Search This Blog

Pages

September 26, 2011

Larangan Berpuasa Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Dua hari ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dari berpuasa. Hari kamu berbuka dari puasa kamu iaitu puasa Ramadan dan satu lagi pada hari kamu makan setelah mengerjakan ibadat Haji.


 Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1920

Sesiapa Yang Makan Pada Waktu Siang Hari Asyura, Hendaklah Dia Berpuasa Pada Baki Harinya

Hadis Ar-Rubaiyyi' binti Muawwiz bin Afra' r.a katanya: Pada hari Asyura, Rasulullah s.a.w telah mengirimkan surat ke perkampungan-perkampungan Ansar di sekitar Madinah yang berbunyi: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat dari bulu biri-biri. Jika ada di antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan tersebut sehingga tiba waktu berbuka.
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1919,

Sesiapa Yang Makan Pada Waktu Siang Hari Asyura, Hendaklah Dia Berpuasa Pada Baki Harinya

Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan seorang lelaki dari Kaum Aslam pada hari Asyura supaya melaungkan kepada orang ramai tentang sesiapa yang tidak berpuasa, hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang telah terlanjur makan, hendaklah dia menyempurnakan hari tersebut dengan berpuasa sehingga menjelang malam.

Berpuasalah kamu pada hari Asyura

Hadis Abu Musa r.a katanya: Hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai Hari Raya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura tersebut.

September 25, 2011

Duduklah kamu, sungguh kamu telah mengganggu dan membuat orang terlambat.

| Dari ‘Abdullah bin Busr -radhyiallahu ‘anhuma- beliau berkata, “Seorang lelaki datang (ke masjid) pada hari Jum’at lalu melangkahi tengkuk-tengkuk jama’ah sementara Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- sedang berkhutbah, maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

 اِجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ وَآنَيْتَ 



“Duduklah kamu, sungguh kamu telah mengganggu dan membuat orang terlambat.” 


 [Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa`i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban]

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan itu ialah Kitabulloh

Sesungguhnya sebaik-baik perkataan itu ialah Kitabulloh dan sebagus-bagus petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad, dan sejelek-jelek perkara ialah perkara baru yang diada-adakan, dan sesungguhnya yang dijanjikan kepada kamu itu pasti akan datang dan tidaklah kamu akan terlepas daripadanya. 


 Di riwayatkan oleh Ibn Mas’ud R.A, HR Al-Bukhori

Benar-benar beruntung seseorang yang masuk Islam

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 


 قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ 


 “Benar-benar beruntung seseorang yang masuk Islam, kemudian mendapat rezeki yang secukupnya dan Allah menganugerahkan pula kepadanya sifat qona’ah (merasa cukup dan redha) dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya.” 


(Hadis Riwayat Muslim, 5/276, no. 1746)

ALLAH tidak akan memandang kepada lelaki yang mendatangi lelaki

Darpda Ibn Abbas r.huma bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam b'sabda: 


 لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى رَجُلٍ أَتَى رَجُلًا أَوِ امْرَأَةً فِي دُبُرِهَا 


 maksudnya: "ALLAH tidak akan memandang kepada lelaki yang mendatangi lelaki (melakukan liwat) atau (mendatangi) perempuan (melakukan jimak) pada duburnya" 


 [HR al-Tarmizi, hadis Hasan].

Bersyukur Walau Sedikit

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda dari atas mimbar: 


 مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ، لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ، وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ، لَمْ يَشْكُرِ اللهَ. التَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ...، وَتَرْكُهَا كُفْرٌ، وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ، وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ 


 “Siapa yang tidak mampu mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri nikmat yang banyak. Dan siapa yang tidak mampu berterimah kasih kepada manusia, maka ia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah syukur, meninggalkannya adalah kufur. Hidup berjama'ah adalah rahmat, manakala perpecahan adalah azab.” 


(Hadis Riwayat Ahmad, 30/390, no. 18449. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ahmad, ath-Thabrani, dan al-Bazzar. Para perawi keduanya tsiqah.” Dinilai sahih oleh al-Albani)

Perbuatan yang paling dicintai Allah Azza wa Jalla

Dari Aim Amr Asy-Syaibani, dia berkata, "Pemilik rumah ini meriwayatkan kepadaku -sambil memberikan isyarat dengan tangannya ke rumah Abdullah- dia berkata,


 ۱/۱ سَأَلْتُ النبي صلى الله عليه وسلم: أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ؟ قَالَ : الصَّلاَةُ عَلَى وَقْتِهَا قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ ؟ قَالَ : ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ، قُلْتُ : ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ ثُمَّ الْجِهَادِ فِي سَبِيْلِ اللهِ قَالَ : فَحَدَّثْنِي بِهِنَّ وَلَوِ اسْتّزَدْتُهُ لَزَادَنِى ‎


Maksudnya : 'Saya bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi xoasallam, "Apakah perbuatan yang paling dicintai Allah Azza wa Jalla?." Nabi menjawab, "Shalat pada waktunya". Kemudian saya bertanya lagi, "Lalu apa?." Rasulullah menjawab, 'Kemudian berbuat baik kepada kedua orang tad'. Lalu saya kembali bertanya, "Lalu apa?" Rasulullah menjawab, "Kemudian jihad dijalan Allah'." Abdullah berkata, 'Rasulullah menerangkan perkara tersebut kepadaku. Sekiranya aku meminta tambahan kepadanya, maka niscaya beliau akan menambahnya untukku.'"


 Shahih, disebutkan di dalam kitab Al Inua* (1197), (Bukhari, 9. Kitab Mawaqitush-Shalat, 5- Bab Fadhlus-Shalati li Waqtiha. Muslim, 1-Kitab Al Iman, hadits 137,138,139 dan 140)