Search This Blog

Pages

May 17, 2011

Doa Ketika Gelisah / Gundah-Gulana


حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو عِنْدَ الْكَرْبِ يَقُولُ

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Muslim bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Qatadah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi al-‘Aliyah daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. berdoa pada ketika gelisah yang amat sangat dengan berkata:
“Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Agung yang Maha Penyantun. Tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan langit-langit dan bumi dan Tuhan arasy yang besar.”


[ Hadis Shahih Bukari: بَاب الدُّعَاءِ عِنْدَ الْكَرْبِ Bab Doa Ketika Gundah Gulana ]
http://sukahadis-arkib-hadis.blogspot.com/

May 16, 2011

Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya




حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلاءِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنَ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتِ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتِ الْكَلا وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتِ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لا تُمْسِكُ مَاءً وَلا تُنْبِتُ كَلا فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ قَالَ إِسْحَاقُ وَكَانَ مِنْهَا طَائِفَةٌ قَيَّلَتِ الْمَاءَ قَاعٌ يَعْلُوهُ الْمَاءُ وَالصَّفْصَفُ الْمُسْتَوِي مِنَ الارْض.ِ
Muhammad Bin al-‘Ala’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad Bin Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid Bin `Abdullah daripada Abu Burdah daripada Abu Musa daripada Nabi s.a.w., sabdanya:
“Perbandingan petunjuk dan `ilmu yang Allah utuskan aku membawanya adalah seperti hujan yang lebat yang menimpa bumi. Di antara bumi itu ada yang Naqiyah (subur), ia menerima air dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput.
Di antaranya ada yang Ajadib (yang hanya menampung air), ia menampung air tetapi tidak menyerap air. Maka Allah memanfaatkan tanah itu kepada manusia, mereka dapat minum dan memberi minum kepada ternakan mereka serta bercucuk tanam daripada air itu.
Hujan yang turun itu menimpa sebahagian tanah yang lain, ia merupakan Qi’an (tanah gersang), tanah itu tidak dapat menampung air ataupun menyerap air sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Itulah perbandingan orang yang mendalam `ilmunya tentang agama Allah.
Allah memberi manfaat kepadanya dengan apa yang Allah utuskan aku membawanya lalu dia mendapat `ilmu dan mengajarkan kepada orang lain. Dan juga, perbandingan dengan orang yang tidak mengangkat langsung kepalanya terhadap `ilmu dan petunjuk yang dibawa olehku itu, dia tidak menerima petunjuk yang Allah utuskan kepadaku.
Abu `Abdullah berkata: Ishaq berkata dari Abu Usamah: “Di antara tanah itu ada sekumpulan tanah yang menerima air, tanah lapang yang menakung air, dan tanah rata di bumi”.

[ Hadits riwayat Shahih Bukhari Bab Kelebihan Orang Yang Berilmu Dan Mengajarkan `Ilmu Pengetahuannya ]

May 15, 2011

Tasbih, Tahmid Dan Tabir Ketika Hendak Tidur


Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada ‘Ali bahawa Fatimah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta seorang hamba tetapi tidak mendapatinya (di rumah). Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Aisyah. Bila Nabi s.a.w. datang maka Aisyah pun menceritakan kepada Baginda. Kata perawi (Ali): Maka Nabi s.a.w. pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Nabi s.a.w. berkata:
“Tetaplah kamu di tempat kamu.” Baginda pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba / khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba / khadam.
Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Tasbih tiga puluh empat kali.”
( Shahih Bukhari: Kitab Doa-Doa, Bab Tasbih Dan Takbir Ketika Hendak Tidur )

May 14, 2011

SALAM AHLI KITAB



Dari Anas r.a., katanya: "Para sahabat Nabi SAW bertanya kepada beliau, "Jika Ahli Kitab memberi salam kepada kami, bagaimana kami menjawabnya?" Jawab beliau, "Ucapkan : Wa 'alaikum."

[Hadis Riwayat Imam Muslim]

Tutup kepala bidadari lebih baik dari dunia dan isinya

 Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi SAW, beliau bersabda:
"Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan dipenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya."

[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

SayangKu melebihi marahKu

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Setelah Tuhan menciptakan makhlukNya, ditulisnya satu tulisan untuk diriNya dan diletakkanNya di sisiNya di atas 'Arasy, iaitu : "Sesungguhnya sayangKu melebihi marahKu."

[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

SYUKUR BILA BERHASIL, SABAR BILA BELUM BERHASIL



Dari Shuhaib r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda : "Sungguh mengagumkan orang-orang mukmin kerana pekerjaannya semuanya baik. Yang demikian tidak akan terdapat pada yang lain kecuali hanya pada orang mukmin. Kerana apabila dia berhasil(sukses) dia bersyukur. Dan apabila dia ditimpa kesulitan dia sabar. Itulah (rahsia) kebaikannya."

[Hadis Riwayat Imam Muslim]

ISTERI MEMISAH TIDUR DARI SUAMI



Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi SAW bersabda : "Apabila seorang isteri tidur memisah dari ranjang suaminya, maka si isteri itu dikutuk malaikat sampai pagi."

[Hadis Riwayat Imam Muslim]

Tidak sekutukan Allah masuk syurga

‎Dari Abu Dzar r.a., dari Nabi SAW sabdanya: "Jibril 'alaihissalam datang kepadaku, lalu dia menyampaikan berita gembira kepadaku: "Siapa saja dari umatku yang mati,sedangkan dia tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, dia masuk syurga." Tanyaku, "Sekalipun dia berzina dan mencuri?" Jawabnya, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri."

[Hadis Riwayat Imam Muslim]

MENGUBAH KEMUNGKARAN



Daripada Abi Sa'id al-Khudri r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya; jika tidak sanggup maka dengan lisannya; dan jika tidak sanggup juga maka dengan hatinya, itu adalah selemah-lemah iman."

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]