Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaƔt kepada para pembacanya." (HR Muslim)
October 11, 2011
kelebihan baca Al-quran
Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)
September 26, 2011
Larangan Berpuasa Sepanjang Masa Bagi Orang Yang Jika Berpuasa Akan Memudaratkan, Akan Menghilangkan Haknya Atau Orang Yang Tidak Berbuka Pada Dua Hari Raya, Hari Tasyrik Serta Keterangan Tentang Kelebihan Berpuasa Sehari Dan Berbuka Sehari
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa aku pernah berkata: Aku akan beribadat di waktu malam dan akan berpuasa pada siang hari sepanjang hidupku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkaukah yang telah berkata demikian? Aku berkata kepada baginda: Akulah yang telah berkata demikian wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau tidak akan berkuasa melakukannya. Baginda menambah: Berpuasa dan berbukalah. Tidur dan beribadatlah di waktu malam. Berpuasalah tiga hari dalam sebulan kerana satu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang menyamai berpuasa setahun. Lalu aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: Aku mampu melakukan lebih dari itu. Baginda bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari. Aku berkata kepada baginda: Aku mampu berbuat lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah cara puasa Nabi Daud a.s dan puasa yang sederhana. Aku berkata lagi: Aku masih mampu berbuat lebih dari itu. Baginda bersabda: Tiada yang lebih baik dari itu. Abdullah bin Amru r.a berkata: Tentu saja aku terima berpuasa tiga hari sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang aku lebih cintai daripada isteri dan hartaku. Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1962
Puasa Nabi s.a.w Pada Bulan Lain Selain Dari Bulan Ramadan Dan Disunatkan Tidak Membiarkan Satu Bulan Pun Berlalu Tanpa Berpuasa
Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu berpuasa sehingga ada yang mengatakan baginda seolah-olah berpuasa terus-menerus dan pernah juga baginda tidak berpuasa sehingga ada yang mengatakan baginda jarang sekali berpuasa.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1961
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1961
Bab Puasa Nabi s.a.w Pada Bulan Lain Selain Dari Bulan Ramadan Dan Disunatkan Tidak Membiarkan Satu Bulan Pun Berlalu Tanpa Berpuasa
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1959
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1959
Makan, Minum Dan Bersetubuh Kerana Terlupa Tidak Membatalkan Puasa
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1952

Kelebihan Berpuasa Di Jalan Allah Bagi Orang Yang Mampu, Tanpa Ada Kemudaratan Dan Tidak Meninggalkan Haknya
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1948
Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1948
Kelebihan Berpuasa
Hadis Sahl bin Saad r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1947

Menjaga Lidah Bagi Orang Yang Berpuasa
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1941
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1941
Mengganti Puasa Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hadis Ibnu Abbas r.a: Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata:
Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang, adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1936

Subscribe to:
Posts (Atom)