Search This Blog

Pages

August 3, 2011

Menggantikan Sembahyang Yang Tertinggal Dan Galakan Supaya Bersegera Menggantikan Sembahyang Tersebut

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang terlupa sembahyang maka hendaklah dia segera mendirikannya apabila mengingatinya. Tidak ada kifarat bagi sembahyang 
yang terlupa melainkan hanya itu, iaitu segera mendirikannya apabila mengingatinya.

August 1, 2011

Orang Yang Paling Berhak Menjadi Imam Sembahyang

Hadis Malik bin Al-Huwairis r.a katanya:
Kami datang menemui Rasulullah s.a.w, pada waktu itu kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya. Kami tinggal bersama baginda selama dua puluh malam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah dan lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang berselisih paham dengan keluargaku sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan keluarga yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan kepada baginda mengenai keluargaku. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah kepada keluargamu dan tinggallah bersama mereka. Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila tiba waktu sembahyang. Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua
dari kalangan kamu menjadi imam.

July 31, 2011

Menggantikan Sembahyang Yang Tertinggal Dan Galakan Supaya Bersegera Menggantikan Sembahyang Tersebut

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang terlupa sembahyang maka hendaklah dia segera mendirikannya apabila mengingatinya. Tidak ada kifarat bagi sembahyang 
yang terlupa melainkan hanya itu, iaitu segera mendirikannya apabila mengingatinya.

July 30, 2011

Doa nabi untuk Anas

Hadis Anas r.a katanya:
Pada suatu hari Nabi s.a.w datang menemuiku. Pada waktu itu aku sedang bersama dengan ibuku dan Ummu Haram emak sudaraku. Baginda bersabda: Berdirilah! Aku akan mendirikan sembahyang bersama kamu semua. Sedangkan pada waktu itu bukanlah waktu sembahyang. Baginda mendirikan sembahyang bersama kami lalu seorang lelaki bertanya kepada Thabit: Di mana Anas berada pada waktu itu? Thabit menjawab: Anas berada di sebelah kanan Rasulullah. Kemudian baginda berdoa untuk kami seisi keluarga supaya kami beroleh segala kebaikan dunia dan akhirat. Ibuku berkata: Wahai Rasulullah! Tolong doakan khadammu itu kepada Allah. Baginda pun mendoakan segala kebajikan untukku. Pada akhir doa tersebut baginda berdoa yang bermaksud: اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيهِ Ya Allah! Perbanyakkanlah hartanya dan perbanyakkanlah anak-
anaknya serta berikanlah keberkatan kepadanya.

July 29, 2011

Menghimpunkan Dua Sembahyang Ketika Tidak Musafir


Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang Zuhur dan sembahyang Asar secara jamak. Begitu juga sembahyang Maghrib dan sembahyang Isyak secara jamak, sedangkan baginda bukan dalam keadaan perang
atau musafir.

Makruh Mendirikan Sembahyang Sunat Selepas Iqamat


Hadis Abdullah bin Malik bin Buhainah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuju ke arah seseorang yang sedang mendirikan sembahyang, padahal sembahyang Subuh sudah diiqamatkan. Baginda berkata sesuatu kepada lelaki tersebut dan kami tidak mengetahui apa yang sedang dikatakan. Ketika kami ingin pulang, aku menahan lelaki tersebut dan bertanya: Apakah yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepada kamu? Lelaki tersebut menjawab bahawa Rasulullah telah berkata kepadaku: Dibimbangi salah seorang daripada kamu mendirikan sembahyang Subuh sebanyak empat rakaat.

July 28, 2011

sembahyang lima waktu. Allah menghapuskan segala kesalahan mereka

Hadis Abu Hurairah r.a:
Beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apa pendapat kamu sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu dan dia mandi di dalamnya setiap hari sebanyak lima kali. Apakah masih lagi terdapat kotoran pada badannya? Para sahabat menjawab: Sudah pastinya tidak terdapat sedikit pun kotoran pada badannya. Lalu baginda bersabda: Begitulah perumpamaannya dengan sembahyang lima waktu. Allah menghapuskan segala kesalahan mereka.

July 27, 2011

Kelebihan Sembahyang Subuh Dan Asar Serta Menjaga Kedua duanya

Hadis Abu Musa r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang 
yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga.

July 26, 2011

Kelebihan Memperbanyakkan Langkah Berjalan Menuju Ke Masjid

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika mendirikan sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke Masjid. Seseorang yang menunggu untuk mendirikansembahyang sehinggalah dia mendirikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang mendirikansembahyang 
kemudian dia terus tidur.

July 25, 2011

Kelebihan Sembahyang Subuh Dan Asar Serta Menjaga Kedua duanya

Hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya:
Ketika kami duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda memandang kepada bulan purnama pada malam peperangan Badar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini, tiada halangan semasa kamu melihatNya iaitu akan dapat melihat Allah dengan jelas sekiranya kamu mampu, maka janganlah kamu lalai dari mendirikan sembahyang sebelum terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, iaitu sembahyang Asar dan sembahyang Subuh. Kemudian Jarir membaca firman Allah وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوْبِهَا 
Yang bermaksud: Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit dan terbenam matahari.