Search This Blog

Pages

September 26, 2011

Makruh Berpuasa Jika Hanya Pada Hari Jumaat Sahaja

Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Abbad r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a ketika beliau sedang melakukan tawaf di Baitullah: Adakah Rasulullah s.a.w melarang dari berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan Baitullah ini.
 Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1928

Larangan Berpuasa Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Hadis Ibnu Umar r.a: Seorang lelaki datang menemui Ibnu Umar lalu berkata: Aku telah bernazar untuk berpuasa satu hari yang kebetulan bertepatan dengan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Aidilfitri. Ibnu Umar r.a berkata: Allah telah memerintahkan agar menunaikan janji dan Rasulullah s.a.w melarang berpuasa pada hari ini. 
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1924,

Larangan Berpuasa Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri).


 Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1922

Larangan Berpuasa Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Dua hari ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dari berpuasa. Hari kamu berbuka dari puasa kamu iaitu puasa Ramadan dan satu lagi pada hari kamu makan setelah mengerjakan ibadat Haji.


 Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1920

Sesiapa Yang Makan Pada Waktu Siang Hari Asyura, Hendaklah Dia Berpuasa Pada Baki Harinya

Hadis Ar-Rubaiyyi' binti Muawwiz bin Afra' r.a katanya: Pada hari Asyura, Rasulullah s.a.w telah mengirimkan surat ke perkampungan-perkampungan Ansar di sekitar Madinah yang berbunyi: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat dari bulu biri-biri. Jika ada di antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan tersebut sehingga tiba waktu berbuka.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1919,

Sesiapa Yang Makan Pada Waktu Siang Hari Asyura, Hendaklah Dia Berpuasa Pada Baki Harinya

Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan seorang lelaki dari Kaum Aslam pada hari Asyura supaya melaungkan kepada orang ramai tentang sesiapa yang tidak berpuasa, hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang telah terlanjur makan, hendaklah dia menyempurnakan hari tersebut dengan berpuasa sehingga menjelang malam.

Berpuasalah kamu pada hari Asyura

Hadis Abu Musa r.a katanya: Hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai Hari Raya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura tersebut.

September 25, 2011

Duduklah kamu, sungguh kamu telah mengganggu dan membuat orang terlambat.

| Dari ‘Abdullah bin Busr -radhyiallahu ‘anhuma- beliau berkata, “Seorang lelaki datang (ke masjid) pada hari Jum’at lalu melangkahi tengkuk-tengkuk jama’ah sementara Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- sedang berkhutbah, maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

 اِجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ وَآنَيْتَ 



“Duduklah kamu, sungguh kamu telah mengganggu dan membuat orang terlambat.” 


 [Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa`i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban]

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan itu ialah Kitabulloh

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan itu ialah Kitabulloh dan sebagus-bagus petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad, dan sejelek-jelek perkara ialah perkara baru yang diada-adakan, dan sesungguhnya yang dijanjikan kepada kamu itu pasti akan datang dan tidaklah kamu akan terlepas daripadanya. 


 Di riwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A, HR Al-Bukhori

Benar-benar beruntung seseorang yang masuk Islam

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 


 قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ 


 “Benar-benar beruntung seseorang yang masuk Islam, kemudian mendapat rezeki yang secukupnya dan Allah menganugerahkan pula kepadanya sifat qona’ah (merasa cukup dan redha) dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya.” 


(Hadis Riwayat Muslim, 5/276, no. 1746)