Search This Blog

Pages

August 24, 2011

Sembahyang sunat dirumah


Hadis Ibnu Umar r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Dirikanlah sembahyang (sembahyang sunat) kamu di rumah kamu dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan.

August 22, 2011

Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta

Hadis Abu Hurairah r.a:
Dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang di antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi seorang muslim adalah satu daripada empat puluh lima bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga aspek iaitu: Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan. Kemudian mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri, iaitu jika salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau bangun dari tidur lalu mendirikansembahyang dan dikehendaki jangan beliau ceritakan mimpi tersebut kepada manusia. Baginda bersabda lagi: Aku sangat menyukai seutas tali dan tidak menyukai sebuah belenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Akan tetapi aku tidak tahu apakah yang terakhir ini adalah termasuk Hadis atau sekadar ucapan Ibnu Sirin sahaja.

August 21, 2011

Nabi s.a.w pernah bersabda: sembahyang satu waktu di masjidku adalah lebih utama daripada mendirikan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: sembahyang satu waktu di masjidku adalah lebih utama daripada mendirikan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidilharam.

August 18, 2011

Waktu bersahur

Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya:
Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.

August 17, 2011

zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikansembahyang Hari Raya

Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikansembahyang Hari Raya.

August 15, 2011

Sembahyang Di Atas Kubur

Hadis Abdullah bin Abbas r.a: Rasulullah s.a.w mendirikan SEMBAhyang jenazah di atas kubur, selepas jenazah itu dikebumikan. Baginda mengangkat takbir sebanyak empat kali.Hadis Abdullah bin Abbas r.a:
Rasulullah s.a.w mendirikanSEMBAhyang jenazah di atas kubur, selepas jenazah itu dikebumikan. Baginda mengangkat takbir sebanyak empat kali.

August 14, 2011

Diharuskan Bagi Kaum Wanita Keluar Pada Hari Raya Untuk Sembahyang Dan Mendengar Khutbah Dengan Mengasingkan Diri Dari Kaum Lelaki

Hadis Ummu Atiyyah r.a katanya:
Kami telah diperintahkan oleh Nabi s.a.w supaya keluar pada Hari Raya. Begitu juga kanak-kanak perempuan yang telah baligh, gadis-gadis pingitan dan diperintahkan juga wanita-wanita yang sedang haid supaya keluar pada Hari Raya serta diperintahkan agar mengasingkan mereka dari tempat sembahyang kaum Muslimin.

August 13, 2011

KITAB SEMBAHYANG DUA HARI RAYA

Hadis Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyangHari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagisembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.

August 12, 2011

Sembahyang Sesudah Sembahyang Jumaat

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Sesungguhnya apabila selesai mendirikan SEMBAHYANG Jumaat, beliau terus pulang dan mendirikan SEMBAHYANG dua rakaat di rumah kemudian dia berkata: Suatu ketika dahulu Rasulullah s.a.w juga berbuat begitu.

August 11, 2011

Sembahyang Sunat Antara Azan Dan Iqamat

Hadis Abdullah bin Mughaffal Al-Muzani r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Di antara Azan dan Iqamat terdapat sembahyang. Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali dan pada kali ketiga baginda menambah kepada mereka yang ingin.