Search This Blog

Pages

July 24, 2011

Kelebihan Sembahyang Subuh Dan Asar Serta Menjaga Kedua duanya

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Para Malaikat datang berduyung-duyung kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya? Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang
.

July 23, 2011

Galakan Bersembahyang Dengan Tenang Dan Larangan Bersembahyang Dengan Tergesa gesa

Hadis Abi Qatadah r.a katanya:
Ketika kami mendirikan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba terdengar satu suara yang kuat. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang terjadi kepada kamu? Para sahabat menjawab: Kami tadi tergesa-gesa untuksembahyang. Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan lagi kamu lakukan begitu apabila kamu datang untuk sembahyang, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dengan tenang. sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang 
yang masih belum ditunaikan.

Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Diiqamatkan sembahyang, kami terus berdiri dan mengadakan barisan iaitu saf sebelum Rasulullah s.a.w keluar kepada kami. Tidak lama kemudian datanglah Rasulullah s.a.w sehinggakan baginda berhenti di tempatsembahyangnya. Sebelum mengangkat takbir baginda mengingatkan sesuatu sambil beredar. Baginda bersabda kepada kami: Berdirilah di tempatmu. Sementara itu kami masih berdiri menanti baginda sehinggalah baginda keluar kepada kami. Baginda telah membersihkan kepala baginda dengan air lalu bertakbir dan mendirikan sembahyang
bersama kami.

Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang

Hadis Abi Qatadah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila diiqamatkan sembahyang maka janganlah kamu berdiri sebelum kamu melihatku.

Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang

Hadis Jabir bin Samurah r.a katanya:
Apabila matahari telah tenggelam, Bilal segera mengumandangkan azan dan Bilal tidak akan mengiqamatkan sembahyang sebelum Rasulullah s.a.w keluar. Apabila melihat Rasulullah s.a.w keluar, lantas beliau mengiqamatkan sembahyang
.

July 22, 2011

Apabila sembahyang telah dimulai, maka janganlah kamu mendatanginya dengan tergesa-gesa

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila sembahyang telah dimulai, maka janganlah kamu mendatanginya dengan tergesa-gesa, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dalam keadaan tenang. sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang yang b
elum ditunaikan.

July 21, 2011

Perkara Yang Diminta Perlindungan Ketika Sembahyang

Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w:
Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata:



 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ 



Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah Dajal. Aku juga memohon perlindungan kepada-Mu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari.

Rasulullah s.a.w sentiasa memohon perlindungan dari fitnah Dajal

Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w sentiasa memohon perlindungan dari fitnah Dajal ketika dalam sembahyang
nya.

July 20, 2011

Harus Mengutuk Syaitan Ketika Sembahyang Dan Memohon Perlindungan Kepada Allah Daripada Syaitan

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s:


 رَبِّ اغْفِرْلِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي 


Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah.

July 19, 2011

Sesungguhnya kita dilarang dari melakukan ini iaitu meletakkan tangan di antara dua lutut

Hadis Saad bin Abi Waqqas r.a: 
Diriwayatkan daripada Mus'ab bin Saad r.a katanya: Aku pernah sembahyang 
di sisi ayahku. Aku rapatkan tangan antara kedua lututku. Lalu ayahku berkata kepadaku: Letakkan kedua telapak tanganmu pada lututmu. Kemudian aku melakukan hal itu sekali lagi. Lalu ayah memukul tanganku sambil mengatakan: Sesungguhnya kita dilarang dari melakukan ini iaitu meletakkan tangan di antara dua lutut dan kita diperintahkan supaya meletakkan tangan di atas lutut.