Search This Blog

Pages

February 5, 2010

jika lupa solat kerjakan bila ingat

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
 
Riwayat al-Bukhari
 

February 4, 2010

Jangan solat ketika mengantuk

Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, sabda baginda:”Apabila seseorang kamu mengantuk ketika mahu solat, hendaklah ia tidur dahulu sehingga ia tahu apa yang dibacanya.”
 
(al-Bukhari)

February 3, 2010

Segerakanlah solat subuh

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”

February 2, 2010

Tinggal solat jumaat 3 kali hati dipeteri

Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “ sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”.

February 1, 2010

solat yang pertama dihisab

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”
Riwayat at-Tirmidzi

January 31, 2010

Penghadang ketika solat

Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya:”kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:”Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balik pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.”

January 30, 2010

Solat hapus dosa antara solat

Sabda Rasulullah saw;

" Tiap satu daripada kelima-lima solat fardhu itu menghapuskan dosa yang dilakukan semenjak solat yang terdahulu darinya."

January 29, 2010

Solat yang baik yang lama berdiri

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:”Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,:” Yang lama berdirinya.”

Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”

5 kali solat seperti mandi 5 kali sehari

Sabda Rasulullah saw;


" 5 kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir didepan pintu rumah seseorang yang mandi didalamnya 5 kali sehari."