أَوَعَجِبْتُمْ أَن جَاءكُمْ ذِكْرٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِّنكُمْ لِيُنذِرَكُمْ وَلِتَتَّقُواْ وَلَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".
Surah Al-A'raaf, Ayat 63
September 14, 2011
Seorang wanita tidak boleh berpuasa ketika suaminya ada bersama kecuali dengan izin suaminya
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seorang wanita tidak boleh berpuasa ketika suaminya ada bersama kecuali dengan izin suaminya. Dia juga tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya ketika suaminya ada bersama kecuali mendapat keizinan suaminya dan apapun yang dia belanjakan dari hasil kerja suaminya tanpa perintah atau izin suaminya itu, maka separuh dari pahalanya adalah untuk suaminya.

September 13, 2011
rukun islam 5 perkara
Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji.

September 12, 2011
Sebahagian Dari Kelebihan Umar r.a
Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Ketika Abdullah bin Ubai bin Salul meninggal dunia, datang anaknya Abdullah bin Abdullah menemui Rasulullah s.a.w, meminta pakaian Rasulullah s.a.w untuk mengapani jenazah ayahnya. Rasulullah s.a.w memenuhi permintaan tersebut, kemudian beliau meminta Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazah ayahnya. Maka Rasulullah s.a.w berdiri untuk memenuhi permintaan itu. Umar berdiri serta menarik baju Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu ingin menyembahyanginya, tidakkah Allah melarang dari berbuat begitu? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepadaku. Allah telah berfirman:اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً Yang bermaksud: Kamu mintalah keampunan untuk mereka atau tidak minta keampunan untuk mereka, sekirannya kamu meminta keampunan untuk mereka sebanyak tujuh puluh kali, aku akan menambahnya tujuh puluh kali. Umar berkata: Abdullah itu orang munafik. Rasulullah s.a.w tetap menyembahyangi jenazah tersebut. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat:وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ Yang bermaksud: Dan janganlah kamu sembahyangjenazah ke atas orang munafik yang mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya.

September 11, 2011
mimpi
Hadis Abu Hurairah r.a:
Dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang di antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi seorang muslim adalah satu daripada empat puluh lima bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga aspek iaitu: Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan. Kemudian mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri, iaitu jika salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau bangun dari tidur lalu mendirikan sembahyang dan dikehendaki jangan beliau ceritakan mimpi tersebut kepada manusia. Baginda bersabda lagi: Aku sangat menyukai seutas tali dan tidak menyukai sebuah belenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Akan tetapi aku tidak tahu apakah yang terakhir ini adalah termasuk Hadis atau sekadar ucapan Ibnu Sirin sahaja.

September 10, 2011
Memuliakan Tetamu Dan Kelebihan Mendahulukannya
Hadis Abdul Rahman bin Abu Bakar r.a:
Orang yang disebut sebagai Ashaab As-Suffah adalah orang-orang miskin. Rasulullah s.a.w pernah bersabda suatu ketika: Sesiapa mempunyai makanan untuk dua orang, dia hendaklah mengajak orang yang ketiga dan sesiapa mempunyai makanan untuk empat orang, dia hendaklah mengajak orang kelima, keenam atau seperti diriwayatkan dalam Hadis lain. Abu Bakar r.a datang dengan tiga orang. Nabi pula pergi dengan sepuluh orang dan Abu Bakar dengan tiga orang iaitu aku, ibu dan bapaku. Tetapi aku tidak pasti adakah dia berkata: Isteriku dan khadamku berada di antara rumah kami dan rumah Abu Bakar. Abdul Rahman berkata lagi: Abu Bakar makan malam bersama Nabi s.a.w dan terus berada di sana sehinggalah waktu Isyak. Selesai sembahyang, dia kembali ke tempat Nabi s.a.w lagi, sehinggalah Rasulullah s.a.w kelihatan mengantuk. Sesudah lewat malam, barulah dia pulang. Isterinya menyusulinya dengan pertanyaan: Apa yang menghalang dirimu untuk pulang menemui tetamumu? Abu Bakar berkata: Bukankah engkau telah menjamu mereka makan malam? Isterinya menjawab: Mereka tidak mahu makan sebelum engkau pulang, padahal anak-anak sudah mempersilakan tetapi mereka tetap enggan. Akupun berundur untuk bersembunyi. Lalu terdengar Abu Bakar memanggil: Hai dungu! diikuti dengan sumpah-serapah. Kemudian dia berkata kepada para tetamunya: Silakan makan! Barangkali makanan ini sudah tidak enak lagi. Kemudian dia bersumpah: Demi Allah, aku tidak akan makan makanan ini selamanya! Abdul Rahman meneruskan ceritanya: Demi Allah, kami tidak mengambil satupun kecuali sisanya bertambah lebih banyak lagi, sehinggalah apabila kami sudah merasa kenyang, makanan itu menjadi bertambah banyak daripada yang sedia ada. Abu Bakar memandangnya ternyata makanan itu tetap seperti sedia atau bahkan lebih banyak lagi. Dia berkata kepada isterinya: Wahai saudara perempuanku! Bani Firas apakah ini? Isterinya menjawab: Tidak! Demi cahaya mataku, sekarang ini makanan tersebut bertambah tiga kali ganda lebih banyak daripada sedia. Lalu Abu Bakar makan dan berkata: Sumpahku tadi adalah dari syaitan. Dia makan satu suap, kemudian membawa makanan tersebut kepada Rasulullah s.a.w dan membiarkannya di sana hingga pagi hari. Pada waktu itu di antara kami (kaum Muslimin) dengan suatu kaum akan dilangsungkan satu perjanjian. Apabila tiba waktunya, kamipun menjadikan dua belas orang sebagai ketua saksi, masing-masing mengepalai beberapa orang. Hanya Allah yang tahu berapa orangkah sebenarnya yang diutuskan bersama mereka. Cuma yang pastinya Rasulullah s.a.w memerintah agar dipanggilkan mereka kesemuanya. Lalu kesemuanya makan dari makanan yang dibawa oleh Abu Bakar atau sebagaimana yang diriwayatkan dalam riwayat yang lain.

September 9, 2011
Banyak ganjaran untuk orang yang sembahyang berjamaah
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak melihat beberapa orang sahabatnya dalam beberapa waktu sembahyang jemaah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengambil berat untuk menyuruh seseorang supaya mendirikan sembahyang secara berjemaah bersama orang ramai. Kemudian aku pergi kepada beberapa orang yang tidak mendirikan sembahyang secara berjemaah. Lalu baginda menyuruh supaya membakar rumah mereka dengan seikat kayu. Sekiranya salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa dia akan mendapat segumpal daging yang gempal, pasti dia akan mendirikan sembahyang itu iaitu sembahyang Isyak.

Sesungguhnya amalan kebajikan khususnya sembahyang akan menghapuskan kejahata
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu lelaki tersebut datang berjumpa Nabi s.a.w dan memberitahu kepada baginda perihal tersebut. Baginda bersabda: Lalu diturunkan ayat 4أَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ Yang bermaksud: Dirikanlahsembahyang wahai Muhammad (engkau dan umatmu) pada waktu pagi, petang dan sebahagian dari waktu malam. Sesungguhnya amalan kebajikan khususnya sembahyang akan menghapuskan kejahatan. Perintah Allah tersebut adalah merupakan peringatan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah. Abdullah berkata: Lelaki tersebut bertanya: Adakah ayat ini diturunkan untukku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Untuk sesiapa sahaja dari kalangan umatku yang melakukannya.

Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur
Hadis Aisyah r.a katanya:
Apabila Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang baginda berdiri hingga pecah-pecah telapak kakinya. Aisyah r.a berkata: Wahai Rasulullah! Mengapa engkau lakukan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampunkan segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Wahai Aisyah Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!.

September 8, 2011
Syirik,Kebanggaan dan Pelita hidayah
by Jamil Md Noh
1) Dari Umar bin Khattab (r.a) meriwayatkan bahawa beliau pada suatu hari pergi ke Masjid Nabawi. Maka beliau telah melihat Hadhrat Muaz sedang duduk berhampiran pusara Nabi dan Menangis. Umar telah bertanya mengapakah kamu menangis? Beliau telah menjawab : Aku menangis di sebabkan satu sabdaan yang telah aku dengar daripada Rasulullah s.a.w . Beliau telah bersabda: Menunjuk-nunjuk walaupun sedikit adalah syirik. Dan sesiapa memusuhi mana-mana kekasih Allah, dia telah mengajak Allah berperang. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang baik, bertakwa dan tidak terkenal, yang bilamana mereka tiada , mereka tidak akan dicari dan bilamana mereka ada, mereka tidak dikenali. Hati-hati mereka adalah pelita hidayah yang bercahaya. Mereka (kerana cahaya hati mereka akan menyelamatkan Agama mereka dan ) keluar dari ributan fitnah.(HR ibnu majah) ...
2) Dari Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah(s.a.w) telah bersabda: Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga keatas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama - walaupun dengan cara yang halal- Dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga ; maka pada hari kiamat dia akan bertemu Allah dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. (HR Baihaqi)
Subscribe to:
Posts (Atom)