Search This Blog

Pages

September 25, 2011

Tidaklah Seseorang Merasa Kenyang sedangkan Tetangganya Tidak

82/112. Dari Abdullah ibnu Al Musawir, dia berkata, "Aku mendengar Ibnu Abbas memberitahukan Ibnu Az-Zubair sambil berkata, 'Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi tvasallam bersabda, 


 ٨٢/١١٢ - لَيْسَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ 


 "Tidak termasuk seorang mukmin, jika ia kenyang sedangkan tetangganya lapar." [Shahih, di dalam kitab Ash-Shahihah (149)]

Mencium anak - anak

Dari Abu Hurairah, dia berkata,


 ٦۹/۹۱ - قَبَّلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَسَنَ بْنُ عَلِىِّ وَعِنْدَهُ اْلأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيْمِيُّ جَالِسٌ فَقَالَ اْلأَقْرَعُ: إِنَّ لِي عَشَرَةٌ مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبْلَتُ مِنْهُمْ أَحَدًا! فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ" مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يَرْحَمْ 
 "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mencium Hasan ibnu Ali, sementara di sampingnya ada Al Aqra' ibnu Habis At-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra' berkata, 'Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak, aku tidak pernah menciumnya seorangpun dari mereka!.' Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihatnya dan bersabda, 'Barang siapa tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi."' 


[Shahih, di dalam kitab Ghayatul Maram (70-71). (Bukhari, 78-Kitab Al Adah, 18- Bab Al Walad Taqbiluhu wa Muanaqatuhu. Muslim, 43- Kitab Al Fadhail, hadits 65)]

Memberikan Hadiah kepada Tetangga yang Pintunya Lebih Dekat





 Dari Aisyah, dia berkata,
 ٧۹/۱٠٧ - يَا رَسُوْلُ اللهِ! اِنِّ لِي جَارَيْنِ، فَإِلَى أَيِّهِمَا أُهْدِى؟ قَالَ: إِلَى أَقْرَبِهِمَا مِنْكَ بَابًا 
 "Aku berkata, 'Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku mempunyai dua tetangga, yang mana di antara keduanya. Rasulullah bersabda, “Kepada tetangga pintunya yang pintunya lebih dekat kepadamu. [Shahih. (Bukhari, 78- Kitab Al Adah, 32- Bab Haqqul Jiwari Qurbal Abwabi).]

September 24, 2011

Berpuasa Pada Hari Asyura

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami pada-Nya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.

September 23, 2011

September 21, 2011

Diharuskan Samada Berpuasa Atau Berbuka Di Bulan Ramadan Bagi Orang Yang Musafir Tidak Bertujuan Maksiat Jika Perjalanannya Mencukupi Dua Marhalah Atau Lebih. Sebaiknya, Berpuasa Jika Puasanya Itu Tidak Memudaratkannya. Jika Memudaratkannya, Hendaklah Dia Berbuka

Hadis Anas r.a: Diriwayatkan daripada Humaid r.a katanya: Anas r.a pernah ditanya tentang berpuasa sewaktu musafir di bulan Ramadan. Katanya: Kami pernah musafir bersama Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan. Orang yang berpuasa tidak mencela orang yang berbuka dan sebaliknya orang yang berbuka tidak mencela orang yang berpuasa.

September 20, 2011

Haram Bersetubuh Di Siang Hari Pada Bulan Ramadan

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Binasalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membinasakanmu? Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak. Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak. Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami. Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri.

September 19, 2011

Hukum Bercumbu Tidak Haram Selagi Tidak Membangkitkan Nafsunya

Hadis Umar bin Abu Salamah r.a:
Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium isterinya? Rasulullah s.a.w menjawab: Tanyakan kepada wanita ini sambil menunjuk ke arah Ummu Salamah yang kemudian memberitahu kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w pernah melakukannya. Lalu Umar bin Abu Salamah berkata: Wahai Rasulullah! Bukankah Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah aku adalah orang yang paling bertakwa dan paling merasa takut kepada Allah daripada kamu.

September 18, 2011

Larangan Menyambung Puasa Iaitu Tanpa Makan Dan Minum Pada Waktu Malam

Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah melarang dari menyambung puasa. Para sahabat bertanya: Bukankah kamu sendiri melakukan puasaseperti itu? Nabi s.a.w menjawab: Aku tidak seperti kamu. Aku diberi makan dan minum oleh Allah.

September 17, 2011

Apabila matahari sudah mulai terbenam berbukalah

Hadis Abdullah bin Abi Aufa r.a katanya:
Kami pernah musafir bersama Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan. Ketika matahari sudah mulai terbenam, baginda memerintahkan kepada seseorang dengan sabdanya: Wahai Si Polan! Turun dan siapkanlah hidangan. Si Polan itu berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Hari masih siang. Baginda mengulangi lagi sabdanya: Turun dan siapkanlah hidangan. Si Polan itu pun turun menyiapkan hidangan serta membawanya kepada baginda. Baginda menikmati hidangan tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda sambil memberi isyarat dengan kedua tangannya: Apabila matahari sudah mulai terbenam di arah sana dan malam pun telah datang dari arah sana, bolehlah berbuka bagi orang yang berpuasa.