirian
  • Rajin beramal jika dalam ramai
  • Menambah amalan jika dipuji dan menguranginya jika dicela."
Tanda pertama dan kedua sangat jelas.Orang yang memiliki sifat riyak bermotivasi untuk beramal hanya apabila ramai orang yang melihatnya.Namun apabila tidak ada sesiapa yang melihatnya ,dia akan malas melakukan amalan tersebut.Adapun tanda ketiga tersebut oleh Saiyidina Ali ,ia sangat halus dan jarang disedari.Yakni,sesiapa yang tidak suka pujian ,maka ia tidak takut celaan.Sesiapa yang bebas daripada sifat riyak,ia akan terus istiqamah beramal walaupun semua makhuk mencela dan memulaukannya.Celaan tidak menghentikan amalannya sebagaimana pujian tidak mengerakkanya untuk beramal.Para ulama:"Tidak ada yang mampu menanggung celaan makhluk selain orang yang tidak mengharapkan penghormatan daripada mereka."

Riyak kerana Amalan Orang Lain

Riyak dengan amalan sendiri memang sangat buruk.Namun jauh lebih buruk daripada itu,orang yang riyak dengan amalan orang lain.Berkata al-Fudhail bin 'Iyad:Orang terdahulu riyak dengan amalannya.Namun manusia hari ini riyak dengan apa yang tidak pernah dilakukannya."Orang seperti ini ramai kita temui dalam masyarakat kita kini.CIrinya antara lain suka menyebut kebesaran nenek moyangnya,keturunannya atau orang yang hebat dalam keluarganya padahal ia sendiri tidak memiliki kehebatan tersebut.Dia ingin orang lain menghormatinya atas perkara yang tidak dimilikinya,Imam al-Sha'rani berkata:"Hendaklah orang yang memuji bapa atau datuknya selalu memeriksa hati.Sering kali pujian itu hanya perwujudan hawa nafsu belaka."Orang seperti ini hakikatnya sedang mempersendakan dirinya sendiri.Kalaupun ada orang yang memujinya ,dia bukan kawan sejati.Dia hanya memuji kerana menginginkan sesuatu disebaliknya.Apabila dia tidak mendapat sesuatu yang dihajati itu,pujian tersebut akan segera berubah menjadi celaan.Imam al-Syafi'i berkata:"Sesiapa yang memujimu kerana sesuatu yang tidak engkau miliki,suatu hari nanti dia juga akan mencelamu kerana sesuatu yang engkau tidak miliki."

Hamba yang Dicintai Allah

Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Aslam :"Pada suatu hari,Umar bin al-Khattab melihat Mu'az bin Jabal sedang menangis di sisi kubur Nabi s.a.w.Belau lalu bertanya:"Apakah yang menyebabkanmu menangis?"Mu'az menjawab :"Aku teringat sesuatu yang aku dengar daripada penghuni kubur ini.Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda(yang bermaksud):"Sesungguhnya sedikit riyak ialah syirik.Sesiapa yang memusuhi wali Allah ,maka dia telah menyatakan perang kepada-Nya.Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba yang berbakti ,bertakwa dan tersembunyi.Jika mereka hadir ,tidak ada yang mengenalinya.Hati mereka ialah lentera-lentera petunjuk."Kekasih Allah tidak menyukai kemasyhuran.Mereka selalu khuatir andai amal ibadahnya ditolak,meskipun telah melakukannya dengan sempurna.Kesibukannya dengan Allah tidak meninggalkan baki masa baginya untuk mendengar pujian atau celaan orang lain .Berkata Syeikh Abdul Qadir Dastuti:"Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu ,harta dan jabatan yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat.Apa gunanya pujian jika ia tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?"Semoga Allah memberikan keikhlasan dalam hati-hati kita,mengampuni dosa-dosa kita dan menerima amal ibadah kita.
'via Blog this'

June 6, 2012

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN....

SETIAP KAMU ADALAH PEMIMPIN....

Hadis riwayat Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Dari Rasululullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa Baginda bersabda: 
“KETAHUILAH! MASING-MASING KAMU ADALAH PEMIMPIN, dan masing-masing kamu akan ditanya terhadap apa yang dipimpin... 

1] Seorang RAJA (KETUA, MENTERI) yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya... 

2] Seorang SUAMI adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka.... 

3] Seorang ISTERI juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya.... 

4] Seorang BUDAK (HAMBA) juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya.... 

Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan ditanya atas apa yang dipimpinnya..”.... 
(HR Bukhari – Terjemahan Shahih Bukhari Jld. 1 no. 482)...

Barangsiapa hidup (berumur panjang) di antara kalian nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak


Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa hidup (berumur panjang) di antara kalian nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa`ur Rasyidin yang mendapat petunjuk (yang datang sesudahku), gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama). Kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat. (H.R. Ahmad 4/126, Abu Daud no.4607, At-Tirmidzi no.2676)

Dari Aisyah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa yang mengada-adakan (sesuatu yang baru) dalam urusan (agama) kami ini, apa-apa yang tidak ada darinya (tidak kami perintahkan) maka ia tertolak. (H.R. Al-Bukhari no.2697 dan Muslim no.1718)
 

Aku adalah pemimpin semua manusia pada hari Kiamat


Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku adalah pemimpin semua manusia pada hari Kiamat. Apakah kamu tahu apa sebabnya demikian itu?" Allah mengumpulkan semua manusia baik yang terdahulu maupun yang terkemudian di satu tanah. Mereka mendengar pemanggil, sedangkan pandangan mereka menembus: Matahari dekat dari mereka. Lalu kesusahan dan kesulitan menimpa orang-orang sampai batas mereka tidak mampu lagi menanggung bebannya. Maka sebahagian mereka berkata kepada yang lain: "Apakah kamu tidak tahu apa yang telah menimpa mu? Apakah kamu tidak berpendapat siapa yang dapat memohonkan syafaat bagi mu kepada Tuhan mu?"

Maka sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: "Pergilah menghadap Adam!". Mereka datang menghadap Adam seraya berkata: "Kamu adalah bapa manusia, Allah menciptakanmu dengan kekuasaanNya, meniupmu dengan ruhNya dan memerintah para malaikat lalu mereka bersujud kepada mu, mohonkan syafaat bagi kami dari Tuhan mu. Apakah kamu melihat apa yang menimpa kami?" Lalu Adam menjawab mereka: "Sesungguhnya Tuhan ku benar-benar marah yang Dia belum pernah marah sebelumnya seperti marahnya hari ini, dan Dia tidak akan marah sesudahnya seperti marahnya hari ini. Kerana Dia telah melarang ku dari satu pohon tapi aku mendurhakaiNya, diri ku, diri ku, diri ku, pergilah pada selain aku pergilah kepada Nuh!"

Lalu mereka datang menghadap Nuh dan mereka berkata: "Wahai Nuh, kamu Rasul yang pertama ke penduduk bumi dan Allah telah menyebutmu hamba yang banyak bersyukur, mohonkan syafaat bagi kami kepada Tuhan mu. Apakah kamu tidak melihat keadaan kami dan apakah kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kami?" Nuh menjawab kepada mereka: "Sesungguhnya Tuhan ku benar-benar marah pada hari ini yang Dia belum pernah marah sebelumnya seperti marahnya pada hari ini dan tidak akan marah sesudahnya seperti marahnya pada hari ini. Sesungguhnya aku pernah mempunyai doa yang mencelakakan atas kaum ku. Diri ku, diri ku, diri ku, pergilah kepada selain ku, pergilah kepada Ibrahim!".

Lalu mereka datangi Ibrahim dan berkata: "Hai Ibrahim kamu adalah Nabi Allah dan kekasihNya dari penduduk bumi, mohonkan syafaat bagi kami kepada Tuhan mu. Apakah kamu tidak melihat keadaan kami ini". Dia menjawab: "Sesungguhnya Tuhan ku benar-benar marah yang belum pernah marah sebelumnya seperti marahnya pada hari ini, dan sesudahnya. Dia tidak akan marah seperti marahnya pada hari ini. Sesungguhnya aku telah berdusta tiga kali". Diri ku, diri ku, diri ku pergilah keselain ku pergilah kepada Musa".

Lalu mereka mendatangi Musa dan berkata: "Hai Musa, kamu adalah utusan Allah, Allah telah melebihkan kamu dengan risalah dan kalamNya atas orang-orang. Mohonkan syafaat bagi kami kepada Tuhan mu apakah kamu tidak melihat keadaan kami?" Lalu Musa menjawab: "Sesungguhnya Tuhan ku benar-benar marah yang belum pernah marah sebelumnya seperti marahnya pada hari ini, dan sesudahnya Dia tidak akan marah seperti marahnya hari ini. Sesungguhnya aku telah membunuh jiwa yang saya tidak diperintah untuk membunuhnya, diri ku, diri ku, diri ku, pergilah kepada selain ku pergilah kepada Isa".

Lalu mereka mendatangi Isa dan berkata: "Hai Isa, kamu adalah utusan Allah dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam dan ruh dariNya dan kamu boleh mengajak bicara dengan orang di waktu dalam ayunan. Mohonkan syafaat untuk kami kepada Tuhan mu apakah kamu tidak melihat keadaan kami?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya Tuhan ku benar-benar marah yang belum pernah marah sebelumnya tidak marah sepertinya dan sesudahnya tidak marah seperti marahnya pada hari ini, tanpa ia menyebut dosa, diri ku, diri ku, diri ku, pergilah kepada selain ku pergilah kepada Muhammad s.a.w".

Beliau bersabda: "Lalu mereka mendatangi Muhammad s.a.w dan berkata: "Hai Muhammad engkau utusan Allah dan akhir para nabi dan telah diampuni dosa-dosa mu yang tedahulu mahupun yang terkemudian, mohonkan syafaat bagi kami kepada Tuhan mu, apakah engkau tidak melihat keadaan kami?" Lalu aku berangkat pergi ke bawah Arsy lalu menjatuhkan diri bersujud kepada Tuhan ku kemudian Allah membukakan atas ku sebahagian puji-pujian dan sanjungan yang bagus atasNya sesuatu yang belum pernah Dia membukakannya atas seseorang sebelum ku kemudian difirmankan: "Hai Muhammad, angkatlah kepalamu mintalah nescaya kamu diberi dan mohonlah syafaat, nescaya kamu diberi syafaat!". Maka aku angkat kepala ku dan aku berkata: "Wahai Tuhan, umatku, umat ku, umat ku."

Lalu Allah berfirman: "Hai Muhammad, masukkanlah dari umatmu orang yang tidak terkena hisab dari pintu syurga sebelah kanan. Mereka bersekutu dengan orang-orang dalam pintu selain pintu kanan. Kemudian beliau bersabda: "Demi Dzat yang diri ku di tanganNya sesungguhnya jarak antara dua pintu dari pintu syurga seperti jarak antara Mekah dan Bushra (Bashrah)."

Sunan At-Tirmidzi Jilid 4. Hadith Nombor 2551.