Search This Blog

Pages

September 8, 2011

Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Sayidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Sayidina Umar r.a bertanya Sayidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andai-kata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka.

September 7, 2011

Besar ganjaran pahala bagi orang yang membantu orang miskin dan para janda

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha untuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

September 6, 2011

Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu

Hadis Umar bin Auf r.a:
Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Bahrain. Dia pergi ke Bahrain untuk mengambil jizyah ahli Bahrain kerana Rasulullah s.a.w telah membuat perjanjian dengan penduduk Bahrain. Rasulullah s.a.w telah memerintahkan Al-Ala' bin Al-Hadhrami untuk mengutip Jizyah dari penduduk Bahrain. (Selepas itu) Abu Ubaidah pulang dari Bahrain dengan harta Jizyah. Orang-orang Ansar telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah maka mereka (orang-orang Ansar) datang bersembahyang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Selesai sembahyang, Rasulullah s.a.w berpaling menghadap rombongan. Mereka menyerahkan wang kutipan jizyah kepada Baginda. Rasulullah s.a.w senyum ketika melihat ahli rombongan tersebut, kemudian Baginda bersabda: Aku kira kamu semua (Orang Ansar) telah mendengar (khabar) kepulangan Abu Ubaidah dari Bahrain membawa sesuatu. Mereka menjawab: Memang benar wahai Rasulullah. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maka beritahulah khabar gembira ini dan bercita-citalah apa yang menggembirakan kamu (dengan wang ini). Demi Allah. Aku tidak takut kefakiran menimpa kamu semua akan tetapi aku amat takut apabila dunia dihampar di hadapan kamu (diberikan kemudahan memiliki nikmat dunia) sebagaimana yang telah diberikan kepada mereka sebelum kamu lalu kamu berlumba-lumba untuk memilikinya sebagaimana mereka. Dunia itu akan menghancurkan kamu sebagaimana ia menghancurkan mereka.

Sembahyang menghapuskan dosa

Hadis Anas r.a katanya:
Seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud, oleh itu hukumlah aku. Anas berkata: Sebaik sahaja tiba waktu sembahyang lelaki tersebut turut mendirikan sembahyang bersama-sama Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang lelaki tadi berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud. Oleh itu hukumlah aku sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Baginda bersabda: Adakah kamu mendirikan sembahyang bersama-sama kami? Lelaki tersebut menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kamu telah diampunkan oleh Allah s.w.t.

......................................................................................................................................................................
Firman Allah s.w.t: إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَات 

September 5, 2011

sembahyang akan menghapuskan kejahatan

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu lelaki tersebut datang berjumpa Nabi s.a.w dan memberitahu kepada baginda perihal tersebut. Baginda bersabda:


 Lalu diturunkan ayat
 4


أَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ



 السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ Yang bermaksud:









 Dirikanlah sembahyang wahai Muhammad 
(engkau dan umatmu) pada waktu pagi, petang dan sebahagian dari waktu malam. Sesungguhnya amalan kebajikan khususnya sembahyang akan menghapuskan kejahatan. Perintah Allah tersebut adalah merupakan peringatan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah. Abdullah berkata: Lelaki tersebut bertanya: Adakah ayat ini diturunkan untukku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Untuk sesiapa sahaja dari kalangan umatku yang melakukannya.



September 4, 2011

Puasa Enam



Nabi saw. bersabda, "Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu hari pun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan". (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim) 

Doa Yang Perlu Dibaca Ketika Hendak Tidur Dan Ketika Hendak Ke Tempat Tidur

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah:



 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ 
آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ 


jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). Al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut:


 آمَنْتُ بِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ 


Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah


 آمَنْتُ بِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ 

Doa dalam sembahyang

Hadis Sayidina Abu Bakar r.a:
Sesungguhnya beliau pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Ajarkan kepada aku satu doa untuk aku bacakannya dalam sembahyang. Baginda bersabda: Bacalah doa


 اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَبِيْرًا 

dan mengikut Qutaibah


 كَثِيرًا وَ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ فَإغْفِرْلِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَإرْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيْمُ .

September 3, 2011

Melakukan Tawaf Dan Saie Bagi Orang Yang Berihram Haji Setelah Tiba Di Kota Mekah

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w tiba di Masjidilharam, baginda terus melakukan Tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan, mendirikan sembahyangsebanyak dua rakaat di belakang makam Ibrahim serta bersaie di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan yang baik untuk kamu.

Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu baginda pulang ke rumahnya. Para sahabat yang beriktikaf bersama-sama baginda juga turut pulang. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda di bulan Ramadan yang sama dan waktu yang sama di mana baginda pulang ke rumah, setelah menyuruh atau mengajak mereka supaya selalu tabah terhadap kehendak Allah dengan sabdanya: Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari dan kemudian aku lanjutkan selama sepuluh hari yang berikutnya. Oleh itu sesiapa yang ingin melanjutkan iktikaf bersamaku, tetaplah berada di tempat iktikafnya. Aku telah bermimpi melihat Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam sepuluh hari ganjil yang terakhir. Pada waktu itulah aku melihat aku sedang sujud pada air dan tanah. Abu Said Al-Khudriy r.a berkata: Kami dibasahi hujan pada malam hari yang kedua puluh satu. Masjid telah basah, begitu juga dengan tempat SEMBAHYANG Rasulullah s.a.w. Aku melihat ke arah baginda setelah selesai mendirikan sembahyang Subuh. Wajah baginda basah terkena lumpur dan air.