Search This Blog

Pages

June 6, 2012

Adapun orang yang soleh, maka akan didudukkan dalam kuburnya tanpa perasaan takut ataupun kecut hati




Wahai sahabat-sahabatku dari golongan muslim, dengarlah..
Wahai kawan-kawanku dari golongan kafir, dengarlah..

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang mati itu akan menuju kubur. Adapun orang yang soleh, maka akan didudukkan dalam kuburnya tanpa perasaan takut ataupun kecut hati. Kemudian dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Lalu dia menjawab: "Aku dahulu berada dalam agama Islam". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Dia menjawab: "Muhammad Rasulullah s.a.w. Dia datang kepada kami dengan membawa keterangan-keterangan dari sisi Allah, lalu kami membenarkannya". Lalu dikatakan padanya: "Apakah engkau pernah melihat Allah?" Maka dia menjawab: "Tidak sepatutnya seorangpun melihat Allah". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya, sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah menjagamu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu". Dan dikatakan padanya: "Dahulu engkau merasa yakin, dan engkau mati di atas keyakinan tersebut, dan di atas keyakinan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah".

Adapun orang yang jahat, maka akan didudukkan dalam kuburnya dalam keadaan takut dan kecut hati. Dan dikatakan padanya: "Dalam agama apa engkau dahulu berada?" Dia menjawab: "Aku tak tahu". Lalu dikatakan padanya: "Siapakah laki-laki ini?" Maka dia menjawab: "Aku mendengar orang-orang berkata, maka akupun mengatakannya". Lalu dibukakan baginya sebuah lubang menuju syurga, maka dia pun melihat hiasan syurga dan segala isinya. Lalu dikatakan padanya: "Lihatlah pada sesuatu yang Allah telah memalingkanmu daripadanya". Kemudian dibukakan baginya sebuah lubang menuju neraka, maka dia pun melihat ke dalamnya. Sebahagian penghuninya menghancurkan sebahagian yang lain. Lalu dikatakan padanya: "Itulah tempatmu. Dahulu engkau meragukan, dan engkau mati di atas keraguan itu dan di atas keraguan tersebut engkau akan dibangkitkan insyaAllah Ta'ala".

Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadith Nombor 4268.
 

April 13, 2012

Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai.


Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "

[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

March 28, 2012

Apabila ada di antara kamu yang tergoda

Dari Jabir r.a, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

March 22, 2012

puasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani) —  

March 21, 2012

BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN YANG MELAHIRKAN ANAK RAMAI

Rasulullah s.a.w. bersabda:


تَزَوَّجُوا الْوَلُودَ الْوَدُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ


Berkahwinlah dengan perempuan yang melahirkan anak ramai lagi penyayang kerana sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya bilangan kamu.

January 31, 2012

apabila itu adalah perkara agama kalian, kembalikanlah padaku

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Apabila itu adalah perkara dunia kalian, kalian tentu lebih mengetahuinya. Namun, apabila itu adalah perkara agama kalian, kembalikanlah padaku.”

[HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengomentari bahwa sanad hadits ini hasan]

January 24, 2012

Ringan dibibir berat ditimbangan

Rasulullah s.a.w bersabda: Di satu ketika, Nabi Musa a.s memohon kepada Allah s.w.t: Wahai Tuhan, ajarkanlah aku akan sesuatu agar dapat aku mengingatiMu dengannya. Allah s.w.t berfirman: Sebutlah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله! Baginda menjawab: Wahai Tuhan, ini diucapkan oleh setiap hambaMu. Allah s.w.t berfirman lagi: Sebutlah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله! Baginda menjawab lagi: Wahai Tuhan, aku mahukan sesuatu yang istimewa khas buat diriku. Allah s.w.t berfirman menjawab: Jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di atas satu bahagian di neraca timbangan dan لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله di sebelah yang lain, nescaya akan lebih berat di sebelah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله. (H.R. An-Nasaie, Ibnu Hibban, Al-Hakim)

January 20, 2012

Larangan Keras Terhadap Perbuatan Meratap

 Hadis Aisyah r.a katanya: 
Ketika datang berita kepada Rasulullah s.a.w mengenai gugurnya Ibnu Harithah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah r.a Rasulullah s.a.w duduk dan kelihatan bersedih hati. Aisyah melihat dari celah pintu. Lalu datanglah seseorang menceritakan perihal isteri Jaafar dan memberitahu mengenai ratapan mereka. Lalu Rasulullah s.a.w menyuruh orang tersebut pergi melarang mereka. Kemudian orang itu pergi dan kembali semula serta memberitahu bahawa: Mereka tidak menghiraukan aku! Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk kali kedua supaya pergi melarang isteri Jaafar tersebut. Kemudiannya orang itu pergi dan kembali sekali lagi serta memberitahu: Demi Allah! Kami tidak berjaya memujuk mereka, wahai Rasulullah! Aisyah berkata: Kalau tidak salah aku, Rasulullah s.a.w bersabda: Pergilah dan sumbatlah tanah ke mulut mereka supaya mereka berhenti dari meratap! Aisyah berkata: Semoga Allah menutup mulut kamu dengan tanah. Demi Allah! Engkau tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dan engkau tidak ingin meninggalkan Rasulullah s.a.w bebas dari kesusahan.

January 19, 2012

Fadilat surah Al-kahfi


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ


“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” 


[HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471]
__________________________________________________


مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْن


“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” 


[HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470]

Anggota anggota Sujud Serta Larangan Melapik Rambut Dan Pakaian Yang Dipakai Pada Dahi Dan Menjalin Rambut Ketika Sembahyang

 Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: 
Nabi s.a.w telah diperintahkan agar melakukan sujud dengan menggunakan tujuh anggota badan serta dilarang melapik dahi dengan rambutnya dan pakaiannya.