Search This Blog

Pages

August 9, 2011

sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sembahyang malam baginda. Nabi s.a.w menjawab sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat. Apabila salah seseorang daripada kamu bimbang akan masuk waktu Subuh, maka hendaklah dia sembahyang satu rakaat saja sebagai witir kepada yang telah dilakukannya.

Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Witir pada setiap malam

Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Witir pada setiap malam dan baginda akan menyelesaikannya apabila tiba waktu sahur (waktu hampir Subuh).

August 8, 2011

Kelebihan Menyegerakan Berbuka Puasa



Hadith:
DARIPADA Sahal bin Said r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya akan mendapat kebaikan yang berterusan".
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith:
1. Orang yang berpuasa disunatkan segera berbuka setelah diyakini masuknya waktu Maghrib, sebaliknya makruh hukumnya jika sengaja dilewat-lewatkan tanpa sebarang sebab yang munasabah.
2. Antara hikmah disunatkan agar segera berbuka puasa ialah supaya kita tidak tergesa-gesa dalam mengejar waktu solat di mana ia memberi kesempatan untuk kita rehat seketika sebelum mengerjakan solat Maghrib dan sebelum bergegas menunaikan solat Isyak dan terawih pula selepasnya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysiamstar

August 7, 2011

Sepuluh Pertama Bulan Syawal



Hadith:
DARI Aisyah r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w hendak iktikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, baginda solat Subuh terlebih dahulu, sesudah itu barulah baginda masuk ke tempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya.
Baginda bermaksud hendak iktikaf selama sepuluh akhir bulan Ramadhan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu juga para isteri baginda yang lain. Maka dibuatkan orang semuanya.
Ketika Rasulullah s.a.w solat Subuh, dilihatnya banyak bilik-bilik kecil berderet-deret. Lalu baginda bersabda: "Kebajikan bagaimanakah yang kalian inginkan? "Lalu baginda perintahkan supaya bilik-bilik itu dirobohkan semuanya dan baginda kurangkan iktikafnya pada Ramadhan itu dan menggantinya dengan iktikaf pada sepuluh awal bulan Syawal."
Riwayat Muslim

Galakan Mendirikan Sembahyang Dhuha. Paling Sedikit Dua Rakaat dan Yang Paling Sempurna Ialah Lapan Rakaat. Manakala Yang Pertengahannya Ialah Empat Rakaat Atau Enam Rakaat Dan Galakan Supaya Sentiasa Melakukannya

Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah s.a.w meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya baginda suka melakukannya, ini adalah kerana baginda bimbang jika baginda selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka
.

Galakan Mendirikan Sembahyang Dua Rakaat Di Masjid Bagi Orang Yang Mula Kembali Dari Musafir

Hadis Kaab bin Malik r.a:
Kebiasaannya Rasulullah s.a.w kembali dari musafir pada waktu siang hari iaitu pada waktu Dhuha. Apabila kembali, baginda terus menuju ke masjid dan selepas mendirikan sembahyang dua rakaat baginda pun duduk.

Galakan Agar Mendirikan Sembahyang Tahiyat Masjid Sebanyak Dua Rakaat Dan Larangan Dari Duduk Sebelum Mendirikannya Serta Perkara Ini Digalakkan Pada Setiap Waktu

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: sembahyanglah dua rakaat!.

Agar Mendirikan Sembahyang Tahiyat Masjid Sebanyak Dua Rakaat Dan Larangan Dari Duduk Sebelum Mendirikannya Serta Perkara Ini Digalakkan Pada Setiap Waktu

Hadis Abu Qatadah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke masjid, maka hendaklah dia melakukan rukuk (sembahyang) sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk
.

August 6, 2011

Harus Menghimpunkan Antara Dua Sembahyang Ketika musafir

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Apabila Rasulullah s.a.w musafir sebelum matahari condong ke barat, baginda menangguhkan sembahyang Zuhur ke waktu Asar. Kemudian baginda turun (berhenti) dan menghimpunkan kedua sembahyang tersebut. Akan tetapi sekiranya matahari telah condong ke arah barat sebelum baginda berangkat, maka baginda mendirikan sembahyang Zuhur terlebih dahulu kemudian barulah baginda berangkat.

August 5, 2011

Harus Menghimpunkan Antara Dua Sembahyang Ketika Musafir

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Ketika Rasulullah s.a.w tergesa-gesa semasa musafir, baginda menghimpunkan sembahyang Maghrib dan Isyak.